Jika anda mendiami rumah bersaiz kecil, anda pasti berasa cemburu apabila bertandang ke rumah rakan-rakan lain yang mempunyai ruang kediaman luas tidak sepertimana anda. Walaupun begitu, itu bukanlah halangan kerana anda perlu tahu beberapa tipu helah yang bernas untuk menjadikan rumah yang sempit nampak luas. Jadi, anda perlu tahu kehebatan cermin dalam memanipulasi visual mata manusia, seperti yang pernah dibincangkan dalam entri ini 4 Trik Cermin Ini Mampu Buatkan Kediaman Anda Lebih Luas Dan Elegan.
Kali ini, IMPIANA ingin menjelaskan bagaimana anda boleh fully utilized idea pemasangan cermin di dalam rumah. Ideanya sama tetapi kami ingin anda tahu dimana tempat yang sesuai untuk pemasangan cermin dan sedikit maklumat tentang hiasan cermin dalam rumah agar ianya lebih elegan dan nampak moden.
Pasang cermin secara unik
Walaupun kediaman anda kecil, itu tidak bermakna anda tidak boleh memasang cermin dengan cara yang paling unik sekali. Seperti contoh di gambar ini, cermin dipasang sebagai kemasan pada kabinet. Secara tidak langsung kabinet yang bisa nampak polos mempunyai pelbagai fungsi lain. BIJAK BUKAN? Guna sehabis baik setiap inci dan ruang dalam rumah anda.
Hiasi siling dengan cermin
Selain daripada pasang plaster wall ceiling yang dipadankan dengan recess light, apakata hebatkan lagi dekorasi kediaman anda dengan tambahan cermin. Letakkan di bahagian hallway rumah ataupun di pintu masuk. Pasti tetamu anda akan rasa teruja sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah.
Ads
Guna cermin secara menyeluruh di ruangan kecil
Kaedah terbaik untuk menambah ruang ilusi visual adalah dengan cara pasang cermin secara menyeluruh di ruangan kecil dalam rumah. Ia membuatkan pandangan mata anda seperti tiada penghujung. Untuk menaikkan serinya, ada beberapa cara yang anda boleh aplikasikan. Antaranya pemasangan bingkai grid. Ia membuatkan dinding anda nampak seperti corak geometri. Apa yang penting disini adalah bentuk bingkai yang akan menambah umpph kepada cermin anda.
Cermin berskala besar
Ianya amat sesuai diletakkan di bahagian dinding utama rumah. Selain daripada penataan tona cat yang menarik, ia boleh diperhebatkan lagi dengan tambahan cermin saiz besar meliputi 60% luas dinding tersebut. Jika anda gemarkan tema rustic, gunakan bingkai kayu. Peminat konsep industri, hiasinya dengan salutan bingkai besi dan juga konsep lain, yang penting adalah pemilihan bingkai mengikut tetapan tema kesukaan pemilik kediaman.
Ads
Cermin wrap around
Separa bulat disini bermaksud bukan menyeluruh, tetapi sebahagian daripada ruang dipasang cermin. Anda boleh mencuba idea pemasangan cermin secara berhadapan, hasil pantulannya amat menakjubkan. Itu belum lagi jika anda pasang cermin ketiga dibahagian tengah, menambahkan lagi visual pantulan geometri.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak.
Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa panjang.
Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
3 Jenis Daun Ini Mampu Cegah Kehadiran Tikus Dalam Kediaman Anda, kalau tak percaya cuba tanam atau simpan daun-daun ini.
Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman. Pelbagai langkah sama ada dari segi penggunaan racun perangkap telah dilakukan. Bukan nya makin berkurangan malah semakin banyak. Kalau nak guna racun pulak, bila si tikus mati di tempat-tempat tersorok dah susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya satu rumah habis di pungah. Tapi ada 3 bahan alami ini mampu menyelesaikan masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus ke kediaman anda.
1. Daun durian belanda
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum diletakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.
Bukan sekadar anda berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.
2. Buah mengkudu
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh elak kehadiran tikus di rumah kan?
Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.
3. Daun pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tumbuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Fungsi batu angin dalam reka bentuk interior kediaman, trend popular rumah kampung dulu-dulu. Ventilation block/breeze block atau lebih dikenali dengan nama ‘batu lubang angin’ amat popular digunakan pada dinding rumah-rumah kampung suatu masa dahulu. Ia sangat sesuai dengan digunakan pada rumah yang mempunyai cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia.
Fungsi utama adalah untuk pencahayaan dan juga pengudaraan. Biasanya bata jenis ini berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama.
Dengan rekaan baharu yang lebih moden serta idea yang lebih segar, ventilation block ini mampu menghasilkan satu seni bina yang menarik seperti dinding pembahagi ruang dan juga dekorasi tambahan untuk kediaman anda.
Batu angin sangat berguna dalam aplikasi dan reka bentuk interior rumah yang berbeza. Memandangkan ia datang dalam pelbagai bentuk dan corak geometri, ia boleh dibentuk ke dalam pelbagai corak dengan mudah untuk memenuhi keperluan reka bentuk interior kediaman.
Keistimewaan Batu Angin
1. Penyejukan Pasif
Batu angin rumah dapat membantu mengurangkan suhu dalam rumah pada masa panas, melalui penggunaan ventilasi semula jadi yang membolehkan udara panas di dalam rumah keluar dan udara segar masuk.
2. Ventilasi Semula Jadi
Batu angin rumah dapat membantu meningkatkan pengudaraan di dalam rumah, yang dapat membantu mengurangkan kelembapan dan mengurangkan risiko pertumbuhan kulat dan bakteria.
3. Pendekatan Reka Bentuk Lestari
Batu angin rumah boleh menjadi pilihan yang lestari dalam reka bentuk rumah dengan mengurangkan penggunaan peralatan elektrik untuk pengudaraan dan memberikan pengudaraan secara semula jadi.
4. Kos Rendah
Batu angin rumah adalah pilihan yang berpatutan dari segi kos, kerana penggunaannya dapat mengurangkan kos pengudaraan dan pendinginan di dalam rumah.
5. Ringan & Tahan Lama
Batu angin rumah adalah bahan yang ringan, tahan lama dan boleh bertahan untuk jangka masa yang panjang dengan penyelenggaraan yang baik.
Oleh itu, jika ingin membuat rumah jadi lebih selesa, memasang batu angin adalah pilihan yang baik. Ia boleh membantu meningkatkan kualiti hidup dan memberikan kesan positif kepada semua yang tinggal di dalam rumah. Pastikan pilih batu angin yang berkualiti dan sesuai dengan gaya rumah.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.