5 Idea BIJAK Penggunaan Cermin Untuk Impak Visual Menarik Bagi Rumah Bersaiz Kecil

Share

Jika anda mendiami rumah bersaiz kecil, anda pasti berasa cemburu apabila bertandang ke rumah rakan-rakan lain yang mempunyai ruang kediaman luas tidak sepertimana anda. Walaupun begitu, itu bukanlah halangan kerana anda perlu tahu beberapa tipu helah yang bernas untuk menjadikan rumah yang sempit nampak luas. Jadi, anda perlu tahu kehebatan cermin dalam memanipulasi visual mata manusia, seperti yang pernah dibincangkan dalam entri ini 4 Trik Cermin Ini Mampu Buatkan Kediaman Anda Lebih Luas Dan Elegan.

Kali ini, IMPIANA ingin menjelaskan bagaimana anda boleh fully utilized

idea pemasangan cermin di dalam rumah. Ideanya sama tetapi kami ingin anda tahu dimana tempat yang sesuai untuk pemasangan cermin dan sedikit maklumat tentang hiasan cermin dalam rumah agar ianya lebih elegan dan nampak moden.

Pasang cermin secara unik

Walaupun kediaman anda kecil, itu tidak bermakna anda tidak boleh memasang cermin dengan cara yang paling unik sekali. Seperti contoh di gambar ini, cermin dipasang sebagai kemasan pada kabinet. Secara tidak langsung kabinet yang bisa nampak polos mempunyai pelbagai fungsi lain. BIJAK BUKAN?  Guna sehabis baik setiap inci dan ruang dalam rumah anda.

 

Hiasi siling dengan cermin

Selain daripada pasang plaster wall ceiling yang dipadankan dengan recess light, apakata hebatkan lagi dekorasi kediaman anda dengan tambahan cermin. Letakkan di bahagian hallway rumah ataupun di pintu masuk. Pasti tetamu anda akan rasa teruja sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah.

Guna cermin secara menyeluruh di ruangan kecil

Kaedah terbaik untuk menambah ruang ilusi visual adalah dengan cara pasang cermin secara menyeluruh di ruangan kecil dalam rumah. Ia membuatkan pandangan mata anda seperti tiada penghujung. Untuk menaikkan serinya, ada beberapa cara yang anda boleh aplikasikan.  Antaranya pemasangan bingkai grid. Ia membuatkan dinding anda nampak seperti corak geometri. Apa yang penting disini adalah bentuk bingkai yang akan menambah umpph kepada cermin anda.

Cermin berskala besar

Ianya amat sesuai diletakkan di bahagian dinding utama rumah. Selain daripada penataan tona cat yang menarik, ia boleh diperhebatkan lagi dengan tambahan cermin saiz besar meliputi 60% luas dinding tersebut. Jika anda gemarkan tema rustic, gunakan bingkai kayu. Peminat konsep industri, hiasinya dengan salutan bingkai besi dan juga konsep lain, yang penting adalah pemilihan bingkai mengikut tetapan tema kesukaan pemilik kediaman.

 

Cermin wrap around

Separa bulat disini bermaksud bukan menyeluruh, tetapi sebahagian daripada ruang dipasang cermin. Anda boleh mencuba idea pemasangan cermin secara berhadapan, hasil pantulannya amat menakjubkan. Itu belum lagi jika anda pasang cermin ketiga dibahagian tengah, menambahkan lagi visual pantulan geometri.

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Impiana