‘Indoor plant’ bukan sahaja mencantikkan ruang dalaman rumah malahan mampu membekalkan udara segar dan mendinginkan kediaman anda.
Bagi anda yang mempunyai masalah sesak nafas, 5 tanaman ini dapat membantu anda memberi udara yang segar dan bersih:
5 Jenis ‘Indoor Plant’ Ini Mampu Bersihkan Udara, Sesuai Untuk Pesakit Asma
1 – Peace Lily
Seperti namanya begitu jugalah fungsinya. Memberi damai ruang rumah yang didiami. Tumbuhan ini memerlukan pencahayaan terus dari luar jadi pastikan ia di sudut yang betul. Peace Lily juga dikenali sebagai the communicative plant yang mampu memberikan isyarat apabila ia perlu disiram dan dijaga.
TIP: Ruang luas putih dan bersiling tinggi mampu menyerlahkan Peace Lily di kediaman.
2 – Dieffenbachia Camilla
Ads
Tempatkan di ruang cahaya. Suhu sesuai untuk tumbuhan ini adalah di bawah 65 darjah. Pun begitu, ia agak rapuh dan kering di hujungnya. Pastikan anda menjaganya dengan cermat. Apa yang pasti Dieffenbachia Camilla mampu memberi pengudaraan yang baik bagi setiap kediaman.
TIP: Perlu rajin menjaganya dan pastikan jangan dibiar ia kering. Tempatkan di ruang luas dan punya banyak sumber cahaya.
3 – Ficus Elastica
Permukaan daun tumbuhan ini berkilat dan berbentuk. Daunnya juga agak keras dan besar. Oleh itu, sesuai dijadikan ilham dekorasi yang mengisi kekosongan kediaman. Cukup hanya dengan menyiram sekali seminggu dan akan hidup dalam kediaman anda dengan memberi pengudaraan yang baik.
Ads
TIP: Rumit sedikit sebenarnya penjagaan Ficus Elastika kerana saiznya yang besar tetapi jika bijak dalam susun letak ia akan menjadi sudut tumpuan yang sangat menarik.
4 – Lidah Buaya
Juga dikenali sebagai Aloe vera dan mempunyai kandungan kira-kira 95 peratus air. Menurut kajian menanam Lidah Buaya dalam kediaman mampu menjadikan suasana dan persekitaran lebih sejuk dan tidak kering.
TIP: Jadi lebih kreatif dengan menanam Lidah Buaya dalam balang yang lebih kecil berbanding pasu besar.
Ads
5 – English Ivy
English Ivy memiliki bahan kimia organik yang mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan mual. Mudah tumbuh dan mudah dijaga kerana tidak perlu disiram selalu. Tidak perlu pencahayaan terus. Tumbuhan malar menjalar ini boleh diletakkan di tepi tingkap atau gantungkan di tempat tinggi.
TIP: Kalau mahu menanam English Ivy di ruang kediaman, rajinkan diri untuk pangkas ya, kalau tidak tak ubahlah seperti semak di luar rumah.
Untuk memastikan indoor plant anda sihat dan cantik bukan sesuatu perkara yang susah, cukup sekadar memberi perhatian kepada keperluan asasnya dan memeliharanya dari sebarang jenis masalah dan penyakit.
Antara tanaman herba wajib ada di kebun dapur adalah seperti daun pandai, kunyit, kari dan beberapa jenis lain. Tanaman-tanaman herba ini ada antaranya sangat mudah untuk ditanam dan dibiakkan. Pun begitu, Tanam, baja dan siram sahaja tidak mencukupi.
Kalau nak hasilnya merimbun, ada beberapa perkara lain yang perlu anda lakukan seperti memangkas. Dengan memangkas, ia menggalakkan pertambahan tunas dan cabang baru. Secara tidak langsung ia berupaya mengeluarkan hasil yang lebih optimum.
Seperti yang dilakukan oleh Syamimah Binti Ismail. Pokok kari yang ditanam dalam pasu tetap merimbun. Ini rahsianya
Salah satu tips kalau nak tanam pokok daun kari ialah potong pucuknya. Nak tau kenapa?
Tujuannya :-
1. Bagi mengelakkan pokok daun kari meninggi macam pokok tebu.
2. Bila dah potong pucuk, pokok daun kari akan merimbun ala2 bongsai.
Selain perlu penjagaan seperti siraman dan pembajaan sebenarnya cara potong bunga kantan juga main peranan agar pokok berbunga lebat.
Menurut Nur Amirul Nur Azmi untuk memotong bunga kantan yang sudah matang ada caranya supaya tidak menjejaskan penghasilan bunga akan datang. Pastikan ia dipotong sampai ke pangkal.
Nak potong bunga kantan ada caranya, jangan potong separuh
Nak kongsi sikit tentang cara melebatkan bunga kantan, pastikan cara potong sewaktu ambil bunga kantan ikut kaedah yang betul. Kena potong sampai ke pangkal.
Jangan potong tengah-tengah. Ramai yang buat potongan sebegini hingga meninggalkan tunggul terlalu panjang. Ia boleh menyebabkan pengeluaran bunga semakin kurang.
Tip ekstra
Selain itu pokok kantan yang ada batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong. Pemotongan hendaklah dari pangkalnya untuk menggalakkan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik.
Tapi batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Daun dan batang pokok kantan yang dipotong dan telah kering boleh digunakan kembali untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
IMPIANA : Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak.
Daun pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolius merupakan tumbuhan yang popular di Malaysia dan banyak digunakan dalam masakan tradisional. Jadi elok sangat kalau tanam sendiri di rumah. Bila-bila nak pakai boleh ambil saja.
Pokok Pandan Subur Tanpa Tanah, Rendam Dalam Air Pun Hidup
Walau pun begitu ada juga yang dah cuba tanam tapi tak hidup atau tak subur pokoknya. Kalau ini yang jadi masalahnya boleh ikut perkongsian Jue Jerry ini.
Beliau menanam pokok pandan menggunakan dua cara, dalam pasu menggunakan tanah dan juga tanpa tanah, cuma rendam dalam bekas berisi air.
Tip jika nak tanam pokok pandan dalam pasu & dalam air
Saya tanam pandan dalam pasu sebab rumah tiada tanah semuanya bersimen. Cara saya:
1. Dalam satu pasu pastikan cuma tanam 1 atau 2 pokok sahaja pada satu-satu masa. Jangan lebih.
2. Kalau ada daun yang rosak, buang.
3. Gembur tanam dan selalu siram, pokok pandan perlukan banyak air.
4. Jika pokok pandan ada banyak anak, keluarkan anak pokok bersama dengan akar dan rendam dalam air.
5. Boleh biarkan anak pandan terus dalam air atau alihkan ke dalam pasu berisi tanah.
6. Pandan juga boleh hidup tanpa tanah. Letak dalam bekas berisi air, Insya-Allah akan hidup subur.
7. Paling penting kena selalu tukar airnya untuk elak kehadiran jentik-jentik. Ada juga yang letak ikan dalam yang sama untuk makan jentik-jentik.
Boleh letak pandan ini di dapur, selain untuk mewangikan dapur, ia juga boleh elak lipas datang.
Khasiat Daun Pandan:
Aroma Wangi: Daun pandan mengeluarkan aroma wangi yang unik dan menyegarkan. Oleh itu, sering digunakan untuk memberikan aroma khas pada hidangan.
Pewangi Semullajadi: Daun pandan digunakan sebagai pewangi alami untuk makanan, minuman, dan kuih tradisional.
Penambah Rasa: Selain wangian, daun pandan memberikan rasa yang lembut dan unik pada hidangan seperti nasi lemak, kuih-muih, dan minuman.
Sifat Antioksidan: Daun pandan diketahui mengandungi bahan antioksidan yang boleh memberi faedah kesihatan.
Penyegar Mulut: Air rebusan daun pandan kadang-kadang digunakan sebagai penyegar mulut tradisional.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.