Memilih kemasan lantai bilik mandi adalah jauh berbeza dan lebih rumit berbanding pemilihan lantai pada ruangan yang lain dalam rumah.
Salah satu faktor yang hanya terdapat di tandas ialah kuantiti air yang banyak. Jadi pemilihan material yang betul adalah amat penting kerana jika tersilap langkah, lantai anda akan mudah rosak dan tidak tahan lama.
Selain itu, dari segi kos, ketahanan, rupa dan lain-lain isu keselamatan juga harus dipertimbangkan apabila memilih kemasan lantai bilik air anda.
Jadi mari kita bandingkan bahan-bahan yang sesuai dijadikan kemasan dan lihat material yang mana satu paling sesuai digunakan pada bilik air agar lantai sentiasa selamat dan tahan lama.
JUBIN PORSELIN
Kalis-air, menarik dan kos efektif. Jubin porselin dilihat sebagai pilihan terbaik kerana keupayaan menyerap air dan juga sifat versatile bahan ini yang datang dengan pelbagai design dan saiz. Tetapi perlu berhati hati dengan jubin yang licin apabila basah. Lebih baik pilih jubin yang emempunyai permukaan matte ataupun bertekstur kasar untuk keselamatan.
VINYL
Dengan rupa yang agak menarik dan sifat praktikal, vinyl telah menjadi pilihan popular untuk lantai bilik mandi sejak kebelakangan ini. Sesetengah vinyl juga amat mudah untuk dipasang hinggakan anda boleh DIY. Pelbagai saiz dan tekstur yang terdapat dipasaran juga memudahkan pengguna untuk membuat pilihat bersesuaian dengand tandas masing-masing.
BATUAN SEMULAJADI
Batuan semula jadi sebagai kemasan lantai di bilik air adalah pilihan yang menarik, tetapi hanya jika anda mampu. Terdapat beberapa masalah kelembapan dengan marmar, granit, batu kapur, dan pilihan lantai batu yang lain. Sifat batuan semula jadi yang keras, tahan lama serta memberi impak visual yang menarik dari segi estetika menjadikannya antara bahan yang mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.
ENGINEERED WOOD (Kayu Komposit)
Kayu konvensional tidak akan dapat menahan kelembapan sehebat kayu yang berteknologi ini. Dengan asas dan lapisan papan lapis, ia dapat menyelesaikan isu yang sama disamping mempunyai rupa fizikal yang meyerupai kayu sebenar.
LAMINATE
Satu lagi pilihan yang hebat selain engineerd wood adalah lantai laminate yang mempunyai asas cip kayu yang dilapisi dengan kertas resin dengan pelbagai corak kayu. Selain tahan lama dan mampu tahan kelembapan, laminate juga amat mudah dibersihkan.