Pernah dengar pepatah ‘one man’s trash, another man’s treasure’ ianya bermaksud, sesuatu perkara yang dianggap tiada guna, ianya dipandang tinggi oleh orang lain. Di sini objek yang ingin dibangkitkan adalah kayu palet. Kepada syarikat perindustrian besar, ia adalah kayu yang digunakan untuk menyusun barangan yang berat muatannya.
Tetapi, bagi pencinta hiasan dalaman, ianya merupakan objek yang paling berharga dan boleh dikomersialkan. Sudah banyak kita lihat di pasaran serta penggunaanya dalam pembuatan meja makan, kerusi rak buku dan sebagainya.
Di sini IMPIANA ingin menggariskan beberapa kebaikan kayu palet yang mana ianya amat berguna dan anda sendiri boleh menukar skop pemikiran bahawa hari ini ianya bahan buangan, tetapi esok nilai jualannya mencecah ribuan ringgit.
1) Ia bukan selamanya bahan buangan
Jika melewati lorong belakang kedai, pasti anda akan terjumpa di longgokan timbunan sampah kayu palet yang samada menutup sampah atau menjadi base sebagai penanda tempat meletakkan sampah. Anda boleh selamatkan harta karun ini dan jadikannya sebagai item yang amat berharga di rumah atau anda jual kembali selepas ditatarias dengan cantik.
2) Kualiti serta ketahanan kayu palet di pandang tinggi
Kayu palet dihasilkan daripada Pokok Pine (Pinus Densiflora) yang mana kayu berkenaan digunakan untuk menampung beban barangan seberat 1000 kilogram yang dibawa keluar daripada kontena dan diangkut menggunakan jentera forklift dan ianya tahan lasak. Selain itu, di eropah kayu ini banyak digunakan dalam pembuatan perahu dan rumah.
3) Kualitinya dapat dipelihara selepas dibersihkan
Anda pasti tidak mahu menggunakan kayu palet yang sudah dicemari dengan pelbagai kimia yang dikeluarkan melalui haiwan atau yang sudah dialiri air sampah. Bersihkan dengan teliti dan apabila ianya telah siap diproses serta ubahsuai sapukan varnish sebagai coating agar kualitinya bertahan lama.
4) Boleh menampung beban
Umum mengetahui penggunaan kayu palet ini sinonim di kilang perusahaan serta industri berat. Ini kerana ianya boleh menampung beban seberat 1000KG. Itu dalam industri, untuk lapangan dekorasi dalaman, beban yang ditanggung kayu palet jauh lebih ringan dan ianya juga terkenal dengan ciri-ciri yang mudah lentur serta diproses dalam pelbagai bentuk.
5) Berguna untuk semua
Kayu palet juga bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia, malah haiwan peliharaan juga turut menikmati kebaikannya. Hari ini kayu palet dikomersialkan dalam pembuatan sangkar kucing serta menjadi tempat buangan sementara najis kucing. Kayu ini bersifat penebat haba berupaya melindungi si comel dari panas terik mentari dan boleh menghalang bau najis dari tersebar.
Berikut adalah beberapa idea daripada kayu palet di bilik tidur, dapur dan ruang tamu untuk tatapan pembaca IMPIANA: