Cuka antara bahan masakan yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti baking soda. Selain menjadi salah satu pelengkap ramuan dalam masakan, ia juga telah digunakan sejak dulu kala sebagai bahan pencuci dan pembasmi kuman. Sifat alkali yang terdapat pada cuka yang memberi kelebihan untuk menjadi salah satu bahan peluntur dan pencuci alami dan pelembut tanpa merosakan pakaian.
Selain itu juga anda akan mendapat 5 manfaat lain jika menggunakan cuka sebagai salah satu bahan pencuci pakaian
Ads
1. Menghilangkan bau hapak
Bau hapa ini terjadi apabila baju yang dicuci tidak segera disidai. jika anda sering mengalami masalah ini, tambahkan 2 sudu cuka putih bersama sabun cucian didalam mesin basuh ketika mencuci
Tidak semua orang sukakan pelembut pakaian yang mempunyai aroma keras dan kuat. Sebagai pilihan, anda boleh masukkan setengah hingga satu sudu cuka putih untuk bilasan terakhir. Untuk penambah aroma, boleh juga campurkan beberapa titis minyak pati pilihan anda.
3. Membasmi bulu haiwan yang melekat pada pakaian
Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan memang tidak boleh lari dari masalah ini. Walaupun haiwan peliharaan anda sentiasa dirapi, masalah bulu yang melekat terutamanya pada pakaian tidak dapat dielakan. Untuk penyelesaian, tambahakan satu sudu cuka putih kedalam cucian
Ads
4. Menanggalkan kotoran degil
Ramai memilih menggunakan peluntur apabila terdapat kotoran yang sukar untuk dibersihkan pada pakaian. Namun, hal ini akana menyebabkan pakaia akan lebih mudah rosak. Mudah je nak bersihkan kotoran degil ni. Hanya sapukan atau sembur cuka putih pada bahagian yang kotor, diamkan selama 10 minit kemudian cuci pakaian seperti biasa
5. Bau rokok yang melekat
Bau rokok yang masih melekat pada pakaian masih boleh mengundang masalah Thirdhand smoke. Ini bermakna, ia masih mengundang bahaya terutamanya bagi anda yang tidak merokok. Cara untuk atsinya, campurkan setengah cawan cuka putih kedalam cucian
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bersedia untuk bersantai di dalam kolam renang di halaman rumah! Pasti ramai yang mengidamkan kolam renang di kediaman sendiri.
Cuaca tropika memang menyeronokkan! Cuaca panas dan lembap di Malaysia menyebabkan ramai di antara kita yang gemar akan aktiviti renang. Bukan sahaja untuk menyejukkan badan, aktiviti ini membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental sambil membolehkan kita meluangkan masa bersama yang tersayang.
Pemilik rumah di Malaysia jarang membina kolam renang peribadi di pekarangan kediaman. Selalunya apabila kita mahu berenang, kita akan mengunjungi kolam renang di kondominium atau hotel kerana pada pemahaman kita, kos pembinaan kolam renang di rumah adalah sangat tinggi dan juga kerana ketidaksesuaian tapak pembinaan, proses penyelenggaraan mungkin susah untuk dijalankan. Walau bagaimanapun, di negara barat, kolam renang persendirian sudah menjadi trend berkat teknologi pembinaan kolam yang canggih, peningkatan kesedaran tentang kebersihan diri dan sifat mereka yang mementingkan kualiti hidup. Lagi-lagilah semenjak kita dilanda pandemik COVID-19, warga barat semakin didorong untuk membina kolam renang peribadi di rumah sendiri.
“Dengan pembinaan kolam dan teknologi sanitasi yang telah ditambah baik, memiliki kolam peribadi di rumah untuk berenang dengan selamat bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai di Malaysia. Walaupun secara amnya. ramai yang masih mempercayai bahawa ia sukar dan mahal untuk membina kolam renang di rumah, namun dengan perancangan dan peralatan yang betul, pemilik rumah mampu membina kolam renang impian mereka sambil mengekalkan bajet,” kata Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco (penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat).
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh pemilik rumah yang ingin membina kolam renang impian mereka tanpa membuat perbelanjaan yang terlalu besar!
1. Keadaan tapak pembinaan adalah faktor utama yang akan menentukan kos
Langkah pertama untuk membina kolam renang peribadi adalah dengan menilai keadaan tapak pembinaan untuk menentukan saiz, bentuk, dan jenis kolam renang yang sesuai untuk rumah anda. Anda mungkin perlu menjalankan ujian tanah untuk memahami keadaan tanah dan kestabilan untuk menentukan kesesuaian lokasi dan jenis kolam renang. Kawasan rata yang bertanah halus merupakan tapak yang ideal untuk pemasangan kolam kerana ia memerlukan kerja asas dan landskap yang minimum. Sebaliknya, tanah cerun yang curam dengan tanah berbatu atau lembut akan memerlukan landskap tambahan yang akan menyebabkan kos yang lebih tinggi.
2. Tentukan jenis dan saiz kolam renang berdasarkan keadaan tapak pembinaan
Setelah selesainya penilaian dan pemilihan tapak pembinaan, pemilik rumah boleh menentukan jenis dan saiz kolam renang pilihan mereka. Keadaan dan kestabilan tanah akan menentukan lokasi kolam renang sama ada ia perlu berada di dalam atau luar rumah, di atas tanah atau di dalam tanah. Secara amnya, kolam dalam tanah adalah lebih mahal berbanding dengan kolam atas tanah kerana banyak masa diperlukan untuk menggali dan mengalih tanah sebelum pembinaan kolam boleh dimulakan. Begitu juga dengan saiz kolam, semakin besar kolam, semakin tinggi kos yang akan dikenakan.
3. Pemilihan bahan dan ciri tambahan
Bahan pembinaan yang digunakan untuk kolam idaman anda juga merupakan salah satu perkara utama yang perlu dipertimbangkan untuk mengawal bajet sambil mengekalkan estetika dan juga untuk memastikan proses penyelenggaraan yang minimum untuk jangka panjang. Bergantung pada keadaan tapak pembinaan dan jenis kolam, pemilik rumah boleh memilih bahan yang sesuai untuk pembinaan kolam yang tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit. Beberapa bahan yang paling popular untuk pembinaan kolam termasuk konkrit dan gentian kaca. Kolam konkrit merupakan pilihan yang paling kuat dan paling tahan lama tetapi masa yang diperlukan untuk membinanya mungkin lebih lama kerana ia dibina di tapak pembinaan itu sendiri dan kelengkapannya bergantung pada keadaan cuaca. Sebaliknya, kolam gentian kaca adalah pra-acuan dan oleh itu, ia lebih cepat untuk dipasang. Jika anda ingin meningkatkan estetika atau ciri tambahan untuk berenang dengan lebih santai, anda boleh memasang lampu kolam renang dan ciri tambahan seperti sistem pemanasan kolam.
4. Sistem penyelenggaraan dan sanitasi
Sistem peredaran dan sanitasi yang berkualiti adalah penting untuk memastikan kolam di dalam atau di luar rumah kekal bersih dan jernih untuk kita berenang dengan selamat. Jenis sistem penapisan dan sanitasi akan mempengaruhi kos pemasangan dan penyelenggaraan kolam renang dalam jangka masa
panjang. Pemilik rumah perlu memastikan sistem penapisan air yang dipilih telah terbukti dan diuji secara menyeluruh sebagai jimat tenaga dan selamat, seperti sistem penapisan air dari Waterco Malaysia yang dikenali untuk daya ketahanannya dan penjimatan tenaga.
“Memilih sistem penapisan dan sanitasi kolam yang cekap tenaga dan kos efektif dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan kuman berbahaya di dalam kolam. Selain itu, pemilik rumah juga harus memberi perhatian pada tahap klorin yang digunakan untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini pada kulit dan pada masa yang sama, tahap klorin tersebut cukup untuk mengekalkan kebersihan dan keselamatan air. Inilah sebab mengapa anda perlu memilih sistem penapisan yang canggih dan cekap. Walaupun pemasangan sistem ini memerlukan perbelanjaan awal, namun ia akan menjimatkan masa dan wang bagi proses penyelenggaraan kolam dalam jangka masa panjang,” jelas Encik Koo.
Akhir kata, terbukti bahawa pemasangan kolam renang di rumah bukanlah sesuatu yang menyukarkan! Dengan perancangan dan pemahaman yang betul mengenai jenis dan ciri-ciri kolam renang yang anda perlukan, pemasangan kolam renang boleh dilakukan khas untuk kegunaan anda dan orang tersayang di keselesaan kediaman sendiri! Pastikan anda berunding dengan pembina kolam profesional untuk memastikan pembinaan kolam yang selamat dan tahan lama.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman dengan keluasan 646 kaki persegi ini dimiliki oleh seorang ibu muda Bersama seorang anak lelaki berusia 5 tahun yang terletak di bandar Ho Chi Minh telah mendapat sentuhan magis dari Toki Home. Menzahirkan sebuah dekorasi yang mencerminkan sifat si pimilik yang ceria dan mesara, kediaman ini ditata dengan rona yang ceria.
Menggariskan pemilihan rona kuning, biru dan putih, kediaman sempit ini ditata sebaik mungkin agar setiap sudut dmanfaatkan dan segala keperluan pemilik dapat disediakan. Pemilihan sofa kuning, membangkitkan lagi keseluruhan interior. Pemilihan dinding sebagai featurewall cukup sekadar menggunkan tekstur batu-bata dengan perincian tanaman gantung yang menghijau menjadikan dekorasi kediaman sempit ini nampak lebih unik.
Dapur berkonsepkan terbuka memberi kesan visual yang lebih luas. Lantainya pula sedikit tinggi bertujuan menjadi pemisah bagi setiap ruang. Disamping itu juga, pemilihan dapur lantai yang sedikit tinggi dapat mewujudkan kepelbagaian volume. Secara tidak langsung ia dapat memberi kesan visual yang tidak membosankan.
Pemilihan rona yang sama terut diserap dalam dekorasi di bahagian bilik utama dan kamar anak lelaki pemilik
Sumber: https://design-milk.com / Photos by Kingkien Photography.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perkakas dapur seperti kuali atau cerek yang kerap digunakan pasti akan meninggalkan kerak hitam dibawahnya. Walaupun masih boleh digunakan, kadangkala sakit juga mata memandangnya.
Tidak dinafikan, nak sental kerak tu bukannya mudah kan? Jadi, apa kata anda cuba gunakan bahan ajaib ini. Melalui perkongsian pengguna Twitter Hsaytoc ini, beliau hanya membelanjakan kurang dari RM5 untuk kembalikan kilat pada kuali yang sudah berkerak hitam. Mari ikuti apa rahsianya.
Before & after. Bajet Bawah RM5 je dah boleh bg kuali nampak baru balik. Span ni beli kat Mr. Diy harga RM4++. Sental dgn air sabun je bagi smooth. Buat ni tak sampai 10 minit. Dia senang gila tanggal. Takpayah pakai berus dawai besi dah.
Sudahkah anda mencuba berus ini? Kongsikan dengan IMPIANA
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.