Sesebuah dapur perlu direka bergantung pada praktikaliti dan fungsi, bukan hanya semata-mata design yang hip dan moden. Secara faktanya, tidak ada dua dapur yang sama; dengan reka bentuk berbeza fungsi untuk orang yang berbeza dengan keperluan yang berbeza. Walau bagaimanapun, menurut pakar dapur kami, terdapat beberapa kesilapan biasa yang semua orang patut elakkan semasa pengubahsuaian dapur.
Flow Yang Tidak Sesuai
Aliran kerja di dapur merangkumi langkah-langkah yang anda akan ambil ketika proses menyediakan makanan, dari menyimpan makanan untuk persediaan, memasak dan membersihkan. Oleh yang demikian, dapur anda harus dibina dimana ia membolehkan anda untuk bergerak dari satu tugas ke tugas seterusnya dengan lancar dan tanpa gangguan. Bergantung kepada susun atur dapur anda, garis panduan asas bagi aliran kerja yang baik adalah untuk mewujudkan beberapa zon yang berbeza iaitu ruang penyimpanan, ruang penyediaan, ruang memasak dan pembersihan.
Tidak Mempunyai Ruang Counter Top Yang Mencukupi
Sama ada untuk penyediaan makanan, atau untuk menempatkan peralatan dan perkakas, kaunter di dapur merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum membina dapur idaman anda. Selain meningkatkan fungsi dapur, kaunter juga dapat dijadikan sebagai ruang storan tambahan. Pastikan kabinet yang dibina cukup panjang supaya anda mempunyai ruang yang banyak kerana tiada siapa mahu berhimpit-himpit di satu sudut semasa menyediakan makanan. Peralatan memasak anda juga mungkin terdedah pada dapur masak yang panas dan pendedahan pada haba dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan alatan. Salah satu cara untuk menambah ruang atas kaunter adalah dengan membina island. Letakkan ia bertentangan dengan dapur memasak serta sinki dan pastikan saiznya bersesuaian dengan luas keseluruhan dapur anda.
Ruang Storan Yang Sedikit
Ads
Seperti segala-galanya dalam kehidupan, adalah penting untuk pastikan dapur anda sentiasa kemas dan teratur. Kabinet, laci dan rak-rak dinding adalah sebahagian daripada banyak cara untuk dijadikan ruang storan untuk dapur anda. Manakala cangkuk, rel dan pegboard adalah cara genius untuk menggantung periuk, kuali dan senduk. Perlu diingat juga, ruang untuk bukaan laci perlu disediakan agar tidak berlaga laci dengan kabinet lain, sayang kalau tercalar nanti.
Pencahayaan Yang Tidak Memadai
Pencahayaan bukan sahaja penting bagi menceriakan ruang penyediaan, tetapi ia juga dapat menetapkan mood dan suasana keseluruhan dapur. Penyediaan makanan biasanya dilakukan di bawah kaunter mengadap dinding, menghiris dan memotong akan menjadi lebih sukar dan merbahaya jika dapur anda tidak diterangi dengan baik. Kurangnya pencahayaan yang betul juga menjadikan dapur anda gelap, suram dan tidak menarik. Semasa kerja-kerja pengubahsuaian dapur, anda perlu melabur lebih sedikit untuk kualiti pencahayaan, barulah puas hati. Ini juga membantu mencipta suasana yang lebih selesa buat tuan rumah dan tetamu.
Ads
Pengudaraan Yang Tidak Lancar
Tiada siapa yang suka rumah mereka berbau minyak dan asap, terutamanya jika dapur anda terletak berhampiran kawasan berkumpul seperti ruang tamu. Jadi, adalah penting untuk sesebuah dapur mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan peredaran udara dalam rumah, tetapi juga dapat membuang bau tidak menyenangkan dan kotoran minyak yang melekat pada permukaan ruang dapur. Pasangkan hud yang dapat menapis bau dengan berkesan, selain itu tingkap juga perlu dibuka agar udara segar boleh masuk kedalam.
Ads
Jika anda bercadang untuk membuat pengubahsuaian dapur, bolehlah praktikkan tips di atas ya. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
6 Tahun Tidak Tukar Sarung Tilam, Jadi Syurga Parasit Bahaya
Sanggupkah anda tidur di hamparan parasit, kutu dan hama yang berjuta ekor saban hari? Inilah yang dihidap oleh seorang wanita di China yang menderita kerana bulu matanya menjadi sarang lebih 100 parasit . Gara-gara tidak menukar sarung bantal dan cadarnya sejak 2012, seorang wanita di China menderita selama dua tahun kerana bulu matanya menjadi sarang parasit.
Memetik dari Dailymail, wanita yang dikenali sebagai Xu itu, menyangka matanya hanya mengalami kegatalan biasa namun keadaan semakin teruk dan menyebabkan matanya terus merah . Selama dua tahun beliau hanya menggunakan ubat titis mata untuk mengurangkan kegatalan pada mata sehingga kekotoran yang yang ada pada matanya melekat dan menyukarkan beliau untuk membuka mata.
Doktor memeriksa mata Xu dan mendapati bulu matanya kini menjadi sarang lebih 100 parasit malah salah satu daripada bulu matanya juga dihuni oleh 1 koloni parasit yang terdiri daripada 10 parasit. Jadi di sini , usah berkira membeli sarung bantal dan cadar baru. Cucilah sarung bantal dan cadar sebersihnya dan jemur ditempat panas agar mencegah segala serangga seni untuk bermastautin di hamparan tilam kita.
Jadi pastikan kita menukar cadar tiga bulan sekali. Jika anda jenis tidur tanpa baju, seelokkanya sebulan sekali bagi mengelakkan kesan peluh menghitamkan fabrik cadar anda dan bau yang kurang menyenangkan.
Jika anda rasa kurang selesa dengan cadar anda, tidak salah jika anda merendam cadar dengan air panas dan bahan pencuci bagi mendapatkan hasil cucian sempurna.
Cucilah dalam 2,3 kali cucian dan gunakan bahan pencuci anti bakteria
Jemur di tengah panas dan rentang agar semua kawasan dijemur bawah terik matahari.
Jika anda kurang selesa, pastikan kamar beradu anda juga disimbahi cahaya matahari dan jangan biarkan ia gelap lembab.
Sembur anti bakteria yang sesuai pada cadar jika anda merasa kurang selesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pasti ramai yang inginkan tip atau cara mudah buang air bertakung dalam rumah selepas banjir? Masalah banjir yang menimpa ramai pemilik rumah baru-baru ini membuatkan ramai yang pening kepala dengan kerosakan barang dan sebagainya. Masalah nak cuci rumah dan keluarkan air yang bertakung dalam rumah menjadi masalah yang amat rumit.
Bagi yang mempunyai water jet, bekalan elektrik pasti mudah untuk anda membersihkan rumah. Tapi bagi yang tiada boleh guna cara yang dikongsikan oleh Mohd Razak Razali
Cara Mudah Buang Air Banjir Yang Bertakung Dalam Rumah
Kepada mangsa banjir saya kongsi kan cara mudah untuk buang air yg bertakung dalam rumah.
Bahan-bahannya:
1. Baldi- di tebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip
2. Getah paip atau poli pipe.
3. Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.
4.Kerusi 2 biji
Cara-caranya
1. Masukan hujung paip dari bawah baldi kemudian terus masukan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada getah paip.
2. Tarik getah paip supaya plastik duduk di dalam baldi.
3. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah.
4. Letak baldi atas 2 kerusi .
5. Kamudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik yg duduk dalam baldi tadi. Air akan keluar terus ikut getah tak perlu angkut keluar.
6. Pastikan terus kocak air dalm rumah supaya lumpur tak mendap.
7. Bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
Setiap ruang yang terdapat dalam sesebuah kediaman biasanya dirancang berbeza memandangkan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan. Bagi memenuhi keperluan aktiviti dalam sesatu ruangan itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah susun atur ruang, jenis perabot dan material yang digunakan. Selain itu, satu faktor penting yang perlu dititikberatkan ialah penataan cahaya. Selain untuk menerangi ruang sesuai dengan aktiviti, penataan cahaya juga penting bagi mewujudkan suasana yang nyaman dan bertepatan dalam ruang tersebut.
Ruang Tamu
Ruang tamu merupakan salah satu ruang terpenting dalam sesebuah kediaman. Fungsi utama ruang ini merupakan tempat berkumpulnya tetamu dan ahli keluarga selain digunakan juga sebagai tempat bersantai dihujung minggu atau berehat selepas hari yang panjang. Jadi lampu-lampu yang melengkapi ruangan ini mestilah yang dapat memenuhi kehendak dan aktiviti pengguna.
Ruang Makan
Fokus utama penataan cahaya pada ruang makan sudah tentunya pada meja makan. Sebaiknya, letakkan lampu gantung atau pendant light untuk menerangi ruang makan kediaman anda kerana selain bertindak sebagai punca cahaya, lampu gantung juga boleh menjadi titik focal untuk ruang itu.
Dapur
Sebuah dapur dengan rekabentuk yang baik biasanya akan mempunyai banyak tingkap untuk memudahkan cahaya semulajadi. Jadi anda boleh pelbagaikan sumber pencahayaan bagi mewujudkan keseimbangan di dapur dengan cara mengurangkan silau dan bayang. Gunakan lampu esen, lampu kerja dan lampu ambient bagi menerangi dapur anda.
Bilik Tidur Bilik tidur juga merupakan ruang privasi buat pemilik beristirehat selain membaca atau membuat kerja sambil berehat. Beberapa jenis lampu harus diletakkan didalam kamar, sesuai dengan kegunaan dan aktiviti yang ingin dikalukan. Downlight dan lampu meja atau floor light sesuai untuk diletakkan didalam bilik tidur anda.
Bilik Air Pencahayaan yang menyeluruh dan terang diperlukan untuk bilik air kerana kebanyakkannya hanya dilengkapi dengan tingkap kecil bagi tujuan pengudaraan ; menjadikannya agak sukar untuk mendapat cahaya semulajadi. Oleh itu anda disarankan untuk memasang lampu yang dapat menerangi keseluruhan ruang dengan baik.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.