Selain ketumpang air yang dianggap sebagai rumpai yang tidak punya manfaat [klik sini untuk artikel lengkap] ada lagi satu tanaman liar yang ramai tak sangka punya khasiat yang tinggi. Tanaman yang dimaksudkan adalah Rumput Israel atau ada juga yang panggil Ara Songsang. Rumpanya rumput liar yang kebiasaanya di tanam untuk diberi pada haiwan ternakkan ini tinggi bahan antioxidant.
Antara khasiat yang terkandung di dalam rumput Israel adalah seperti jumlah Beta-carotene yang amat tinggi, kaya vitamin”E”, Ascrobic Asid dan iron. Disamping itu, kandungan kalsium dan Riboflavin di dalam tanaman ini berada di kadar sedarhana. Menutut kajian perinci yang telah dilakukan, hanya 3.7% jumlah protin yang terdapat di dalam tanaman ini dan daunnya mengandungi bahan anti-asthmatic Acanthaceae
Rumput Israel atau nama saintifiknya Asystasia Gangetica L. merupakan tanaman dari keluarga. Antara khasiat rumput Israel adalah seperti:
- Sangat tinggi antioxidant dan amat bagus utk pesakit kanser (sebelum masak perlu rendam dulu dgn air garam selama 20 minit dgn nisbah berikut: 2 sudu makan garam, 1 litre air. Ini kerana immune system pesakit kanser sangat lah rendah). Rumput ini juga tinggi kandungan proteinnya.
- Daun rumput israel yang dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak serta gigitan serangga.
- Boleh melawaskan kencing dgn merebus keseluruhan pokok dan minum airnya.
- Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot.
- pokok ini diberi makan pada haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan arnab kerana tinggi kandungan proteinnya.
Cara penyediaan hidangan rumput Israel ini sama seperti ketumpang air. Boleh di goreng atau tumis air
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI