Bukan mudah untuk mendidik anak mengemas bilik mereka sendiri, dengan 5 langkah mudah ini dapat galakkan anak anda untuk mengemas bilik mereka sendiri.
Agak sukar untuk pastikan bilik anak anda sentiasa dalam keadaan kemas. Bila si ibu dah siapkan rutin mengemas, nanti mesti bersepah semua. Sana sini permainan bertaburan. Jadinya, tak tahan berapa jam pun bilik kemas, dah nak dikemas semula. Pasti ramai antara ibu yang mengeluh.
Takkan nak halang, sedangkan bermain itu merupakan salah satu proses pembelajaran anak-anak. Jadi apa kata, didik anak anda untuk mengemas bilik mereka sendiri. Mesti ramai yang akan kata, dah puas membebel tak berkemas. Sebenarnya, punca utama adalah didikkan kita. Jadi, untuk galakkan anak anda mengemas bilik mereka, ini perkara yang perlu anda lakukan:
1. Ajak anak kemas bersama
Wajibkan hujung minggu untuk aktiviti gotong royong mengemas bilik anak anda. Bila semua buat, baru lah aktiviti tu seronok. Maka secara tidak langsung, walaupun hari-hari lain bilik kelihatan bersepah, anak anda akan kemaskannya sendiri.
Ads
2. Sediakan bekas secukupnya
Langkah bijak untuk memudahkan barang anak anda tersimpan rapi adalah dengan menyediakan tong, baku, kotak atau sebagainya untuk memudahkan mereka menyimpan barang-barang yang telah digunakan. Disamping itu, bilik akan kelihatan kemas dan tersusun
Ads
3. Hadkan jumlah barang
Kanak-kanak tak perlukan perabot yang banyak perincian yang rumit. Termasuklah barang mainan mereka. Lebihkan ruang terbuka untuk untuk kanak-kanak lebih kreatif menghasilkan aktiviti mereka sendiri. Secara tidak langsung, teknik ini mampu mengurangkan kadar barang yang bersepah
Ads
4. Khususkan arahan
Selalu bila kita nak suruh si cilik mengemas barang permainan ini ayat akan digunakan “KEMAS BARANG ADIK”. Apa kata lepas ni kita lebih khususkan seperti ” KEMAS BARANG ADIK. MASUKKAN BALEK DALAM KOTAK. SUSUN ATAS RAK”. Barulah jelas arahan anda tu. Kalau setakat arahan rambang suruh kemas, mungkin bagi mereka apa yang telah mereka lakukan tu dah cukup kemas.
5. PUJIAN
Ini paling penting. Seperti yang disarankan oleh pakar-pakar, kerap memuji anak anda setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik. Jadi, selesai si adik mengemas, pujilah lah dengan benda-benda yang mereka suka. Cantik ke, Bijak ke dan sebagainya. Bukan dengan memberi reward.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sekiranya anda sedang menghias bilik anak-anak dan mahukan sesuatu yang lebih unik, anda disarankan untuk mengunakan pengikat langsir yang comel ini.
Pengikat langsir ini sememangnya tampak sangat unik kerana ia datangkan dengan pelbagai bentuk haiwan yang sangat comel seperti beruang, musang, harimau, zirafah dan banyak lagi.
Dengan pelbagai warna serta reka bentuk yang comel dan menarik, sudah pasti ia akan menambat dan membuatkan hati anak-anak anda berasa ceria keriangan.
Jadi, pengikat langsir ini sememangnya amat sesuai dan boleh dijadikan sebagai pelengkap aksesori bilik anak-anak anda yang pastinya!
Bukan itu sahaja, harga yang dijual adalah sangat berpatutan serendah dari RM35 sahaja untuk sepasang pengikat langsir yang comel ini.
Sekiranya anda mahu mendapatkan pengikat langsir sama yang seperti pada gambar tertera anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Dalam sesebuah unit kediaman, feature wall antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika menghias. Mewujudkan feature wall atau titik tumpu di mana-mana ruang dinding sangat penting untuk menghasilkan visual lebih menarik pada ruang kediaman. Bagi menghasilkan feature wall sempurna, anda perlu tahu dan membuat pilihan material sesuai untuk digunakan.CAT
Sekiranya mempunyai bajet yang sederhana, cat adalah pilihan terbaik untuk membentuk feature wall. Terdapat beberapa teknik cat yang anda boleh lakukan.
Sapuan cat teknik biasa dan sapuan cat teknik span. Gabungan kedua-dua teknik ini memberikan karakter untuk dinding kediaman yang keluasan sederhana.
Sapuan cat teknik span. Cipta sedikit kelainan dengan mengecat bermula daripada dinding sehingga ke siling.
Sapuan cat di dinding dan pembahagi ruang. Sesuai untuk kediaman studio yang mempunyai pelan lantai terbuka.
PANEL KAYU
Gaya feature wall yang ditemani kemasan daripada jenis panel kayu boleh digabungkan bersama beberapa sentimen seperti kedudukan perabot, wajah ruang kediaman serta pemilihan aksesori.
Pemasangan panel kayu setebal 5 inci pada dinding untuk kesan timbul yang lebih menonjol. Tinggalkan ruang lebih kurang 2 kaki pada kiri dan kanan panel kayu untuk meletakkan bingkai gambar.
VARIASI KERTAS DINDING
Kertas dinding merupakan material yang paling popular untuk membentuk feature wall. Namun, bagi mendapat kelainan anda boleh menambah sedikit aksesori sebagai pelengkap gaya.
PANEL FABRIK
Selain menarik dan mampu milik, pilih apa sahaja jenis fabrik kegemaran anda untuk menutup kelemahan dinding terutamanya bagi anda yang tinggal di kediaman bertingkat.
Balut panel kayu dengan fabrik mewah untuk menghiasi belakang kepala katil. Anda boleh memilih sama ada fabrik daripada jenis baldu, viscose atau sutera. Sudahkan dengan kemasan labuci jika mahu.
PANEL KONKRIT BERTEKSTUR
Rekaan unik, berkarakter serta eksklusif ini mula menjadi tarikan kediaman moden pada zaman sekarang. Tekstur konkrit seperti bata merah mampu membawa kelainan pada kediaman anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Zaman sekarang, pengawalan elektrik tidak terkawal kerana orang sekarang banyak menggunakan elektrik dan bergantung harapan kepada elektrik. Sebagai contoh, buka TV, buka air-cond/kipas atau bermain telefon sambil cas. Itu semua faktor-faktor yang boleh menyebabkan elektrik banyak telah bazir dikeluarkan. Bila dah terjadi pembaziran, mula lah bil naik harga dari harga yang sepatutnya. Jadi, pada hari ini, saya akan menceritakan bagaimana hendak berjimat-cermat dalam penggunaan elektrik di rumah.
MATIKAN PERALATAN ELEKTRONIK YANG TIDAK DIPAKAI.
Ini yang patut dipertengahkan dan di ambil keras seriusnya. Perkara sebegini, sering dilakukan oleh masyarakat kita sekarang ini. Pendekatan paling mudah untuk menjimatkan elektrik di rumah anda adalah dengan mematikan peralatan yang tidak digunakan. Matikan kipas dan lampu apabila anda meninggalkan bilik, atau penapis air apabila anda keluar. Selain itu, ingat untuk mematikan suis pengecas telefon dan powerbank anda sebaik sahaja ia penuh. Pengecasan berlebihan bukan sahaja menggunakan elektrik, tetapi ia juga boleh memendekkan hayat bateri dan alat anda.
BERTUKAR KEPADA PERALATAN YANG MENJIMATKAN TENAGA ELEKTRIK.
Selain daripada kaedah yang dinyatakan di atas, anda boleh meminimumkan perbelanjaan elektrik anda dengan menggunakan peralatan penjimatan tenaga. Suruhanjaya Tenaga, yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, telah melancarkan program untuk membantu rakyat Malaysia membuat keputusan yang lebih baik. Di mana pelbagai barangan elektrik diuji, dinilai dan dinilai bergantung pada penggunaan tenaganya menggunakan kriteria MEPS. Item ini kemudiannya ditetapkan dengan Label Cekap Tenaga, yang mempunyai penarafan maksimum lima bintang. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi bilangan bintang pada label, lebih banyak tenaga yang anda jimatkan. Apabila membeli produk elektrik untuk rumah anda, pastikan anda membeli peralatan dengan bintang yang lebih tinggi.
GUNAKAN MENTOL LAMPU YANG MENJIMATKAN TENAGA.
Teknik lain untuk menjimatkan elektrik ialah menggunakan mentol lampu yang cekap tenaga. Pada masa ini, empat jenis biasanya digunakan: lampu pijar, lampu halogen, lampu pendarfluor, dan lampu diod pemancar cahaya (LED). Lampu pendarfluor dan lampu diod pemancar cahaya (LED) adalah penyelesaian pencahayaan terbaik untuk rumah anda di antara empat jenis lampu ini. Ia bukan sahaja lebih sejuk, tetapi ia boleh mengurangkan penggunaan kuasa anda sebanyak 25-35 peratus.
Kesimpulannya, gunakanlah peralatan yang berelektronik dengan cermat supaya tiada pembaziran elektrik dalam rumah anda.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.