Jangan takut untuk mencantas atau memangkas pokok dan tumbuhan renek di laman rumah anda. Hanya beberapa minit sahaja perlu diperuntukkan untuk memangkas softscape yang terdapat di halaman rumah supaya ia sentiasa berdaun lebat, berbunga dan sihat. Namun, kita sering mengabaikan dan tidak melakukan proses pemangkasan dengan betul dan secara berjadual. Ini disebabkan kita kurang terdedah kepada pengetahuan dan beranggapan kerja-kerja pemangkasan memerlukan peruntukan masa yang lama. Ada pula yang khuatir, jika pemangkasan dilakukan ia akan menyebabkan pokok tidak cantik dan mati. Hakikatnya, jika ia dilakukan secara berjadual dengan teknik yang betul, ia dapat membantu anda untuk memastikan laman rumah sentiasa rapi dan indah. Oleh itu, ikuti langkah-langkah dan tip yang telah disediakan untuk memastikan anda menguasai teknik pemangkasan yang betul.
Sebab untuk melakukan pemangkasan pokok muda
5 langkah untuk memangkas pokok muda
1. Buang bahagian yang telah rosak, mati atau hampir mati, kering dan berpenyakit. Pastikan silara pokok diperiksa rapi untuk mengenal pasti dahan atau ranting yang berpotensi menjadi ancaman kepada pokok.
2. Pilih leader (batang pokok utama) yang paling stabil dan kukuh. Untuk mendapatkan pokok yang cantik dan berkualiti, hanya sebatang leader yang diperlukan untuk menyokong keseluruhan struktur pokok. Jika terdapat lebih leader, pemangkasan leader yang tidak kukuh perlu dilakukan segera. Kenal pasti terlebih dahulu leader yang paling tegak dan kuat untuk dijadikan penyokong struktur pokok.
3. Pilih dahan rendah (lowest permanent branch) yang paling kukuh dan sesuai untuk membentuk kanopi pokok. Kenal pasti dahan pokok yang paling bawah yang mempunyai sambungan yang paling baik dan cantik dengan Ia seharusnya dijadikan sebagai dahan pokok pertama dan buangkan dahan lain berhampiran dengannya untuk memberi ruang kepada ranting dari dahan tersebut bergerak bebas. Diameter ideal untuk dahan pertama haruslah separuh dari ukuran leader tempat dahan tersebut bersambung.
4. Pilih dahan kedua (scaffold branch). Scaffold branch ialah dahan yang tumbuh selepas lowest permanent branch. Ia berfungsi membentuk keseluruhan kanopi pokok. Pastikan scaffold branch yang dipilih mempunyai sambungan baik dan ukuran diameternya tidak lebih dari setengah ukuran Jarak antara scaffold branch perlulah seragam sama ada secara vertikal atau kedudukan jejarinya di sekeliling leader.
Jarak vertikal antara dahan haruslah 18 inci untuk pokok besar manakala 12 inci untuk pokok kecil. Jarak jejari setiap scaffold branch haruslah seimbang antara satu sama lain mengelilingi leader.5. Pilih temporary branch di bahagian bawah lowest permanent branch. Sebahagian atau hampir semua ranting atau dahan kecil yang terdapat di bahagian lowest permanent branch boleh dikekalkan sebagai temporary branch. Ia merupakan dahan yang berdiameter tidak lebih 2 inci dan bersambung terus dengan Temporary branch amat penting di awal pertumbuhan pokok muda kerana ia membantu membentuk batang pokok yang kuat ketika proses fotosintesis berlaku. Apabila pokok mula matang dan meninggi, temporary branch perlu dibuang atau ia perlu dicantas apabila ukuran diameternya mencecah 2 inci.