Memang selesa jika kediaman dilengkapi dengan penyaman udara atau air-cond terutama sekali di waktu panas. Namun, sedarkah anda bahawa air-cond mempunyai ancaman kepada kesihatan? penggunaanya yang tidak terkawal akan menyebabkan beberapa masalah atau gangguan kesihatan seperti:
1. Dihidrasi
Umum tahu, bila berkeja di dalam pejabat yang dilengkapi air-cond, kulit mudah kering. Itu antara tanda-tanda hidrasi berlaku. Keadaan akan bertambah lebih teruk jika suhu air-cond terlalu sejuk. Ia akan menyebabkan kadar hidrasi lebih tinggi. Oleh sebab itu, untuk mengatasi masalah hidrasi, anda perlu banyak minum air dan sediakan pelembab kulit seperti losyen untuk mengurangkan iritasi akibat kulit yang kering.
2. Pening kepala dan maigrin
Masalah ini akan berlaku apabila kadar hidrasi terlalu tinggi. Untuk peringkat awal, anda akan mula rasa pening kepala. Kelamaan, hidrasi tadi akan menjadi pencetus kepada maigrin. Masalah ini lebih cepat berlaku sekiranya suhu didalam sesebuah bilik berhawa dingin terlalu sejuk
Ads
3. Masalah respirasi
Mereka yang banyak menghabiskan atau memperuntukkan masa di dalam bilik yang mempunyai air-cond akan mempunyai ancaman terhadap sistem respirasi. Ganguan utama akan berlaku pada bahagin tekak, hidung dan mata. Ia akan menyebabkan rhinitis, tekak kering dan hidung tersumbat. Sebab itu, bagi anda yang pertama kali duduk di dalam bilik yang mempunyai air-cond mudah demam
Ads
4. Lesu dan tidak bersemangat
Penyaman udara sama ada di pejabat atau rumah direka bentuk untuk menyaman dan menyelesakan anda. Namun, ia tetap mempunyai kesan sampingan yang lain. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tinggal atau duduk didalam bilik berhawa dingin mudah lesu dan tidak bersemangat untuk melakukan sebarang tugas. Sebab itu, waktu tidur anda lebih selesa jika menggunakan air-cond. Oleh itu, air-cond boleh dikatakan sebagai salah satu faktor menyebabkan anda malas dan tidak produktif terhadap tugasan dan kerja
Ads
5. Asma dan alahan
Penggunaan air-cond boleh menyebabkan asma dan alahan bertambah teruk. Perkara ini lebih mudah berlaku kepada sistem penghawa dingin yang jarang atau tidak diselenggara dengan baik. Melalui sistem penghawa dingin di pejabat, fangus dan bakteria lebih mudah tersebar. Nak tahu cara mencuci penghawa dingin sendiri [klik sini]
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hias bilik tidur ala dekorasi hotel, barulah betah berlama-lama dalam bilik. Ramai yang suka bersantai-santai sambil berehat di bilik tidur hotel lima bintang. Mana tidaknya, bilik tidur di hotel bukan sahaja kemas dan rapi tetapi juga wangi dengan haruman lilin yang menyegarkan.
Maka sebab itulah ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti sambil berehat di bilik hotel. Penampilan dalaman hotel yang mewah serta bilik hotel yang elegan dan selesa tentunya menarik perhatian.
Anda juga boleh menjadikan bilik hotel mewah sebagai inspirasi untuk hiasan bilik tidur di rumah. Sebenarnya tidak sukar untuk menghias bilik tidur di rumah seperti bilik di hotel mewah.
Berikut perkongsian tip Ahyat Ishak yang merupakan seorang perunding hartanah. Tip yag dikongsikan oleh Ahyat Ishak ini membantu mencipta ‘feel’ bilik kita di rumah seperti bilik di hotel.
1.LAMPU TIDUR
Pencahayaan ini adalah amat penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil. Lampu di sisi katil menaikkan seri ruang tidur dan memberi kehangatan semasa kita memadamkan lampu utama.
Jika kita perasan, lampu sisi atau lampu pendakap di hotel selalu memberi rasa nyaman dan selesa. Antara tipnya adalah lampu pendakap lebih elok jika gandingankan bersama dengannya. Manakala, lampuhiasan lain lebih mudah disuai padan dengan gabungan yang berbeza.
2. CADAR DAN BANTAL
Rahsia mengapa kita tenggelam dalam pelukan cadar dan bantal di hotel kerana terletak pada kiraan benangnya. Jika mahu mencari cadar pilih kiraan benang yang tinggi sekurang-kurangnya 300. Hotel biasanya menggunakan fabrik seperti satin dan linen. Tapi untuk bilik kita pilihlah dari jenis fabrik yang kita suka dan selesa. Jika mahu kelehitan lebih suasana hotel boleh pilih putih sebagai warna cadar.
Bantal kecil di hotel bukan sekadar penghias katil. Ia sentiasa ada di tangan kita semasa menonton televisyen atau membaca buku. Tekstur pada bantal mengubah keadaan bilik yang suram. Bantal-bantal kecil pelbagai corak ini melengkapkan bantal tidur utama dan mampu menjadikan bilik kita sama seperti bilik sebuah hotel. Kita boleh cuba dapatkan sekurang-kurangnya 4 bantal untuk menghiasi katil kita supaya nampak seimbang.
3. KEPALA KATIL
Kepala katil biasanya memudahkan kita untuk bersandar sambil menonton televisyen dan membaca buku. Tapi menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang. Pilih sama ada mahu pasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil untuk menyerlahkan dinding utama bilik.
Hiasan pada dindingdi atas kepala katil tidak semestinya mahal. Malah, bahan murah pun boleh nampak hebat dan cantik jika kita tahu menggayakannya. Gambar tumbuh-tumbuhan yang biasa kita temui di kedai serbaneka mengingatkan kepada alam semulajadi yang damai. Cermin pula memberi kesan visual menarik lebih-lebih lagi jika dindingnya bertentangan dengan tingkap.
4. BANGKU
Bangku di hujung katil bukan sahaja menjadikan bilik kita nampak menarik tetapi ia boleh menyerlahkan katil selain datang dengan pelbagai fungsi seperti tempat duduk, meletak buku dan kasut. Bangku juga datang dalam pelbagai gaya. Bangku yang sarat dengan hiasan batu berkilat dan cermin pada kaki menghasilkan ciri-ciri glamer. Jika kita tidak mahu bangku, kita boleh je letakkan peti kayu besar pada hujung katil bagi menggantikan bangku biasa. Selain datang dengan pelbagai fungsi, ia juga unik dan memukau pandangan. Peti kayu seperti ini boleh didapati di kedai antik atau perabot.
5. BAHAN LANTAI
Bilik hotel memberikan rasa selesa pada kaki kita. Jadi, apa yang kita pasang di lantai juga penting. Tapi agak tinggi kosnya bagi kita. Untuk mengurangkan bajet kita boleh cuba dapatkan karpet atau ambal yang lembut dan selesa untuk digunakan di dalam bilik. Semakin lembut ia pada kaki kita, semakin tinggi kesesuaiannya. Ambal bersaiz kecil sangat bagus jika dibeli lebih dari sehelai. Susunkan ia pada tiga bahagian di sebelah katil. Tapi jika kita mahu memasang karpet di seluruh lantai bilik pilihlah karpet dengan warna neutral.
6. WARNA
Tenang dan canggih. Ini yang kita rasa bila masuk ke dalam hotel. Ia dihasilkan oleh pemilihan warna yang biasanya bertona monokromatik. Untuk mendapatkan suasana ini di rumah kita, pilihlah satu warna dari warna utama dan satu lagi warna selaras. Warna utama ialah kuning, biru, dan merah. Warnakan siling dengan warna yang sama seperti warna dinding. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan tona warna pada siling sebanyak 20 peratus.
7. AKSESORI
Aksesori juga penting walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kebanyakan orang akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati atau yang kita suka. Ada pelbagai pilihan seperti wangian, bunga segar, lilin, buku, arca dan gambar berbingkai. Ini juga menolak pendapat yang hiasan menarik hanya sesuai diletakkan di ruang tamu. Bilik tidur juga ada hak untuk mendapatkan karya seninya sendiri.
Selepas ini kita tidak perlu lagi mengeluarkan bajet yang lebih semata-mata untuk merasai suasana bilik tidur ala hotel. Di rumah sendiri pun sudah rasa macam tidur di bilik hotel! Harus diingat walaupun kita mahukan bilik tidur gaya hotel, tetapi ia perlulah praktikal kerana harus diingat ruang tidur itu di dalam rumah, bukannya hotel yang dijadikan tempat persinggahan sementara.
Ramai yang rasa Work from home (WFH) atau Bekerja dari rumah (BDR) lebih memenatkan dan tertekan. Keadaan ini bukan sahaja berpunca daripada tugas mengurus rumah tangga dan beban kerja yang diberi. Tanpa kita sedari ia berpunca dari postur kedudukan ketika melakukan kerja.
Printah Kalawan Pergerakkan (PKP) Menuntut anda bekerja di hadapan komputer atau laptop lebih dari 1 jam. Jika postur duduk tidak dijaga, ia juga antara penyumbang kepada tekanan pada bahagian tengkuk, tulang belakang dan pinggang. Untuk atasi masalah ni, elak beberapa perkara berikut:
1. Elak duduk dengan posisi tulang belakang melengkung atau terlalu tegang
Sebaiknya, sandar pada kerusi ketika berhadapan dengan laptop atau komputer. Namun, elak posisinya menegak kerana ia akan menyebabkan kedudukan tulang belakang mampat ke bawah. Jika kerusi yang digunakan bukan dari jenis mudah laras, letakkan bantal kecil untuk sokong bahagian pinggang
2. Janggan guna laptop secara menyarap
Jika menggunakan laptop dalam keadaan menyerap, memang memberi keselesaan. Tapi, posisi ini hanya untuk sementara sahaja. Jika untuk tempoh lama, ia akan memberi tekanan pada bahagian lengan dan bahu kerana perlu menanggung tekanan badan. Lenguh lengan bukan main-main, silap-silap mengganggu kerja terus
3. Laptop bukan untuk letak atas riba
Memang lah namanya komputer riba, tapi jika anda menggunakan laptop secara riba, ia akan menggalakkan anda untuk membongkok dan kepala menunduk. Hal ini akan memberi tekanan kepada bahagian tulang belakang dan tengkuk. sebaiknya, letakkan di atas meja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Situasi anak kencing malam mungkin boleh diatasi dengan menggunakan lapisan pelindung tilam tetapi secara jujurnya, pasti ada hari yang kita terlepas pandang dan tumpas juga akhirnya. Jadi untuk pastikan tempat tidur sentiasa bersih dan tidak berbau hancing, boleh gunakan beberapa bahan ini
Tips mudah untuk hilangkan kesan dan bau hancing pada tilam
Sabun pencuci baju
Cara yang paling mudah adalah menggunakan sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena kencing itu. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Pastikan anda tekan tuala kering itu dengan kuat bagi memastikan ia dapat menyerap lebih banyak lembapan. Jika perlu, gosokkan sedikit tuala itu untuk tujuan mengelap bahagian yang terkena air kencing.
Tips: Untuk kesan yang terbaik, gunakan sabun pencuci baju berasaskan enzim kerana ia akan menguraikan asik urik yang menjadi punca kesan kotoran dan bau hancing pada tilam anda.
Cuka
Cuka yang biasa digunakan di dapur? Biar betul? Ya, anda boleh cuba saja cuka untuk menghilangkan kesan dan bau hancing yang terdapat pada tilam anda. Kadangkala, sabun tak cukup kuat untuk hilangkan bau hancing akibat daripada bau hancing yang terlalu kuat. Jadi, cuka adalah pilihan lain kerana ia mempunyai tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, dan bakteria.
Tips: Untuk cara yang lebih berkesan, gunakan cuka putih (white distilled vinegar) dan campurkannya dengan air suam. Goncangkan dan tekapkan cuka ini pada kain kemudian kesatkan pada tompokan air kencing itu selama 10-15 minit.
Soda penaik
Soda penaik boleh digunakan selepas anda mencuci tilam anda dengan sabun atau cuka. Taburkan soda penaik atau soda bikarbonat pada tompokan air kencing tersebut, tutup kawasan tompokan kencing itu dengan plastik atau balutkannya dan biarkan ia semalaman. Pada keesokkan harinya, buang plastik itu dan vakum untuk membersihkannya.
Tips: Lebih banyak anda gunakan soda penaik lebih baik kerana ia akan ‘menarik’ bau dan kotoran yang masih tertinggal.
Hidrogen peroksida
Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu kegunaan hidrogen peroksida atau mungkin anda tak pernah dengar pun tentangnya. Sebenarnya ia adalah salah satu formula bagi menghilangkan kotoran, kesan kekuningan dan bau hancing. Antara bahan-bahan yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
8oz hidrogen peroksida
3 sudu besar soda penaik
Setitik sabun pencuci
Campurkan hingga soda penaik itu larut dan masukkan ke dalam botol spray yang kosong. Semburkan ia ditompokan air kencing, gosokkan sedikit dan biarkan ia mengering. Jika sudah kering sepenuhnya, bersihkan sisa habuk atau kesan soda penaik yang tertinggal. Selepas itu, lihatlah hasilnya!
Tips: Antara campuran bahan lain yang anda boleh gunakan jika anda tidak mempunyai bahan di atas ialah campuran antara hidrogen peroksida, cuka, dan air suam. Hasilnya adalah sama seperti bahan sebelumnya.
Semburan penyegar
Semburan penyegar boleh digunakan selepas cucian dilakukan. Ia boleh menambahkan bauan segar pada tilam anda yang pasti akan membuat anda tidur dengan lena. Caranya, anda boleh titiskan minyak aromaterapi dan campurkan ia dengan soda penaik. Sembur pada tilam atau kawasan tompokan air kencing dan biarkan selama 10 minit. Selepas itu, vakumkan hingga bersih.
Tips: Langkah ini juga berkesan dan boleh dilakukan untuk membuang bau hapak serta menyegarkan tilam anda, walaupun tilam anda tidak terkena air kencing.
SELAMAT MENCUBA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.