Lagi beberapa hari sahaja, bulan Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Sementara, sibuk dengan persiapan raya, amal ibadah di bulan puasa jangan diabaikan. Mari kita mengambil kesempatan ini untuk mengunjungi masjid. Di Malaysia, terdapat banyak masjid yang cantik dari segi seni bina dan hiasan dalamannya. Di sini IMPIANA berkongsi 5 masjid tercantik di Malaysia.
1. Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Masjid ini juga dikenali sebagai masjid besi. Ia mula dibina pada April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos, 2009. Dari segi seni bina, masjid ini menggunakan seni bina jaringan (architectual wire mesh) atau anyaman masyarabiah yang diimport dari negara Jerman dan China. Selain dari itu, keunikan masjid ini ialah ia tidak mempunyai sebarang kipas atau alat penghawa dingin, sebaliknya ia menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC).
2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Tahukah anda masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara? Selain itu, masjid ini juga mempunyai menara kedua tertinggi di dunia, dan mempunyai kubah terbesar di dunia. Hebat kan? Masjid ini pastinya menjadi tarikan buat pengunjung.
Ads
3. Masjid Kristal, Kuala Terengganu
Masjid yang terletak di Kuala Terengganu ini telah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia. Struktur utama masjid ini diperbuat daripada besi, kaca, dan kristal. Ia dibina pada tahun 2006 hingga 2008 dan mula dibuka secara rasmi pada 8 Februaru, 2008. Masjid ini juga mempunyai kapasiti 1500 jemaah.
Ads
4. Masjid Ubudiah, Perak
Masjid cantik ini terletak di Kuala Kangsar, Perak. Antara tarikan utama masjid ini adalah dari segi seni binanya. Masjid ini berbentuk oktagon mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki dan dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana setiap diameternya berukuran 60 kaki. Dari segi interior pula, dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang diimport khas dari Itali dan London. Pengunjung tang datang ke Perak sudah pasti, tidak melepaskan peluang mengunjungi masjid cantik ini.
Ads
5. Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu
Antara keunikan masjid ini adalah dari segi reka bentuknya yang menyerupai Masjid Nabawi di Madinah. Ia siap sepenuhnya pada tahun 2000 dan menelan kos sebanyak RM34 juta. Masjid ini kelihatan seolah-olah terapung kerana 70% daripada kawasan masjid ini dikelilingi air.
Selain dari menjadi tempat ibadah, masjid juga menjadi tempat menarik untuk dikunjungi kerana kebanyakan masjid mempunyai hasil seni bina yang mengagumkan. Jika bazar Ramadan boleh singgah setiap hari, mengapa tidak masjid?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dalam banyak-banyak peralatan memasak, stainless steel adalah yang paling tahan lasak. Tapi, kalau anda pandai menjaga dan menguruskan peralatan meamsak stainles steel, bukan sahaja ia tahan lama, malah cantik sampai ke anak cucu.
Angeline tyy berkongsi tip penjagaan perkakas memasak stainless steel paling mudah.
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam utk membasuh periuk stainless steel kamu, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
Beli peralatan meamsak stainless steel secara onlini di sini https://invol.co/cloqny pun murah juga
Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels). Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh dengan biasa. Tersangat mudah utk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Singapura sebuah negara yang berkembang pesat dari segi ekonomi, banyak tempat pelancongan yang menarik menjadi tarikan pelacong luar untuk datang berkunjung ke negara ini, tidak hairanlah jika di Singapura terdapat banyak hotel butik yang menarik untuk pelancong kunjungi.
Bersempena meraikan warisan tempatan Singapura yang mewujudkan semangat tropika, Hotel Soloha yang mempunyai 45 buah bilik kesemuanya cukup menarik perhatian dengan seni bina tingkap kayu yang dikenakan dengan warna biru indigo. Bangunan lama yang diberi nafas baru ini tampak menyerlah berbanding binaan bersebelahan. Tetapi ia masih mengekalkan reka bentuk fasad asal banggunan lama ini.
Karya seni dan juga perabot hiasan yang diilhamkan oleh artis tempatan ini cukup sempurna untuk sentuhan dalam hotel butik ini. Hotel Soloha direka oleh firma reka bentuk dalaman Avalon Collective dan Arkitek Asolidplan. Karya seni yang menjadi titik tumpu dipamerkan di lobi hotel, lif dan bilik dihasilkan oleh artis tempatan Ethrisha Liaw dan Danielle Tay yang cukup menawan.
Fasad Hotel Soloha pada suasana malam..
Hotel Soloha menjemput para tetamu memulakan perjalanan untuk mengenali hotel butik ini. ‘Soloha’ menggabungkan idea yang ekspresif dalam memberi penekanan kepada sesuatu yang mampu ‘mengembang lebih jauh’ dan ‘aloha’, adalah perkataan Hawaii yang membawa maksud tentang kehidupan. Ini bermakna dalam perjalanan yang mencabar atau percutian hujung minggu yang sentiasa ada peluang untuk anda menikmati Soloha dengan sempurna.
Pilihan jubin lantai pada laluan hadapan Hotel Soloha ini cukup sepadan dengan seni bina bangunan lama seakan konsep peranakan..
Di Hotel Soloha, perkara penting apabila memasuki bilik, tetamu disambut dengan mesra serta elemen hangat dan menarik seperti panel kayu yang memberi aura selesa dalam sentuhan yang tersendiri. Manakala hamparan kertas dinding yang digandingkan dengan perabot rotan klasik serta pemilihan perabot moden dengan palitan warna yang agak berani dan terang membuatkan ruang tersebut lebih harmoni dalam sentuhan tersendiri. Pemilihan kertas warna sepadan dengan hiasan dalaman yang lain membuat kamar ini lebih menarik dengan ciri moden tanpa disedari. Dalam kamar di Soloha ini terdapat satu kolaj eksperimen oleh pereka cetakan tempatan, Ethrisha Liaw, menghias dinding kamar yang membuatkan ia tampak lebih mewah. Kemudahan yang selesa dalam setiap bilik membuatkan ramai pengunjung akan meninggalkan kenangan indah di Soloha ini.
Tertarik dengan ruang reception ini, dengan binaan kayu pada siling serta kerusi tinggi moden melengkapi ruang hangat ini. .
Hotel butik ini menjanjikan kepuasan untuk pelanggan yang menginap di Soloha, dengan ciri hotel lima bintang, dengan menyediakan akses seperti YouTube, Netflix dan Spotify kepada pelanggan untuk melayari tanpa had. Bukan sahaja ruang bilik tidur yang kompak tetapi selesa dan bakal memuaskan hati para penginap.
Di Soloha, ia menawarkan sempurna untuk malam yang panjang bagi yang gemar bersendirian siri televisyen yang pastinya menepati dan memuaskan dihidangkan.
Kamar mandi semestinya menajdi perhatian utama bila menjejakkan kaki ke dalam sebuah bilik hotel. Para tetamu pastinya akan lebih teruja dengan kelengkapan manja diri di bilik mandi Soloha ini,dengan pancuran jenama Hansgrohe Raindance yang direka khas, binaan panel kaca memberi elemen sensual dalam kamar mandi ini. Sentuhan mewah ini memberi lebih bermakna dengan tambahan cermin serta ruang kelengkapan dandanan yang selesa. Mandian dan syampu yang disediakan dengan bauan mewah iaitu lemongrass dan lavender pasti menenangkan malam anda di Soloha.
Bilik mandi yang dikemasi dengan mamar pada keseluruhan membuatkan ia lebih kemas dengan gaya moden elegan..
Tetamu yang mendaftar masuk dengan keluarga mereka atau dalam kumpulan yang lebih besar boleh memilih untuk Soloha Loaf atau Suite. Sementara itu loteng yang terletak di tingkat atas, termasuk dua katil double dan siling tinggi ditambah pada ruang tersebut bagi keselesaan. Manakala Suite dengan ciri terbuka dengan tab mandi yang membolehkan pemandangan keluar halaman ini lebih menarik. Tetamu boleh menempah beberapa bilik di sekitar halaman dan nikmati privasi penuh ruang, sesuai untuk bersantai pada waktu malam.
Menariknya, Bilik Suite ini dilengkapi dengan tab mandi yang diletakkan pada ruang luar untuk menyuntik rasa yang lebih santai dan bergaya urban..
Loft adalah bilik yang sesuai untuk keluarga yang membawa anak-anak, ruang tidur yang kompak dan selesa dengan pemandangan luar sebalik bukaan tingkap membuatkan ia menjadi tarikan pelancong asing. .
Ruang bilik suite yang memberi pandang terus ke ruang courtyard ini lebih menekan pada rasa santai. Lantai kayu memberi rasa hangat yang mendamaikan. .
Ruang acara juga disediakan untuk tempahan. Hotel ini menawarkan bar & lounge, ruang F&B, di halaman. Bilik permainan, dilengkapi dengan meja tenis persendirian dan beregu terdapat juga meja yang lebih selesa seperti di bilik mesyuarat.
Courtyard yang terletak pada tingkat dua ini dilengkapi dengan set perabot yang lebih santai untuk ciri outdoor yang sempurna. .
Ruang Sosial ini direka khas dengan mengetengahkan konsep lebih privacy. .
Di sini juga terdapat Takeshi Noodle Bar yang menyajikan hidangan yang gemar akan makanan fusion ramen. Soloha menhidangkan menu yang pastinya mengiurkan pengujung di sini. Jika anda ini merasai kehebatan Hotel Soloha ini sendiri, apa kata saya cadangkan hujung tahun ini anda boleh menempah bilik hotel ini, untuk dijadikan destinasi percutian anda.
Ruang Sosial yang lengkap untuk gaya santai pengunjung. .
Hidangan Jepun yang menjadi pilihan pengunjung, Takeshi Mentaiko Oysters..
Salah satu hidangan yang menjadi pilihan di sini, Takeshi Seafood Szechuan Mala Iberico Tonkotsu. .
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa sangka tingkap jenis nako yang seringkali digunakan di rumah-rumah kampung suatu masa dulu boleh menghiasi kafe moden ini! Sekiranya anda pernah menjejakkan kaki ke galeri membeli-belah Publika, Kuala Lumpur, anda pasti pernah terlihat sebuah kafe berkonsep terbuka yang dikelilingi dengan tingkap-tingkap nako. Dari luar lagi, anda dapat melihat pengunjung-pengunjung kafe Ben’s yang sedang menikmati hidangan mereka dari celahan-celahan tingkap nako yang dibiarkan terbuka.
Saat menjejakkan kaki ke dalam, anda akan terdengar alunan lagu-lagu English klasik dimainkan sebelum terlihat ruangan kaunter bakeri dengan beraneka pilihan ‘dessert’, terasing dari ruang makan utama bagi memudahkan pengunjung yang ingin membawa pulang kek mahupun manisan lain. Ruangan hadapan itu juga terlihat kemas dengan penggunaan konsep industrial yang diserikan dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
Ruangan makannya pula terbahagi kepada dua iaitu di dalam dan ruangan terbuka yang dihiasi dengan tingkap-tingkap nako. Sekiranya anda berkesempatan untuk memilih ruangan terbuka, jangan lepaskan peluang keemasan itu kerana tempat adalah terhad ketika waktu kemuncak.
Lihat sahaja betapa luas ruang makan ini dengan tingkap nako yang dibiarkan terbuka, memberikan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang banyak tanpa perlu bergantung kepada penggunaan kipas dan lampu semata-mata. Bayangkan sekiranya tingkap-tingkap tersebut digantikan dengan dinding, tentunya ia akan menjadi sempit, gelap dan perlu bergantung kepada penghawa dingin dan lampu yang banyak.
Tertarik dengan tingkap yang digunakan, saya cuba melihat dengan lebih dekat dan terlihat trademark ‘Breezway’, satu brand tingkap yang agak familiar. Berbeza dari tingkap nako yang biasa, tingkap ini lebih mudah untuk digunakan dan terlihat sangat moden, bersesuaian dengan konsep kafe.
Sama seperti ruang hadapan tadi, penggunaan tumbuh-tumbuhan hijau berjaya memberikan sedikit kontra kepada konsep industrial yang banyaknya menggunakan warna putih, hitam, kelabu dan coklat yang sekiranya tidak digunakan dengan betul, boleh memberikan mood yang mendatar.
Konsep dekorasi kafe ini yang menggabungkan tema moden dan klasik sangat sesuai dengan sajian menu yang dihidangkan. Tidak hanya terbatas kepada makanan-makanan barat seperti aneka pasta, kafe ini juga turut menyediakan makanan tempatan seperti nasi lemak, kari laksa dan juga nasi kerabu
Secara keseluruhannya, kafe ini ‘menghidangkan’ satu pengalaman makan yang menenangkan dan berjaya memberikan inspirasi kepada pengunjung dengan konsep keterbukaannya yang ‘genius’. Kepada anda para-para penggemar kafe, mungkin Ben’s café ini boleh menjadi destinasi pilihan anda seterusnya?
Karya: Jay Ara
Karya penulisan dari followers IMPIANA cukup menarik lokasi dan artikel yang beliau kongsikan. Jika anda juga mempunyai bakat untuk menulis bolehlah hantar kepada IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.