Lagi beberapa hari sahaja, bulan Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Sementara, sibuk dengan persiapan raya, amal ibadah di bulan puasa jangan diabaikan. Mari kita mengambil kesempatan ini untuk mengunjungi masjid. Di Malaysia, terdapat banyak masjid yang cantik dari segi seni bina dan hiasan dalamannya. Di sini IMPIANA berkongsi 5 masjid tercantik di Malaysia.

1. Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
5 Masjid Tercantik di MalaysiaMasjid ini juga dikenali sebagai masjid besi. Ia mula dibina pada April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos, 2009. Dari segi seni bina, masjid ini menggunakan seni bina jaringan (architectual wire mesh) atau anyaman masyarabiah yang diimport dari negara Jerman dan China. Selain dari itu, keunikan masjid ini ialah ia tidak mempunyai sebarang kipas atau alat penghawa dingin, sebaliknya ia menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC).

2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
5 Masjid Tercantik di MalaysiaTahukah anda masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara? Selain itu, masjid ini juga mempunyai menara kedua tertinggi di dunia, dan mempunyai kubah terbesar di dunia. Hebat kan? Masjid ini pastinya menjadi tarikan buat pengunjung.

IKLAN

3. Masjid Kristal, Kuala Terengganu
5 Masjid Tercantik di MalaysiaMasjid yang terletak di Kuala Terengganu ini telah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia. Struktur utama masjid ini diperbuat daripada besi, kaca, dan kristal. Ia dibina pada tahun 2006 hingga 2008 dan mula dibuka secara rasmi pada 8 Februaru, 2008. Masjid ini juga mempunyai kapasiti 1500 jemaah.

IKLAN

4. Masjid Ubudiah, Perak
5 Masjid Tercantik di MalaysiaMasjid cantik ini terletak di Kuala Kangsar, Perak. Antara tarikan utama masjid ini adalah dari segi seni binanya. Masjid ini berbentuk oktagon mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki dan dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana setiap diameternya berukuran 60 kaki. Dari segi interior pula, dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang diimport khas dari Itali dan London. Pengunjung tang datang ke Perak sudah pasti, tidak melepaskan peluang mengunjungi masjid cantik ini.

IKLAN

5. Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu
5 Masjid Tercantik di MalaysiaAntara keunikan masjid ini adalah dari segi reka bentuknya yang menyerupai Masjid Nabawi di Madinah. Ia siap sepenuhnya pada tahun 2000 dan menelan kos sebanyak RM34 juta. Masjid ini kelihatan seolah-olah terapung kerana 70% daripada kawasan masjid ini dikelilingi air.

Selain dari menjadi tempat ibadah, masjid juga menjadi tempat menarik untuk dikunjungi kerana kebanyakan masjid mempunyai hasil seni bina yang mengagumkan. Jika bazar Ramadan boleh singgah setiap hari, mengapa tidak masjid?

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI