5 material yang sesuai untuk lantai laman. Lantai taman adalah elemen penting dalam reka bentuk landskap yang mempengaruhi penampilan, fungsi dan suasana keseluruhan taman. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk lantai taman, bergantung pada gaya, bajet dan keperluan individu.
Beberapa bahan yang biasa dipilih untuk lantai taman termasuklah:
Granit, sandstones, dan pelbagai lagi adalah jenis batuan yang sesuai digunakan di laman. Ia hadir dalam pelbagai bentuk dan warna seperti flagstones, tiles, kerikil, dan sebagainya. Dalam pemilihan material batu sebagai kemasan laman, bukan sekadar rona yang perlu dititik beratkan malah tekstur pada permukaannya juga begitu penting.
Batu sering dipilih untuk lantai taman kerana mempunyai rupa semula jadi yang menambah estetika taman, di samping penjagaan yang mudah dan tahan lama.
Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa pemilihan jenis batu dan penempatan yang betul boleh menjejaskan keselesaan dan kepraktisan lantai taman. Sebagai contoh, pilih batu yang tidak licin untuk mengelakkan kemalangan, dan pastikan permukaan batu tidak terlalu panas di bawah sinar matahari.
Bata merupakan salah satu material yang tahan lasak yang kerap menjadi pilihan sebagai lantai taman. Ia mampu mewujudkan suasana laman yang klasik dan vintaj. Anda boleh gunakan bata yang dijadikan dinding kediaman untuk membina lantai mahupun laluan di laman. Secara tidak langsung mampu membentuk sebuah pemandangan yang harmoni.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa batu bata mungkin memerlukan penjagaan tambahan seperti pengedap untuk melindungi permukaan daripada cuaca dan haus. Pemilihan jenis bata dan corak pemasangannya juga akan mempengaruhi penampilan dan fungsi lantai taman anda.
Jika dahulu lantai konkrit dikategorikan sebagai material yang murah, kini ia menjadi pilihan utama kerana pelbagai olahan yang menarik berjaya dihasilkan dari material ini. Kebiasaannya ia hadir dalam kepingan empat segi pelbagai saiz dan ada juga yang menjadi turapan sepenuhnya pada latai.
Dari konkrit juga, pelbagai kemasan boleh dipadukan seperti pebbles wash, batu, kayu, dan sebagainya. Jika pilihan kepingan konkrit, ia perlu lantai asas yang padu seperti batu atau bata. Menariknya, konkrit ini boleh dicat mengikut design yang diinginkan serta mudah di suai padan dengan pelbagai konsep dekorasi.
Jubin hadir dalam bentuk kepingan yang mempunyai pelbagai rekaan dan rona yang mudah dipadankan untuk semua konsep kediaman. Material ini dikategorikan sebagai tidak tahan lasak kerana bentuknya merupakan kepingan yang nipis. Oleh itu, untuk menampung beban yang berat, jubin ini perlu dimortar ke dasar yang lebih kukuh seperti lantai konkrit.
Pastikan rekaan jubin yang dipilih mudah dipadankan dengan konsep kediaman. Jika laman sarat tanaman dan mempunyai elemen yang lebih penting perlu ditonjolkan, pastikan rekaan ringkas menjadi pilihan.
Lantai kayu bukanlah material yang sesuai untuk mendominasi keseluruhan laman. Ini kerana materialnya yang memerlukan peruntukkan kos yang tinggi. Di samping itu, pemilihan lantai kayu memerlukan penyelenggaraan yang kerap dan rumit.
Perlu diingatkan bahawa lantai kayu memerlukan penjagaan yang rapi untuk menjaga keindahannya, serta mudah rosak akibat cuaca dan serangga jika tidak dirawat dengan baik.
Anda digalakkan menggunakan kayu teras seperti cengal, meranti, merbau, dan sebagainya kerana sifat daya tahan kayunya yang tinggi apabila terdedah kepada iklim Malaysia yang tidak menentu.
Moga bermanfaat!
Mesti Baca: DIY Hias Laman Kecil Guna DECK TILES, Puas Hati Buat Sendiri!
Baca Lagi Di Sini: Laman Cantik Berseri Pilih Pokok Senang Dijaga, Tak Perlu Siram Selalu
Artikel Menarik: Cara Tanam RUMPUT Sendiri Di Laman Rumah, Panduan Buat ‘Beginner’
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.