5 perkakas untuk dapur sempit, bijak guna ruang. Kebanyakan kediaman zaman kini mempunyai saiz dapur yang terhad. Jadi, pemilik perlu menggunakan segenap ruang dapur dengan bijak. Selain pemilihan warna, pemilihan perabot juga memainkan peranan yang penting dalam memaksimumkan penggunaan ruang dapur yang sempit.
Berikut ialah senarai 5 perkakas bijak untuk dapur bersaiz kompak:
1. Kaunter Pulau Mudah Alih
Untuk dapur bersaiz kompak, lebih bijak jika anda menggunakan kaunter pulau mudah alih yang boleh dipasang dan dilipat untuk memberikan lebih banyak ruang apabila tidak digunakan. Ini boleh membantu meningkatkan ruang dan kebolehgerakan dalam dapur bersaiz kompak. Pastikan untuk memilih yang sesuai dengan gaya dan keperluan dapur anda.
2. Besi Gantung
Adakalanya kabinet atau rak dinding akan memakan ruang. Terdapat pilihan lain seperti hanging bar yang mempunyai pelbagai kegunaan. Ia membolehkan anda menyimpan perkakas dapur dan perkakas lain secara vertikal, menjimatkan ruang lantai dan menjadikan perkakas mudah dicapai.
Besi gantung yang dipasang di dinding adalah pilihan yang baik untuk menyimpan periuk, kuali, dan perkakas dapur yang sering digunakan. Anda boleh memilih besi gantung yang dipasang secara langsung ke dinding atau yang dilengkapi dengan pemegang boleh tanggal untuk membolehkan pelarasan mudah.
3. Rak Sudut
Ads
Sebaiknya ruang di dapur kompak ini dimanfaatkan. Lazimnya, ruang sudut dapur sering diabaikan kerana kesukaran untuk mencapai di samping saiz ruang yang terhad. Dengan mengaplikasikan rak sudut sebagai ruang simpanan tambahan, ini menjadi penyelesaian yang sangat berkesan untuk memaksimumkan ruang penyimpanan.
Terdapat pelbagai jenis rak sudut di pasaran yang anda boleh sesuaikan dengan kegunaan dan cita rasa anda. Pastikan untuk memilih rak sudut yang sesuai dengan keperluan penyimpanan anda dan tetap mempertimbangkan aksesibilitinya supaya anda boleh dengan mudah mengambil barang-barang yang anda perlukan semasa memasak.
4. Rak Bawah Sinki
Ruang bawah sinki adalah salah satu tempat yang sering diabaikan tetapi sangat penting untuk menyimpan barang-barang dapur. Kebiasaannya ruang ini menjadi tempat simpanan barang pencuci dan tong sampah. Namun, tanpa sistem rak khas tersedia, ruang bawah sinki tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan meletakkan rak bawah sinki, dapat memberi ruang tambahan yang lebih sistematik.
Ads
Pastikan untuk mengukur ruang di bawah sinki anda dengan teliti sebelum memilih rak penyimpanan untuk memastikan ia sesuai dengan ruang yang ada dan dapat memaksimumkan ruang penyimpanan yang tersedia.
5. Tong Sampah Tersembunyi
Lazimnya, kita lebih gemar meletakkan tong sampah pada sudut dapur padahal sudut tersebut boleh digunakan bagi tujuan lain. Anda boleh memasang tong sampah di dalam kabinet dapur untuk menyembunyikannya dari pandangan tetapi masih mudah diakses. Terdapat pelbagai jenis sistem kabinet yang direka khas untuk menampung tong sampah, termasuk sistem laci yang boleh ditarik keluar dengan dua atau tiga tong untuk mengasingkan sisa dan bahan kitar semula.
Menggabungkan tong sampah tersembunyi dengan elemen-elemen penyimpanan yang bijak adalah kunci untuk menjaga dapur bersaiz kompak anda supaya sentiasa kemas, bersih, dan teratur.
Mewah betul dekorasi rumah Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Macam Hotel Lima Bintang. Segenap ruang dihias indah. Awal dan Acha ternyata cukup bijak memilih jenis perabot, susun atur dan warna kediaman mereka mengikut tema yang dipilih.
Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos pernah berkongsi koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga. Awal juga ada berkongsi video memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan warna putih melatari segenap ruang rumah.
Kelihatan juga perabot-perabot berjenama mewah, chandelier, pasu dan gubahan bunga-bungaan. Pencahayaan di segenap ruang rumah menjadikan suasana kediaman seperti di hotel bertaraf lima bintang.
Dekorasi kediaman pasangan ini adalah hasil ilham mereka bersama. Jom kita jamu mata tengok dekorasi rumah pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’ ini.
Dinding rumah yang mulai retak pasti membimbangkan pemilik dan penghuni kediaman. Banyak kediaman tak kira jenis teres atau bertingkat berdepan dengan masalah ini. Kadang-kadang retak atau rekahan bukan kecil tapi besar.
Boleh tutup menggunakan joint compound tapi ia hanya menutupi kesan retak dari luar tapi bukan lubang.
Jika rumah kita sendiri ada masalah retak ini, ada satu cara yang boleh kita usahakan atau DIY untuk menyelesaikan masalah ini.
Dikongsi oleh comen.os melalui akaun TikTok salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk membaiki masalah ini baiki adalah dengan menggunakan produk yang khas untuk menutup rekahan iaitu Sellys No More Big Gaps. Menariknya cara untuk menggunakannya juga cukup mudah.
Ambil produk dan goncang selama 10-20 saat supaya sebati.
2. Kemudian pasang nozzle panjang yang disediakan pada muncung.
3. Selepas pasang nozzle, terbalikkan dan masukkan nozzle pada lubang rekahan.
4. Picit hingga foam berwarna putih memenuhi ruang atau lubang rekahan.
5. Selepas foam tadi masuk, ia akan mengembang dan akan ada lebihan terkeluar dari dinding. Ketika ini ruang dalam akan ditutup dengan foam tadi yang juga melekat.
6. Biarkan saja sehingga foam tadi kering.
7. Selepas itu boleh potong lebihan yang terkeluar dari dinding dan bolehlah kita cat semula.
Idea DIY Rak Khas Bekas Tupperware Isteri, Cantik Guna Kombinasi Besi & Kayu. Biasanya orang perempuan memang ada koleksi tupperware sendiri sebagai salah satu hobi dan terapi. Ada yang memang digunakan untuk kegunaan seharian dan ada yang memang dijadikan koleksi hiasan sahaja.
Namun bila dah ada banyak sangat tu, elok la ada rak khas untuk tempatkan bekas-bekas Tupperware ini di rumah. Kalau encik suami pandai dan minat bertukang boleh cuba DIY sendiri, minta buatkan rak tupperware ini.
Boleh tengok idea rak tupperware yang dihasilkan oleh Encik Izat Akmaluntuk koleksi bekas-bekas Tupperware isterinya.Memang cantik dan kemas.
“Siap rak tupperware wife. Tak pandai tapi berani cuba. Ni projek ke 3 wife suh buat untuk rumah sendiri.”
Bahan Digunakan:
Besi hollow
Papan heveaboard
Tinggi 8×8
Cat mahogany
Sangat-sangat suka dengan kombinasi besi dan kayu.Alhamdulillah,siap jugak walaupun seminggu lebih.
Elehhh tipulah kalau orang pompuan tak suka ada rak khas untuk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nanti.Kang kena tambah lagi rak..huhu
Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.
Ukuran kaki, partition dalam tu saya main agak-agak je. Lebar dari depan ke belakang 1 kaki papan dia, so 1 kaki lebih sikit la campur frame.
Info Ekstra!
Papan heveaboard boleh cari di kedai jual kayu-kayu perabot. Dalam shoppee/lazada pun ada search heveaboard.
Weld jenis ACO mig 3in1. Pakai gas boleh, pakai rod pun boleh, tapi saya pakai yang gasless, tak pedih langsung mata.
Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4x8kaki.
Saya memang zero. Saya tengok youtube, join fb group-group welding, tanya-tanya orang. Mesin ni pun beli bulan 3 awal pkp dulu. Tapi kena yakin dan berani cuba.
Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!
IMPIANA: Menarik juga idea buat rak tupperware ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik, kemas malah lebih puas hati bila dapat buat sendiri untuk isteri tersayang.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.