Membeli perabot memanglah sesuatu yang menyukarkan, kadangkala apabila berada di kedai perabot pasti anda menjadi rambang mata dengan pilihan-pilihan pelbagai reka bentuk perabot yang ditawarkan. Oleh itu, bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan dalam membeli perabot, anda boleh ikuti 5 perkara ini.
1. SAIZ RUANG
Jumlah perabot dibeli dan dihias perlu berpadanan dengan saiz ruang. Bagi ruang sempit, pilih perabot jenis pelbagai guna, mudah dibuka dan dipasang semula. Contohnya sofa bed amat praktikal untuk kegunaan tetamu yang bertandang.
2. PENGGUNAAN RUANG
Pemilihan perabot haruslah sesuai dengan umur, saiz dan ketinggian penggunaan ruang. Bagi ruang yang dikongsi, keperluan setiap penggunaan harus dititik beratkan. Contohnya rak tinggi, berkaca serta perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk ruangan kanak-kanak.
3. PEMILIHAN WARNA
Perabot selalunya datang dengan variasi warna. Pilih warna perabot bukan sekadar mengikut faktor warna kegemaran, tetapi juga warna cat dan kemasan ruang, serta konsep perabot lain. Bagi ruangan kanak-kanak atau ruangan yang diguna lasak, pilih warna perabot yang tidak mudah dikotori.
4. KETAHANAN DAN JANGKA HAYAT
Ambil kira juga faktor ketahanan perabot tersebut terutamanya perabot seperti katil, sofa dan meja makan yang kerap digunakan. Begitu juga dengan rak yang menempatkan barangan berat seperti koleksi buku, pinggan mangkuk dan perhiasan kaca.
5. BAJET
Kenal pasti berapa anggaran perbelanjaan anda bagi setiap ruangan yang ada. Jangan pula terlebih berbelanja pada sesuatu ruang dan tidak cukup perbelanjaan untuk ruangan lain. ukur dan buat perbandingan harga barang dan ketahanannya. Biarlah alah membeli, menang memakai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI