Ok kita dah beli perabot asas ruang tamu. Sofa , meja kopi dan kabinet tv. Tapi ruang nampak gondol je kan. Nak kata ringkas, tak ringkas. Nak kata sempurna , macam ada yang tak sudah. Jadi tiba masa untuk menyolek ruang tamu kita. Tak yah beli semua sekali harung. Beli satu persatu.
SUAI PADAN YANG BERJAYA. BERBEZA RUPA TETAPI DALAM 1 NADA WARNA……
SIMPLE JE PUN TAK PERLU SARAT….BIAR BESAR TETAPI TIDAK PERLU BANYAK
Cermin- Selain daripada langsir, cermin muka juga mudah menjadikan ruang lebih grnd. Sebab tu hotel banyak letak cerminkan. Tak payahlah banyak. Cari sebuah, cukup besar (tak nak yg kecik-kecik sebab impak kureng). Mahal? Apa susah, cari je kat kedai barangan terpakai. Adakala mereka jual perabot hotel. Cermin sebesar dulang kenduri tu, dalam RM50 je.
Tak kisahlah apa bentuknya, anda boleh letak di dinding utama, membelakangi tempat duduk kita. Mengapa? Agar dari sudut lain ia nampak luas, dan tidak mengganggu pandangan atau fokus kita apabila menonton. Gantunglah setinggi 7′ dari bingkai atas.
Lampu Lantai – Satu lagi aksesori elegan untuk mewujudkan visual menarik. Cukup sebuah dan ruang tamu anda nampak sofistikated. Itu belum lagi kesan cahaya yang datang dari lapu tu. Elegan habis! Sesuai kalau anda mahu melelapkan mata atau berehat sambil menonton. Tapi jangan lupa pilih rekaan ikut konsep ruang tamu. Jangan risau banyak kat luar tu.Tempatkan di sisi kabinet tv atau antara ruang makan dan tamu mahu pun di sisi sofa utama.
Ads
SEPADAN DAN CANTIK PULA HIASANNYA KAN….SIMPLE TAPI NAMPAK EKSKULSIF
GAYA KONTEMPORARI DAN MODEN KLASIK BERSATU…..CUBA TEKA YANG MANA SATU?
BILA LAMPU LANTAI BERTINDAK SEBAGAI LAMPU MEJA. KESAN DRAMATIK BUKAN SAHAAJA PADA CAHAYANYA MALAH TATA HIASNYA.
Ottoman – Satu lagi pilihan untuk mencantikkan ruang tamu kita. Terdapat ottoman yang boleh dijadikan meja kopi pada masa yang sama. Ini sudah menjimatkan ruang terutama jika rumahnya comel. Ada juga orang memiling bangku panjang sebagai ganti , mcm kerusi piano tu. Ada juga yang memilih bangku kuib sepasang sebagai pelengkap hias. Jadi benda -benda ni semua, boleh nampak berbeza sikit dari sofa utama.
Ads
PERTEMUAN ANTARA DUA KONSEP YANG BERBEZA DAN DIHARMONIKAN DENGAN WARNA YANG SAMA.
SATU LAGI ILHAM KONTRA,SOFA POLOS DIGANDINGKAN DENGAN OTTOMAN CHESTERFIELD. SAMA-SAMA MENARIK
Permaidani – Satu lagi pilihan menarik jika mahu ruang kelihatan berbeza. Jangan terikat dengan corak lazim sebuah permaidani. Adventure sedikit sebab permaidani sekarang macam-macam konsep ada. Perlu lebih berani dan tidak terburu-buru membeli. Lihat kesesuaian warna, bulunya (kalau alah atau ada resdung tu, bulu nipis cukup). Adakala inilah kunci ruang tamu kita nampak berseri. Biar sofa plain tetapi dimeriahkan dengan pemilihan permaidani.
MENERANGI SUASANA, PERMAIDANI PUTIH ASLI
Ads
PADUAN DUA JENIS TEKSTUR MEMBENTUK NILAI MASKULIN DAN ETNIK
IMBANGAN ANTARA POLOS DAN BERCORAK
Lampu Meja – Ni adalah pilihan kedua selepas lampu lantai. Jika mahu ruang kediaman ala-ala hotel warmkan, lampu meja boleh kita gunakan. Biar sepasang atau sebuah, pilihlah jeis apakah yang seusai dengan gaya hidup anda. Andai rumah besar, bolehlah memilih jenis yang besar. Tapi kalau rumah kecil, yang ala-ala comel pun dah ok. Janji cantik, murah dan senang nak kita suai padan.
KRISTAL TERLUS PANDANGAN , MEMINIMAKAN HIASAN YANG MAKSIMA
REKAAN LAMPU MEJA MEMBENTUK KARAKTER
Ok jadi itulah lima benda kita boleh bajet sikit-sikit beli bagi mencantikkan ruang tamu kita secara asasnya. Kalau banyak wang melipah ruah, boleh beli yang lain pula . Apa yang penting , usha dulu mana yang berkenan di hati, usha harga dan buat perbandingan. Barulah bila beli tu happy kan…
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Katil dan juga tilam tidak dapat dipisahkan. Katil ini ibarat rangka dan tilam ini isinya. Jadi, jika kita sudah ada katil yang baik, mesti kita mahukan tilam yang baik dan bagus jugak kan? Oleh itu, hari ini saya akan beberapa tips penting dalam membeli tilam dan juga jenis yang ada.
BAGAIMANA INGIN MEMILIH TILAM YANG BAGUS?
Jadi bagaimana anda hendak pastikan tilam anda beli itu bagus? Mula-mula, anda perlu ketahui ukuran tilam tersebut. Tilam sepatutnya lebih besar dan luas 2 atau 3 kali ganda dengan tubuh badan kita supaya mendapat keselesaan untuk berguling-guling atas tilam itu. Hahahaha.
Seterusnya, pergi ke kedai yang boleh membenarkan kita uji tilam tersebut. Apa yang perlu anda buat adalah pusing-pusing dalam kedai tilam tersebut selama mana anda mahu dan apabila sudah jumpa tilam yang menarik perhatian anda, cuba anda baring untuk 10 minit begitu. Tapi pasti meminta izin dahulu sebelum mencubanya. Tujuannya, kita tidak menyesal kemudian jikalau kita beli tilam tersebut dan tidak selesa bagi kita.
Dan akhirnya, pastikan periksa jika tilam yang dijual itu ada jaminan jika dibeli. Selalunya, sebuah kedai yang baik dan menjual katil yang berkualiti, akan mempunyai tempoh minimum selama 10 tahun bagi penggantian penuh atau jaminan tanpa ‘protate’.
Sebagai pengakhirannya, kita semestinya bijak dalam membeli tilam ini. Semasa memilih tilam juga, kita perlu tahu apa jenis yang kita mahukan sebagai contoh, memory foam ke, gel, innerspring, air bed, lateks dan lain-lain yang ada. Maka dengan ini, itu sahaja penjelasan saya tentang tilam. Semoga anda berjaya membeli tilam dan berpuas hati setelah membelinya.
Ada atau tidak di kalangan anda mempunyai barangan elektrik yang telah rosak? Malah, pelbagai cara telah dilakukan namun punca masalah kerosakan masih belum diketahui dan tidak dapat di atasi.
Tahukah anda, sebenarnya berkemungkinan barangan elektrik di rumah anda tidak lagi dapat berfungsi dengan baik oleh hanya kerana masalah kecil seperti wayar putus. Jika wayar putus tersebut dibaiki, barangan elektrik anda masih lagi boleh diguna pakai dengan baik.
Jadi, bagaimana caranya untuk memeriksa wayar pada barangan elektrik anda sama ada putus atau tidak? Anda ingin mengetahui bagaimana caranya? Mari bersama IMPIANA belajar bagaimana cara untuk melakukannya!
Dalam episod Tip Impiana bersama Sis Letrik, kami tampilkan Cik Aqilah, pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise untuk berkongsi tip dan cara mudah untuk memeriksa wayar putus pada barangan elektrik di rumah anda dengan menggunakan satu peralatan elektrik iaitu Digital Multimeter.
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk membaikinya, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.