Ok kita dah beli perabot asas ruang tamu. Sofa , meja kopi dan kabinet tv. Tapi ruang nampak gondol je kan. Nak kata ringkas, tak ringkas. Nak kata sempurna , macam ada yang tak sudah. Jadi tiba masa untuk menyolek ruang tamu kita. Tak yah beli semua sekali harung. Beli satu persatu.
SUAI PADAN YANG BERJAYA. BERBEZA RUPA TETAPI DALAM 1 NADA WARNA……
SIMPLE JE PUN TAK PERLU SARAT….BIAR BESAR TETAPI TIDAK PERLU BANYAK
Cermin- Selain daripada langsir, cermin muka juga mudah menjadikan ruang lebih grnd. Sebab tu hotel banyak letak cerminkan. Tak payahlah banyak. Cari sebuah, cukup besar (tak nak yg kecik-kecik sebab impak kureng). Mahal? Apa susah, cari je kat kedai barangan terpakai. Adakala mereka jual perabot hotel. Cermin sebesar dulang kenduri tu, dalam RM50 je.
Tak kisahlah apa bentuknya, anda boleh letak di dinding utama, membelakangi tempat duduk kita. Mengapa? Agar dari sudut lain ia nampak luas, dan tidak mengganggu pandangan atau fokus kita apabila menonton. Gantunglah setinggi 7′ dari bingkai atas.
Lampu Lantai – Satu lagi aksesori elegan untuk mewujudkan visual menarik. Cukup sebuah dan ruang tamu anda nampak sofistikated. Itu belum lagi kesan cahaya yang datang dari lapu tu. Elegan habis! Sesuai kalau anda mahu melelapkan mata atau berehat sambil menonton. Tapi jangan lupa pilih rekaan ikut konsep ruang tamu. Jangan risau banyak kat luar tu.Tempatkan di sisi kabinet tv atau antara ruang makan dan tamu mahu pun di sisi sofa utama.
SEPADAN DAN CANTIK PULA HIASANNYA KAN….SIMPLE TAPI NAMPAK EKSKULSIF
GAYA KONTEMPORARI DAN MODEN KLASIK BERSATU…..CUBA TEKA YANG MANA SATU?
BILA LAMPU LANTAI BERTINDAK SEBAGAI LAMPU MEJA. KESAN DRAMATIK BUKAN SAHAAJA PADA CAHAYANYA MALAH TATA HIASNYA.
Ottoman – Satu lagi pilihan untuk mencantikkan ruang tamu kita. Terdapat ottoman yang boleh dijadikan meja kopi pada masa yang sama. Ini sudah menjimatkan ruang terutama jika rumahnya comel. Ada juga orang memiling bangku panjang sebagai ganti , mcm kerusi piano tu. Ada juga yang memilih bangku kuib sepasang sebagai pelengkap hias. Jadi benda -benda ni semua, boleh nampak berbeza sikit dari sofa utama.
PERTEMUAN ANTARA DUA KONSEP YANG BERBEZA DAN DIHARMONIKAN DENGAN WARNA YANG SAMA.
SATU LAGI ILHAM KONTRA,SOFA POLOS DIGANDINGKAN DENGAN OTTOMAN CHESTERFIELD. SAMA-SAMA MENARIK
Permaidani – Satu lagi pilihan menarik jika mahu ruang kelihatan berbeza. Jangan terikat dengan corak lazim sebuah permaidani. Adventure sedikit sebab permaidani sekarang macam-macam konsep ada. Perlu lebih berani dan tidak terburu-buru membeli. Lihat kesesuaian warna, bulunya (kalau alah atau ada resdung tu, bulu nipis cukup). Adakala inilah kunci ruang tamu kita nampak berseri. Biar sofa plain tetapi dimeriahkan dengan pemilihan permaidani.
MENERANGI SUASANA, PERMAIDANI PUTIH ASLI
PADUAN DUA JENIS TEKSTUR MEMBENTUK NILAI MASKULIN DAN ETNIK
IMBANGAN ANTARA POLOS DAN BERCORAK
Lampu Meja – Ni adalah pilihan kedua selepas lampu lantai. Jika mahu ruang kediaman ala-ala hotel warm
kan, lampu meja boleh kita gunakan. Biar sepasang atau sebuah, pilihlah jeis apakah yang seusai dengan gaya hidup anda. Andai rumah besar, bolehlah memilih jenis yang besar. Tapi kalau rumah kecil, yang ala-ala comel pun dah ok. Janji cantik, murah dan senang nak kita suai padan.KRISTAL TERLUS PANDANGAN , MEMINIMAKAN HIASAN YANG MAKSIMA
REKAAN LAMPU MEJA MEMBENTUK KARAKTER
Ok jadi itulah lima benda kita boleh bajet sikit-sikit beli bagi mencantikkan ruang tamu kita secara asasnya. Kalau banyak wang melipah ruah, boleh beli yang lain pula . Apa yang penting , usha dulu mana yang berkenan di hati, usha harga dan buat perbandingan. Barulah bila beli tu happy kan…