Langkah pencegahan wabak covid-19 dari terus tular, kerajaan terpaksa melakukan PKP 2.0 (Perintah Kawalan Pergerakkan) bersasar ke beberapa buah negeri. Mesti ramai yang kene kerja dari rumah dan ada juga yang tutup sementara. Nak kelaur rumah berjalan-jalan pun tak boleh. Mesti bosan kan? Di sini, IMPIANA cadangkan 5 aktiviti DIY bajet yang boleh anda lakukan untuk dekor rumah anda.

1. PAINTSCOTING

Wainscoting memang menjadi trend dekorasi kini. Pelbagai teknik dan material yang sesuai untuk menghasilkan dekorasi dinding ini. Cara pemasangannya tidaklah rumit, yang penting rajin. Hal ini menyebabkan ramai yang berjaya menghasilkan sendiri dinding wainscoting untuk lebih jimat (Artikel penuh klik sini) 

Namun yang menjadi masalah adalah apabila permukaan dinding anda tidak rata. Kayu Wainscoting yang dipasang sukar melekat atau mungkin, mudah tercabut. bagi anda yang kurang berkemahiran dalam kerja-kerja menukang dan ada masalah dinding seperti di atas, Ayu Cm punya penyelesaian mudah iaitu Paintscotting.

Paint + wainscoting atau painscotting hanya menggunakan pelekat kertas sebagai bingkai. Teknik ini bukan sahaja jimat wang, malah masa untuk siap pun lebih cepat.

5 Projek DIY Bajet Untuk Dekor Rumah Waktu PKP 3.0

IKLAN

2. MAKEOVER BILIK AIR GUNA CAT JE

Perkongsian demi perkongsian rakaan-rakan IMPIANA makeover bilik air dengan hanya menggunakan cat sahaja. Tapi kebanyakannya memilih warna hitam pada bahagian lantai. Kali ni, IMPIANA kongsikan hasil makeover Anis Zaid (Artikel penuh klik sini) 

5 Projek DIY Bajet Untuk Dekor Rumah Waktu PKP 3.0

IKLAN

3. DIY “OpEN WARDROBE” MODAL TAK SAMPAI RM100

Ramai yang lebih suka memilih almari baju terbuka kerana ia lebih jimat ruang dan mudah diselenggara berbanding almari tertutup. Tambahan, alamri terbuka macma ni lebih mudah disuai padan dengan ruang yang tersedia dan jimat ruang. Seperti yang dilakukan oleh Syahidatul Farhana Shafie dan suami Zarul Islan (Artikel penuh klik sini) 

5 Projek DIY Bajet Untuk Dekor Rumah Waktu PKP 3.0

IKLAN

4. RAK TV DARI PAIP PVC

Bagi anda yang menyewa atau baru pindah masuk ke rumah baharu, item seperti perabot dan perkakas lain merupakan kelengkapan yang harus ada. Tetapi bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing, tidak semuanya wajib beli baru. Anda boleh gunapakai semula perabot yang lama, ataupun DIY sendiri mana yang boleh. Lebih jimat dan bijak (Artikel penuh klik sini) 

5 Projek DIY Bajet Untuk Dekor Rumah Waktu PKP 3.0

5. RAK BAJU BAYI DARI BAKUL RM 2.10

Nak bilik kemas dan tersusun, sudah pasti perlukan ruang pengstoran yang mencukupi lebih-lebih lagi bagi tujuan penyimpanan baju anak-anak. Puan Ekinzaid Zaid dan En Syazwan Ramli ada idea bijak dan jimat untuk DIY sendiri rak simpanan baju (Artikel penuh klik sini) 

5 Projek DIY Bajet Untuk Dekor Rumah Waktu PKP 3.0

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI