Laman

5 Resepi Racun Serangga “Homemade” Guna Sabun Basuh Baju

Share

Berikut adalah 10 jenis serangga perosak dan pemusnah yang digeruni pekebun-pekebun tak kira lah skala kecil mahupun besar. Bukan mudah untuk mengatasi serangga tersebut. Dah sembur racun hari-hari pun tetap ada serangan serangga. Sebab itu, kebanyakan peladang menggunakan racun yang sangat kuat untuk mengawal serangga bagi memastikan hasil tanaman yang diperlukan untuk pasaran mencukupi

10 serangga yang memberi ancaman tinggi kepada tanaman adalah seperti berikut:

Kumbang
Belalang
Kupu-kupu
Ulat Bulu
Siput
Lintah Bulan
Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit) Aphis @ Aphid @ kutu Daun
Koya Pianggang
Teritip (Scaler)
Kulat Putih

Namun, penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Justeru, kini ramai yang beralih menggunakan bahan organik. Terdapat cara mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Bahan-bahan:

1 liter air
1 sudu besar minyak masak / minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh
4-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara-cara:

1) Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air.
2) Tumbuk 4 hingga 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi, kacau dan tapiskan

Cara penggunaan:

1. Untuk penyemburan, campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air. Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan 2-3 biji cili api yang telah di tumbuk atau dihancurkan ke dalam bancuhan semburan. Manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang sering digunakan untuk penggemar herba dalam kuantiti yang sedikit.

2. Bagi yang berskala besar, boleh campurkan ekstrak bawang, tapis dan campurkan air sebanyak 1 liter. Kemudian sembur pada pokok dan sesuai untuk mengawal penyakit reput antraknos.

Untuk masalah atau penyakit lain:

1. Mengawal masalah lecuh
Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)-untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

2. Mengawal kulapuk
Ekstrak halia-untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

3. Mengawal kutu
Ekstrak daun Neem (semambu)-untuk mengawal vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.

4. Mengawa teritip dan lalat putih
Ekstrak bawang putih-untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1 :200.

Published by
Impiana