Bagi anda yang baru ingin memulakan perancangan untuk mengubah suai dekorasi di ruang dapur kediaman anda, sudah semestinya ada pelbagai pilihan konsep dekorasi yang boleh anda pilih antaranya gaya Inggeris, Klasik, Moden dan banyak lagi.
Namun begitu, oleh kerana terlampau banyak sangat pilihan konsep dekorasi ada kalanya sukar untuk kita membuat pilihan yang tepat ketika mengubah suai dekorasi di sesuatu ruang yang ada.
Selain itu, setiap ruang di dalam kediaman amat memerlukan sistem pencahayaan yang betul termasuk dengan ruang dapur. Ini kerana, pencahayaan yang betul boleh mengelakkan hasil sesuatu dekorasi itu tampak kusam atau kurang menarik.
Jika anda mengemarkan dekorasi ruang dapur yang berkonsepkan gaya Klasik khususnya, ini ada 5 rekaan lampu gantung yang diperbuat daripada Kayu Rotan menarik boleh dijadikan sebagai sumbet inspirasi buat anda.
Ads
Foto: Facebook Decor Rumah Cara Kita
Lihatlah hasilnya selepas menggunakan rekaan lampu gantung yang diperbuat daripada Kayu Rotan ini, ruang dapur kini sememangnya tampak lebih cantik, unik dan lain dari yang lain bukan?
Ads
Ada pelbagai rekaan yang cantik dan menarik boleh anda pilih. Jika anda mahu mendapatkan rekaan lampu gantung seperti ini, anda boleh sahaja memilikinya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Selain susun atur perabot dan konsep sesebuah rumah, elemen marmar juga menjadi lambang kemewahan bercita rasa klasik.
Seiring perkembangan zaman, konsep dekorasi rumah semakin meluas dan kreatif. Ada yang berpendapat sesebuah kediaman itu masih belum boleh dianggap mewah jika tiada elemen marmar.
Disebabkan harganya yang agak mahal kini terdapat berbagai cara untuk memilikinya dengan mudah seperti teknik pengecatan bagi menimbulkan motif marmar.
Berikut adalah salah satu cara pengecatan dengan efek marmar yang paling mudah untuk diaplikasikan.
PERSIAPAN DINDING
Terlebih dahulu dinding dicat dengan cat semi-gloss agar kelihatan berkilat.
Pastikan dinding bersih daripada habuk dan kotoran.
ALAT DAN BAHAN
Cat acrylic untuk dinding
Air (sebagai pencair)
Berus cat berukuran kecil dan besar
Berus lukisan kecil
Kain lap mikrofiber
Cat dengan warna senada bermula daripada yang paling cerah, agak gelap sehingga yang gelap. Contohnya cat warna krim, krim kecoklatan serta coklat.
CARA MENGECAT
Sediakan semua cat. Cairkan mengikut kesesuaian komposisi yang disarankan pada bekas cat.
Sapukan warna asas iaitu warna paling cerah secara menyenget. Sapukan secara rawak ke berbagai sisi dinding tetapi jangan sampai memenuhi dinding. Jika tidak, anda hanya mengecat ulang ruang dinding dengan warna polos dan bukannya motif marmar.
Buat motif bervariasi dengan sapuan dari sudut berus yang berbeza.
Sapukan warna tona agak gelap secara diagonal. Arah sengetnya mestilah sama dengan warna sebelumnya. Contohnya senget ke kanan atau ke kiri saja. Kemudian sapukan cat warna gelap ke beberapa bahagian.
Gunakan berus cat berukuran kecil untuk langkah kedua dan ketiga.
Ketika cat masih basah, segera lap perlahan-lahan bagi meratakan motif cat yang disapu sehingga kelihatan natural.
Kemudian ketika masih basah segera gunakan berus besar berbulu halus untuk menghaluskan permukaan dinding dan menyamarkan bekas sapuan.
Dengan berus lukisan berukuran kecil buat garis cat warna gelap di sisi tepi sapuan warna.
TIP
Lakukan pengecatan pada waktu malam agar cat tidak mudah kering.
Pengecatan mestilah dilakukan dengan cepat dan terus jadi kerana ia tidak boleh diubah lagi.
Nampak seperti mudah tetapi ia memerlukan daya seni dan imaginasi untuk membuat motif yang kelihatan natural seperti marmar asli.
Selamat mencuba!
Kredit : AMY MOHD
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebelakangan ini memang banyak kita lihat perkongsian tip serta panduan untuk bercucuk tanam. Sama ada di kebun, mahupun di halaman rumah, aktiviti berkebun kini menjadi kegemaran ramai orang. Selain kita dapat berbakti pada tanah, manfaatnya cukup banyak!
Kali ini IMPIANA mahu bantu anda tanam lobak pula! Melalui hantaran (posting) CT Hamisah Ahmad II, beliau telah buktikan bahawa tanam lobak ni mudah saja rupanya. Lobak merah dan putih hidup subur dan selamat disemai walau hanya ditanam dalam botol plastik. Menarik kan? Jom sama-sama kita semak.
Saya tanam lobak dalam botol ja.. Lobak saya semai dalam tray dulu, dan apabila keluar daun 4,5 helai baru saya pindahkan kedalam botol.
Saya semai biji benih beli dekat kedai..Dekat Shoppee pun ada banyak dijual..
Daun lobak bila mula-mula keluar macam rumput, jadi tunggu dulu sehingga daun sebenar keluar sebelum pindahkan kedalam botol
Langkah-langkahnya :
1. Isi tanah jangan bagi penuh, lebih kurang tiga per empat saja, Masukkan anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Biar daun saja diluar tetapi jangan sampaitertimbus pucuk, nanti mati
2. Apabila batang makin meninggi, timbus semula hingga pelepah paling bawah. Jnagan lupa buang daun yang bawah sekali. Jika tidak, lobak tidak akan dapat membesar dengan baik dan tidak berisi
3. Siram dua kali sehari untuk dapatkan hasilnya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidur dengan anak atas katil. Ramai yang amal konsep ni kan. Tapi ramai tak sedar, sebenarnya cara ini mengudang bahaya kepada si anak terutamanya bagi bayi bawah 1 tahun. Ikuti kupasan yang dipaparkan di dalam facebook Public Health Malaysia.
Ada yang berpendapat, tidur bersama bayi di atas katil yang sama dapat meningkatkan kadar penyusuan susu ibu dan memudahkan ibu untuk menyusu pada waktu malam.
Namun faktor keselamatan bayi juga perlu dipertimbangkan. Dari 8,207 kes kematian bayi mengejut (Sudden Death Infant Syndrome) di US, 69% kes berlaku pada bayi yang berkongsi katil dengan ibu bapa.
Risiko lemas, dihempap bantal atau selimut, terjatuh dan terjerut boleh berlaku. Lebih merbahaya jika ibu/ bapa merokok, ini memang telah terbukti dengan kajian.
.
Buat pilihan dan keputusan yang terbaik. Cegah kejadian SIDS (Sudden Death Infant Syndrome)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.