5 Sebab Dekorasi Rumah Jadi Tak Menarik Nampak Lagi Serabut. Atas kekangan bajet dan ingin menjimatkan kos, tak salah pemilik kediaman mahu dekorasi rumah sendiri tanpa melantik mana-mana pereka dalaman. Namun demikian, perlu tahu asas dalam dekorasi kediaman supaya ia kelihatan cantik, menarik dan sedap mata memandang.
Bukan apa, jika tersilap dekorasi rumah ruang kediaman menjadi semakin sempit, nampak tak menarik malah bertambah serabut pula.
IMPIANA kongsikan antara tip asas dalam mendekorasi rumah untuk dijadikan panduan.
1. Ukuran Langsir Pendek
Kediaman akan lebih nampak luas dan mewah apabila menggunakan langsir yang labuh. Pastikan buat ukuran langsir yang besar dan panjang dari paras syiling hingga ke lantai. Bukan hanya sekadar menutupi tingkap mahupun cermin kaca ‘sliding door’.
Untuk pemasangan langsir nampak lebih kemas, boleh pasang ‘pelmet’ atau ‘curtain box’ ketika buat ‘plaster ceiling’ supaya trek langsir dapat disorokkan.
Malah pemilihan jenis kain serta corak langsir juga memainkan peranan penting. Pastikan tidak terlalu mempunyai corak menonjol kerana ia boleh membuatkan ruang nampak sempit dan serabut.Sebaiknya pilih langsir polos tanpa corak supaya nampak lebih menyerlah.
2. Terlalu Berwarna Warni
Elakkan memilih rona terang dan terlalu berwarna warni. Tak kiralah pada pemilihan perabot mahupun kemasan dinding.
Ads
Ramai pemilik kediaman sering membuat silap dengan memilih warna tema kediaman mengikut citarasa warna kegemaran peribadi. Hakikatnya ia tidak bersesuaian dengan saiz mahupun konsep kediaman itu sendiri.
Sebagai contoh ruang tamu warna ungu, ruang makan warna hijau, dapur warna merah, bilik tidur warna kuning. Pelbagai warna dalam kediaman membuatkan ia jadi tak menarik dan dekorasi nampak ‘murah’.
Sebaiknya pilih rona neutral seperti beige, off white, putih, coklat, kelabu atau warna pastel supaya kediaman tampak lebih cosy dan elegan.
3. Rak Terbuka
Ruang rak terbuka mungkin nampak cantik jika ia teratur dan disusun sempurna. Namun jika sebaliknya ia akan jelas nampak semak dan serabut, malah mengundang habuk.
Sebagai contoh elak guna rak kasut terbuka, sebaliknya gunakan rak kasut yang jenis tertutup supaya nampak lebih kemas. Begitu juga wayar kabel yang menempatkan pelbagai wayar elektrik dan elektronik. Pastikan tersorok dan tersimpan kemas dari pandangan mata.
Ads
Sangat tidak digalakkan untuk memasang rak terbuka pada kabinet dapur. Melainkan anda ‘super rajin’ untuk mengelap habuk-habuk pada rak tersebut dan sentiasa memastikan barangan mahupun perkakasan selalu disusun sempurna. Sebaiknya guna kabinet dapur bertutup supaya dapat mengelakkan habuk dan semua barangan dapat ‘disorok’ sempurna dan tak nampak serabut.
4. Jenis Lampu
Pemilihan rekabentuk dan jenis lampu memainkan peranan penting dalam menyerlahkan ‘mood’ dan seri kediaman. Pilih jenis lampu berdasarkan fungsi ruang. Pelbagaikan jenis lampu seperti LED warm light atau cool light dan sebagainya.
Sebagai contoh rekabentuk dan jenis pencahayaan lampu di ruang tamu dan dapur pastinya berbeza di bilik tidur dan bilik air.
Ads
Di ruang tamu mungkin sebaiknya gunakan ‘LED Track Lighting’, lampu gantung atau chandelier dengan ‘Neutral white’ berbanding lampu jenis kalimantang ‘cool white’ supaya ruang nampak lebih estetik dan menarik.
5. Set Sofa
Bagi ruang tamu terutamanya bersaiz terhad elakkan membeli set sofa besar 3,2,1 rona sedondon.
Sebaliknya pilih sofa yang bersaiz sederhana dan boleh letakkan juga dengan perabot seperti Wing chair, Ottoman mahupun side table. Ia sebagai pelengkap gaya, menambah karakter dan menyerikan lagi ruang kediaman.
Tip dapur bersih berkilat ini perlu dipraktikkan jika dapur yang kita gunakan sudah kotor, penuh dengan minyak hitam yang melekit selain melekat sisa makanan.
Kotoran sebegini memang sukar kita bersihkan sepenuhnya. Pasti akan ada kotoran tertinggal. Tapi cara yang dikongsi oleh Pak San ini memang berkesan kerana hasilnya dapur jadi bersih berkilat!
Bagi yang nak buat rumah terbuka, disarankan menggunakan tip ini sebab tetamu biasanya akan menjengah sampai ke dapur. Tak cantik pula kalau dapur memasak kita kotor.
Tip dapur bersih berkilat boleh buat cermin
Bahan yang diperlukan
Baking soda
Garam
Cecair pencuci pinggan
Cuka
Tisu dapur
Cara-caranya
1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.
2. Kemudian tuang cecair pencuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena pada semua bahagian.
3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur.
4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam satu jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.
5. Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.
Tiba-tiba almari kayu roboh. Bila diperiksa rupanya dah lama almari anda menjadi habitat si anai-anai. Nasib baik tiada melibatkan nyawa. Sekadar membuang perabut atau kayu yang dimusnahkan tidak memadai. nanti, koloni anai-anai tersebut akan berpindah ke bahagian kayu yang lain. Tak kiralah pada dinding mahupun bingkai selagi adanya bahan yang boleh di mamah anai-anai terutamanya kayu. Jika terkesan kehadiran si anai-anai, sebaik rawatan segera perlu dilakukan sebelum seberang bencana lebih besar menimpa. Terdapat banyak kontraktor kawalan serangga yang sedia berkhidmat, namun harga mereka bukan kepalanga. mahu cecah ribuan untuk merawat dan mencegah anai-anai di seluruh rumah.
Jadi, selain mendapatkan khidmat kontraktor kawalan serangga, apa kata anda guna petua-petua mencegah dan merawat seranggan anai-anai dengan langkah-langkah mudah berikut:
Air cucian beras
Selalu kita cuci beras, air basuhan pertama dan kedua pasti kita biarkan ianya mengalir ke dalam lubang singki. Tahukah anda ianya amat mujarab dalam usaha untuk mengusir anai-anai dari terus bersarang di rumah. Hanya siramkan sahaja air tersebut keliling sarang serta tuangkan ke dalam lubang untuk pembasmian mutlak.
Minyak tanah
Ia amat sinonim dalam mencatikkan laman terutamanya menjelang hari raya untuk menyalakan pelita. Selain daripada menerangi malam anda, ia amat bermanfaat jika anda semburkan minyak tanah terus ke kayu yang menjadi bahaman koloni anai-anai. Nak lagi kesan yang efektif, campurkan dengan minyak serai, lagi mujarab.
Air Tembakau
Dari anda rosakkan jantung sebab merokok, lebih baik invest sedikit wang pembelian rokok dengan mengambil daun tembakau daripada puntung dan campurkan dengan air serta perap selama satu malam. Semburkan Air perapan di sekeliling rumah dan koloni anai-anai. Sasarkan kepada kayu yang diserang serta ‘rumahnya’.
Air Garam
Air garam memang banyak manfaatnya, nak sedapkan lauk, rawat luka dan juga basmi anai-anai. Cara nak buat air semburannya sama seperti guna daun tembakau, campurkan dengan air tawar dan biar selama satu malam dan sembur di setiap laluan anai-anai, di kayu dan juga dalam sarangnya.
Air Kapur Sireh
Anatomi badan anai-anai bersifat lembut serta berkulit nipis. Air panas yang dihasilkan daripada campuran kapur sireh dan menyebabkan jisimnya mengecut dan mati dengan cepat. Untuk penggunaannya, sama sahaja iaitu melalui kaedah semburan.
Racun
Akhir sekali, kalau tak jalan juga, guna air racun pembasmi serangga dan semburkan ke arah-anai, tapi pastikan sewaktu membancuhnya anda ikuti aturan yang telah ditetapkan oleh pengeluar racun. Takut nanti, niat nak bersihkan rumah dari anai-anai, anda pula yang terjejas sebab racun makan tuan.
Siapa sini yang kalau kita tinggal sekejap je makanan, datang balik je, terus semut dan urung dikeliling makanan. Mesti rasa stres kan? Semestinya lah lagi-lagi kalau makanan itu baru beli. Bila dah ada semut, satu hal pula nak kena beli baru. Aduhai. Tapi tidak mengapa, masalah itu akan saya ajarkan macam mana untuk cegahkannya. Jom ikut saya.
Jadi, saya akan ajarkan cara halau semut menggunakan 3 barang yang sering digunakan oleh orang Malaysia. Barang yang pertama adalah, cuka. Cuka putih adalah amat tidak disukai oleh semut kerana baunya sangat kuat dan berasid. Caranya senang sahaja, Buat satu botol semburan yang mengandungi cuka dan sedikit air kemudian semburkan tempat semut selalu lalu.
Barang yang kedua adalah, kayu manis dan cengkih. Bagi mereka yang tidak suka bau cuka, serbuk kayu manis dan bunga cengkih boleh digantikan. Biarkan serbuk mengendap di laluan semut selama beberapa hari. Jika anda mempunyai ‘minyak pati kayu manis,’ campurkan dengan sedikit air dan semburkan pada kawasan yang terjejas. Tempat itu bukan sahaja berbau, malah semut telah lenyap.
Dan barang yang terakhir adalah, air lada. Kenapa air lada? Tak pernah pula tentang air lada ni kan? Jadi, air lada sama sahaja seperti yang lain, ia tidak tahan dengan baunya. Jadi caranya senang sahaja, semut boleh dihalau dengan merendam lada kering di dalam air. Sembur pada laluan semut selepas disimpan dalam botol semburan. Sebagai alternatif, taburkan batang cili kering ke seluruh denai semut. Ini boleh menjauhkan semut daripada gula.
Jadi, dengan ada 3 barang terunggul ini, anda sudah boleh menghalau pasukan armada semut yang banyak itu. Hahahaha. Semoga selamat mencuba dengan cara-cara ini,
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.