5 Tahun Terbiar, AIMAN TINO Beli ‘Rumah Busuk’ Sebagai Rumah Pertama.Siapa sangka dalam diam, penyanyi Aiman Tino atau pemilik nama sebenar Mohammad Aiman Bin Yusri, 27 berkongsi cerita telah 2 tahun membeli kediaman sendiri yang juga merupakan rumah pertamanya di kawasan Kuala Kubu Baru.
Beli ‘Rumah Busuk’
Dalam perkongsian di Tiktok, penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu single “Ku Rela Dibenci” ini bijak merencana masa depan dengan membeli ‘rumah busuk’ yang telah terbiar selama 5 tahun untuk dijadikan aset jangka panjang. Kebiasaannya ‘rumah busuk’ mempunyai harga lebih rendah berbanding harga pasaran.
Menariknya, rumah jenis teres setingkat tersebut merupakan rumah lama yang telah berusia 30 tahun. Dibeli pada harga RM250k. Memiliki 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu, dapur dan laman belakang yang agak luas. Malah mempunyai siling yang tinggi, boleh dijadikan loteng sebagai ruang tambahan.
Ruang DepanRuang Tamu
Bilik UtamaBilik KeduaBilik KetigaDapurLaman Belakang
Impian Hias Rumah Bagai Hotel 5 Bintang
Meskipun keadaan rumah terbiar yang dipenuhi dengan semak samun, sampah sarap dan kerosakan yang teruk, Aiman berazam untuk menjadikan rumah tersebut dihias cantik bagaikan hotel 5 bintang.
Ads
“Cerita hari ini, Rumah Pertamaku. Dah 2 tahun saya beli rumah ni, tapi sekarang baru ada lebihan manis untuk renovate buat jadi cantik. Ingat senang je beli rumah ni, tapi tidak realitinya banyak pakai wang, kena bayar macam-macam sampai pening kepala. Saya janji, rumah ini saya akan cantikkan dia jadi macam hotel 5 bintang!
“Kalau korang tahu kat mana nak beli barang rumah, barang dapur yang berpatutan & aesthetic tolong recommend kan kedai yang memang bagus untuk saya beli,”
Buat masa sekarang, saya masih lagi cari gate, pintu depan, pintu belakang & perabot untuk ruang tamu & bilik.
Ads
Kalau ada ingin berkolaborasi bersama pun apa salahnya hehehe. Doakan rumah baru saya siap sebelum raya, kalau siap awal nanti openhouse saya ajak semua kawan-kawan datang makan. Tunggu kan video akan datang lepas siap rumah nanti yee,” ujar Aiman.
IMPIANA: Tahniah impiana ucapkan buat Aiman Tino atas pencapaian membeli rumah pertama. Semoga dipermudahkan segala urusan. Tak sabar nak tunggu rumah siap di ubahsuai dan dihias cantik nanti.
Tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas bermula dengan pemakanan yang berkhasiat. Dan salah-satu kandungan paling penting dalam piramid makanan merupakan sayur-sayuran. Banyak zat serta nutrien penting yang terdapat di dalam pelbagai jenis sayuran bagus untuk manusia.
Walaupun ada yang kurang menggemari sayur kerana rasanya yang mungkin pahit, melalui peredaran zaman, sayur-sayuran telah berjaya diadaptasi kedalam masakan dan boleh ditukar mengikut selera masing-masing.
Namun, terdapat beberapa kekeliruan dimana ada yang beranggapan sayuran yang dimasak akan hilang khasiatnya. Benarkah begitu?
Mari ikuti perkongsian bermanfaat ini untuk kita kupas lebih lanjut.
Perlukah saya memasak sayur-sayuran?
Makanlah sayur-sayuran! Tidak ada cara yang betul atau salah untuk memasak sayur-sayuran, namun mengetahui pilihan yang paling sihat akan memberikan anda manfaat nutrisi maksimum.
Baiklah, hari ini kita akan membincangkan sayur mana yang paling sesuai dimakan mentah. Sayuran mentah sememangnya mempunyai nutrisi yang berbeza daripada yang dimasak. Dalam beberapa kes, sayur-sayuran mentah lebih baik untuk anda; namun, tomato memberikan lebih banyak khasiat setelah dimasak.
Sayuran kaya dengan vitamin dan mineral. Vitamin ini boleh dikelaskan kepada jenis yang larut lemak dan larut dalam air. Vitamin A, D, E dan K adalah vitamin larut lemak sementara Vitamin B dan C adalah vitamin pula larut air. Vitamin larut lemak lebih stabil daripada vitamin larut air disebabkan yang sensitiviti terhadap haba memasak.
Oleh kerana sayur-sayuran yang mengandungi vitamin larut dalam air sangat mudah termusnah kerana haba memasak, mari kita lihat cara terbaik untuk menikmati sayur-sayuran ini! Mengutamakan pengambilan sayur-sayuran mentah dapat membantu meningkatkan pengambilan vitamin B dan C.
Brokoli, salad dan bayam mengandungi Vitamin C yang tinggi. Ini menjadikannya antara sayur-sayuran yang paling sihat untuk dimakan MENTAH. Satu kajian yang diterbitkan dalam Nutrition and Food Science (Zeng, 2012) melaporkan bahawa ketika dimasak, sayur-sayuran kaya vitamin C kehilangan antara 9% hingga 55% peratus kandungan vitamin C (bergantung pada kaedah dan suhu memasak).
Mengukus mempunyai kesan yang paling tidak ketara, sementara mendidih menghancurkan nutrien yang paling banyak. Penulis kemudian menyimpulkan bahawa mengukus adalah kaedah memasak terbaik untuk mengekalkan vitamin C kerana ini kerana semasa mengukus, sayur-sayuran sebenarnya tidak bersentuhan dengan air dan wap panas mengunci nutrien sayur-sayuran.
Antara sayuran kaya vitamin C yang terbaik untuk dimakan mentah termasuk;
• Brokoli
• Tauge
• Kacang salji
• Kale
• Salad
• Kacang hijau
Sayuran enak ini boleh dijadikan ulam dan dinikmati bersama kuah (dressing), sos atau sambal belacan yang enak!
Menurut artikel tersebut, jika beras dicuci di dalam periuk nasi, ia akan menyebabkan lapisan anti lekatnya mudah tertanggal. Hal ini akan berlaku kepada periuk nasi jenis anti lekat sahaja. Hal ini tidak berlaku kepada periuk nasi yang bukan dihadirkan lapisan anti lekat.
Namun, untuk ulasan lebih tepat dari pakar yang bertauliah, Salah seorang ahli di dalam group Makmal Makanan (MAMA) di Facebook untuk kupasan lebih lanjut. Seperti biasa, Dr. Fatimah Salim selaku admin memberi penerangan ringkas.
Pasal potensi terhakis lapisan selaput anti-lekat itu, boleh jadi. Ini disebabkan geseran. Namun lihat jenama dan tahap geseran juga. Usahlah tenyeh beras pada selaput tu. Pasal selaput tertanggal dan menjadi toksik apabila termakan pula adalah tidak benar.
Selain itu, Dr. Fatimah berkongsi cara penjagaan peralatan memasak kalis lekat
Tips penjagaan peralatan memasak kalis lekat:
• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menyingkap sebalik kediaman tradisional yang di bawa jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur ini membuatkan ramai yang ingin tahu apa kelebihan rumah tradisional ini.
Ukiran dinding, pintu dan kisi-kisi bermotif flora, fauna dan geometrik berfungsi sebagai aliran udara menunjukkan rumah berkenaan sebagai simbol kemegahan masyarakat Melayu lama suatu ketika dulu.
Meskipun rumah yang sudah berusia 100 tahun itu bukan didirikan di tanah asalnya hari ini, usaha Badan Warisan Malaysia (BWM) mengambil inisiatif menyelamatkan rumah berkenaan begitu dihargai.
Rumah berkenaan didakwa milik seorang penghulu Mukim Bagan Semak kampung Sungai Kechil, di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Abu Seman Nayan juga dikenali sebagai Penghulu Abu Seman, sebagai tatapan generasi hari ini.
Rumah Abu Seman dibawa berpindah dengan jarak sejauh 400 kilometer (km) dari tapak asalnya di Kedah dan kini tidak lagi sunyi berbanding sebelum ini yang hanya ditemani cengkerik dan unggas hutan. Sesuai rumah yang berada di segi tiga emas pusat bandaraya pastinya tidak terlepas melalui pencemaran bunyi.
Namun, bezanya sebaik berpeluang berada di dalam badan rumah yang lanjut usianya, ketenangan masih dirasai seolah diri kita kekal berada di zaman kegemilangannya.
Apatah lagi melihat satu-persatu perkakas dan peralatan terdapat di dalam rumah itu membuatkan kita leka memandangkan tidak lagi menjumpainya di zaman ini.
Kisi-kisi dengan motif tersendiri mengikut sudut tertentu berfungsi sebagai pengaliran udara menjadikan setiap ruang rumah sejuk dan tenang malah mampu melupakan sejenak bunyi kebisingan di luar.
Rumah yang dibina hanya menggunakan bahan kayu berkualiti seperti cengal, meranti dan balau menjadi antara faktor utama struktur bangunan rumah itu masih utuh hingga hari ini.
Malah, pihak BWM mengambil langkah memulihara keaslian bahan binaannya dengan menyapu minyak enjin kenderaan terpakai supaya tidak dimamah usia mahupun serangga.
Kini rumah Abu Seman sudah cantik dan terpelihara keasliannya. Sesiapa saja boleh mengunjunginya malah mampu melepaskan rindu untuk mengimbas kenangan suasana kampung seperti dulu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.