Dalam mendapatkan sebuah gerbang yang indah tentulah pilihan tanaman memanjat berbunga menjadi pilihan. Ia harus menepati warna tunggal kegemaran pembaca ataupun kombinasi pelbagai warna supaya dapat menjadi titik tumpu di perkarangan kediaman.Baca part 1 di sini http://www.impiana.my/nak-pagar-kediaman-cantik-tanam-5-pokok-memanjat-ini-sebagai-pintu-gerbang/

 

Tidak sah jika kediaman Malaysia tidak disertai koleksi bunga ros nan indah. Spesies Ros bukan sahaja boleh ditanam secara horizontal di dalam pasu, ia juga boleh dibentuk sebagai tumbuhan memanjat menjadi gerbang menjalin tembok pagar dan pergola yang dibina. Ia mudah dijaga dengan melakukan pemangkasan selepas bunganya gugur untuk menggalakkan pengeluaran bunga seterusnya.

5 Tanaman Memanjat Mudah Tanam dan Cantik Sebagai Hiasan Pagar Part 2

Ads

Wisteria floribunda merupakan tanaman memanjat berbunga ungu yang mempunyai dahan lembut melingkari sokongan seperti trellis atau pancang mengikut arah jam atau sebaliknya. Ia boleh menjalar di atas platfrom sehingga mencapai kelebaran 10 meter. Bunganya yang lebat menjadi sangat indah dinikmati di bawah arbor di ruang santai mahupun sebagai penyeri bahagian pintu masuk.

5 Tanaman Memanjat Mudah Tanam dan Cantik Sebagai Hiasan Pagar Part 2

Garlic vine atau Cydista aequioctyalis ini pula lebih menonjol dengan kelompok bunga ungu kebiruan. Daunnya yang lebat dan tebal menghasilkan aroma bawang putih memerlukan sokongan yang sangat kuat apabila matang kerana daunnya yang sedikit lebar mudah merimbun lalu memenuhi ruang platform memanjat. Pemangkasan pada tunas pokok akan menggalakkan pertumbuhan daun.

Ads

5 Tanaman Memanjat Mudah Tanam dan Cantik Sebagai Hiasan Pagar Part 2

Vallaris glabra begitu sinonim dengan masyarakat Melayu kerana harumannya yang sentiasa menjadi pilihan sebagai ramuan untuk membuat bunga rampai dan sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita Melayu. Bunganya yang putih berseri melambangkan kesopanan dan sikap lemah lembut orang Melayu. Justeru pemilihan tanaman memanjat ini sebagai hiasan di perkarangan halaman adalah bersesuaian dengan sambutan pada Aidilfitri yang menampilkan keindahan budaya dan busana Melayu.

Ads

5 Tanaman Memanjat Mudah Tanam dan Cantik Sebagai Hiasan Pagar Part 2

Clitorea ternatea atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang mempunyai bunga berwarna ungu terang yang digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan seperti nasi kerabu. Warnanya yang terang dan semakin jarang ditemui memberikan peluang kepada ruang masuk di kediaman anda menjadi lebih menonjol berbanding penggunaan tanaman berbunga lain. Kombinasi keindahan semula jadi yang terhasil dan penyediaan makanan berasaskan bahan organik memberikan persepsi positif kepada tuan rumah.

5 Tanaman Memanjat Mudah Tanam dan Cantik Sebagai Hiasan Pagar Part 2

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI