
Kediaman berkonsepkan industri adalah antara rekaan yang memerlukan bajet yang sedikit. Ini kerana, ia tidak memerlukan perincian yang terlalu banyak dan kemasan yang tertentu. Namun, konsep ini sering di salah ertikan dengan menggunakan barang atau produk-produk yang mahal untuk mencetuskan persekitaran atau “feel” industri.
Berikut, 5 cara untuk hasilkan rekabentuk dalaman berkonsepkan industri:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Trik Dekorasi Untuk Pemilik Rumah Jenis Townhouse

Di Malaysia banyak projek perumahan yang dijalankan berbentuk rumah teres semi-D, pangsapuri, kondominium dan banglow. Masih lagi relevan untuk dikatakan projek rumah jenis townhouse atau rumah bandar sudah banyak dibangunkan di negara ini dan disebabkan itu, IMPIANA kurang mendedahkan kepada umum dekorasi rumah jenis townhouse ini.
Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang rumah townhouse dan trik dekorasinya, adalah molek untuk kita mengenalpasti ciri-cirinya terdahulu kerana ramai yang keliru rumah townhouse dengan rumah teres kerana fizikalnya yang dibina seakan sebiji rumah teres kerana dalam lot dan bumbung yang sama
Ciri-ciri am
Rumah townhouse kelihatan seperti sebiji rumah teres. Sebenarnya ia merupakan sebiji rumah yang dibahagi kepada dua pemilik atau unit kediaman. Setiap unit mempunyai akses sendiri. walaupun kelihatan dalam lot yang sama, bagi pemilik yang unit nya terletak di bahagian atas mempunyai pintu masuk dan tangga sendir. Ia bagi mengelak gangguan pemilik unit atas kepada kediaman dibahagian bawah.
Kebanyakkan unit townhouse yang dibina mempunyai plan lantai yang memanjang ke belakang. Di Malaysia, terdapat dua jenis townhouse iaitu pembinaan secara tiga tingkat serta dua tingkat. Jenis tiga tingkat membuatkan pemiliknya berkongsi sebanyak 1 1/2 tingkat yang mana tingkat bawah mempunyai ruang tamu, dapur dan bilik tidur manakala di sebelah atas pula adalah bilik tidur utama dan beberapa lagi bilik tidur. Manakala jenis dua tingkat dibina dalam satu tingkat yang mana tangga tambahan menjadi laluan untuk pemilik unit di sebelah atas.
Townhouse 2 tingkat dengan 2unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang satu tingkat)
Townhouse 3 tingkat untuk 2 unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang 1 1/2 tingkat)
Tips deko rumah bandar
Rumah townhouse selalunya dikenali dengan fizikal yang memanjang, jadi segala perancangan deko kediaman sebegini opitumum dan dirancang baik. Untuk memastikan setiap keperluan aktiviti mendapat ruangnya yang tersendiri, penyediaan partition perlu dilakukan.
- Dari pintu masuk hingga ke balkoni
Jika sudah memanjang, anda perlukan partition. Disini ianya bermaksud sempadan di antara ruang yang memisahkan antara seksyen dalam kediaman. Contohnya, jika balkoni anda terletak di sebelah hadapan, secara automatiknya, ruangan disebelahnya adalah ruang tamu, sempadankan ia dengan meja makan kerana pasti seksyen seterusnya adalah dapur dan terus ke bilik tidur belakang.
Trik lain berbentuk partition adalah dengan meletakkan tiang sebagai ilusi yang bertindak sebagai pembahagi di antara seksyen. Anda boleh meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang tamu dan makan. Ilusi sebegini berupaya membuatkan kediaman yang memanjang kelihatan luas dan lapang.
Selain itu, penggunaan dan pemilihan rona cat juga memainkan peranan yang penting. Jika ruang kediaman townhouse anda kecil dan kekurangan tingkap untuk pencahayaan di waktu siang, sebaiknya gunakan warna-warna yang cerah. Antara warna yang paling mudah untuk dipadankan adalah putih, kelabu cair dan sebagainya
Akhir sekali, rumah jenis ini sangat sesuai untuk golongan muda tidak kira masih bujang atau berkahwin. Purata harga jualannya sekitar RM400K kebawah, tetapi bergantung kepada harga pasaran semasa. Kapasitinya terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air disertai dengan balkoni.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
LELAKI DAN PEREMPUAN MEMBAWANYA KE KAMAR….

Remaja kini semakin berani dalam mencuba apa sahaja. Identiti remaja juga kini menampakkan mereka lekas matang dalam usia muda. Bahkan pendedahan terhadap dekorasi atau imej ruang sebagaimana dipaparkan dalam rancangan televisyen sememangnya menyerlahkan satu daya pemikiran yang tajam dan kreatif. Disuntik pula dengan keberanian tuan punya kamar yang tidak gentar mencuba. Kelabu kini bukan bererti buruk atau lusuh. Tetapi satu identiti hebat dan menerangkan kelainan yang didambarkan oleh jiwa remaja yang sanggup dilihat berbeza. Tidak mahu dilihat sama dengan yang lain. Identiti kata mereka!
Kelabu dahulunya bukan warna yang dipandang orang. Apatah lagi dijadikan penyeri ruang. Malah kelabu menandakan satu rasa sedih dan menakutkan. Tidak siap , muram dan juga kematian. Namun segalanya bagaikan berubah tanggapan terhadap kelabu bertukar menjadi lebih positif dan menarik hati. Remaja kini lebih senang menggunakan rona ini. Tidak kira lelaki atau pun perempuan, ia tidak memihak kepada mana-mana jantina.
Kelabu boleh dikatakan sebagai warna neutral dingin. Bermakna ia boleh dilihat pada suasana dingin, air batu , awan mendung dan lain-lain perkara. Ia dikatakan neutral kerana tidak mewakili mana-mana warna lain. Cuma ia boleh disuai padankan dengan warna lain terutama jenis terang. Pun begitu kini kelabu dilihat warna yang mempunyai elemen aktif, sofistikated dan lambing kepada imej moden. Anda boleh memilih dari kelabu gelap membawa ke kelabu samar yang selalu digunakan pada imej klasik sezaman.
Jadi ia tidak mewakili mana-mana jantina tetapi satu ragam karakter yang mudah di suai padan dan nampak cantik lagi elegan. Remaja berjiwa moden pasti gemar rona ini dipadankan dengan elemen perabot sleek atau perabot ringkas namun menggunakan rekaan terkini. Selain rona putih, ramai yang telah mencuba untuk menyesuai padan dengan warna dingin lain seperti hijau merak , biru mahu pun kuning. Di samping itu, elemen besai tahan karat , putih asli dan berkilau juga sesuai disuai padan sebagai satu eksperimen . Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Tak Sangka Hanya Perlu RM 5000 Sahaja Untuk Hias Flat Berkonsep Loft

Tidak semua di antara kita bernasib baik apabila baru berkahwin tetapi telah mempunyai sebuah rumah besar lengkap dengan perabot dan sebagainya. Kebanyakan daripada pasangan baru berkahwin bermula dengan kosong dan berdikit-dikit menyediakan kelengkapan rumah untuk keselesaan keluarga. Ada yang mengambil masa bertahun dan ada pula yang bijak merancang lalu mereka berjaya menghias kediaman dengan kos yang rendah tetapi cantik.
Ini yang dilakukan oleh Jazlan Nangar iaitu seorang jurugambar profesional. Beliau dan isteri mengumpul barang dekorasi sedikit demi sedikit dan kebanyakannya dibeli dengan harga yang berpatutan. Caranya adalah rajin survey kedai-kedai barangan dekorasi dan ada juga yang dibeli di Ikea (as-is). Paling unik kayu palet yang disusun menjadi rak tv. Kreatif dan yang penting bijak jimat kos.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI