Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen tabur ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. IMPIANA bawakan tip bagaimana berguna untuk anda bagi memanjangkan hayat aksesori ini agar sentiasa kelihatan baru.
1. Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2. Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
19 Barang Wajib Ada Dalam “Safety Kit” Anak Anda
Mesti ramai yang memang tak pernah ada kesedaran untuk letak safety kit di rumah. Betul tak? Bila ada kecemasan, gelabah dah tak tahu nak buat apa. Jadi, penyelesaiannya terpaksa call talian kecemasan. Sebenarnya, sementara tunggu ambulan sampai atau pergi klinik rawatan kecemasan asas pon perlu dilakukan. Hal ini lebih penting kalau anda mempunyai anak. Almaklumlah, malam-malam lah anak baru nak demam, batuk lah, selesema dan sebagainya.
Masa tu pula klinik dah tutup. Takkan nak tunggu esok pula kan? Bagi mengatasi masalah ini berlaku, seorang ibu mengambil langkah proaktif untuk menyediakan satu kit madical khas untuk anak nya. Nak tahu apa barang yang WAJIB ada dalam medical kit anak anda? Jom tengok perkongsian puan Hani Mynis
Sebenarnya hani dah pernah kongsi must-have items dalam medical kit anak ni tahun lepas. Tapi kali ni hani kongsi lagi sekali dengan lebih detail penerangan dan kegunaan satu-satu item dalam kit Aqil ni.
Bagi hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi-lagiu nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita memang usung bawa pergi mana2 dan barang-barang pun kalau boleh cuba untuk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut
Kalau boleh sediakan satu bekas khas untuk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat hani Jangan lupa label ya.
Masukkan semua dalam satu bekas.
1. Paling penting ! Termometer.untuk anak kecil, jangan pilih termometer yg kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak
2. Nasal spray. Kalau Aqil selesema, pernafasan tak selesa sebab hidung tersumbat ke apa, hani sembur je dalam hidung dia.
3. Paracetemol syrup. Untuk dia demam, sentiasa restock dalam medical kit Aqil.
4. Syringe Untuk beri anak makan ubat. Tiga2 volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml)
5. Nappy cream Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya.
6. Antibacterial powder Kalau dia gatal2 miang2 kat badan, ni wajib hani sapukan. As first treatment lah kiranya.
7. Nasal aspirator Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni.
8. Calamine lotion Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi
9. Ubat selsema Ni hani dapat dari klinik.
10. Aloe vera gel bila Aqil demam, hani sapukan gel ni kat tapak kaki dia, ketiak, pelipat peha dan bawah lutut, belakang leher (tengkok) dan paling penting kat ubun-ubun (dahi dia). Kesan dia cepat. Sekejap je suhu dia dari 37.9 jadi 37.1 dan turun lagi.
11. Paracetemol suppositories Sebab aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia.
12. Mosquito repellent patch Ini sejenis pelekat yg kita tampal je kat baju, dia keluarkan bau yg boleh repel nyamuk.
13. Cool fever Untuk maintain suhu rendah, hani letak kat dahi dan kalau dia ada tonsil hani tampal je kat leher. Haritu hani terbaca letak kat atas tulang punggung pun bagus juga utk cepatkan turun suhu.
14. Hansaplast. Bila ada anak kecil dah mula dapat kaki dan melasak mmg kena adalah benda alah ni.
15. Aloclair spray untuk ulser sebelum ni kalau ulser hani sapukan gel glycerin tapi habis digigitnya jari hani haha so ni pengganti gel glycerin utk legakan ulser dalam mulut.
16. Pengetip kuku
17. Iv kids hani guna ni utk mcm2 haha utk spray kat mandian lemon Aqil (kalau dia selesema), untuk urut-urut badan dia lepas mandi, sapu kat perut dia kalau dia sembelit.
18. Minyak gamat
19. Normal saline Untuk basuh luka sebelum hani tampal hansaplast kat luka tu.
Untuk iv kids dan minyak gamat ni hani masuk dlm ziplock kecil baru masuk dlm bekas just takut dia tumpah.
Semoga bermanfaat
P/s: ada sesetengah item dlm ni tak sesuai utk baby bawah dua tahun
Ada juga item yg hani guna masa Aqil baby dan hani masukkn dlm kit ni tp dah tak guna skrg sbb aqil dah besar huhu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Rumah Nampak Luas Dengan Teknik Susun Karpet Je, Jom Cuba!
Bagi anda yang memiliki ruang kediaman atau bilik kecil, mesti setiap perancangan dekorasi yang dilakukan mempunyai harapan agar ruang sempit atau kecil kelihatan lebih luas. Selain pencahayaan, pemilihan pattern fabrik dan perabot, ada lagi satu perkara penting yang ramai tidak sedar atau tahu elemen hiasan yang digunakan ini berupaya menjadikan ruang sempit kelihatan luas.
Artikel berkaitan:
Tip Bijak Pilih Bentuk, Saiz dan Design Karpet Untuk Kediaman Anda Supaya Sepadan
Cara Mudah Cuci Karpet Tanpa Guna Air Yang Banyak Tapi Betul-Betul Bersih
Elemen dekorasi yang dimaksudkan ialah karpet. Karpet bukan sekadar penyeri lantai kediaman malah memberi keselesaan dan melindungi tapak kaki dari sejuk. Untuk memastikan penggunaan karpet memberi impak visual bilik kelihatan luas, berikut ciri-ciri yang anda perlukan:
PENGGUNAAN KARPET BROADLOOM
Pemasangan karpet broadloom menghampari keseluruhan lantai ruang. Iaitu dari dinding ke dinding dan pastikan rona karpet yang digunkan berwarna polos. Jika anda menggunakan karpet yang hanya menghampari ruang tertentu, atau mempunyai perubahan terhadap tekstur lantai sesuatu ruang, ia akan mewujudkan kesan visual sempadanan dan menghadkan pemandangan. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan ruang kelihatan lebih sempit
SAIZ KARPET
Jika anda tidak berhajat untuk memiliki karpet penuh pada keseluruhan lantai kediaman, aplikasikan penggunaan karpet pada ruang tertentu dengan saiz yang sesuai. Namun, ramai yang salah dalam memilih saiz karpet. Kebiasaan pemilik lebih cenderung memilih karpet bersaiz kecil yang kurang sesuai dengan ruang tersedia. Pemilihan saiz bagi sesuatu ruang sangat subjektif namun sebaiknya pastikan perabot perlu berada di atas karpet. Atau paling tidak, pastikan kaki bahagian perabot seperti sofa, almari terletak di atas karpet.
COLOUR
Ramai beranggapan, pemilihan rona cerah dan terang memberi impak ruang kelihatan luas. Kebiasaanya, sudah pasti warna putih menjadi pilihan. Namun, dalam pemilihan karpet jika anda tidak yakin dengan rona putih, tidak salah untuk memilih rona terang atau pastel. Rona terang dapat menerima reflect pencahayaan sama ada semula jadi atau artificial lebih tinggi berbanding warna hitam
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Idea Kreatif Elak Balkoni Jadi Tempat Sidai Kain, Macam-macam Boleh Buat
Idea kreatif elak balkoni jadi tempat sidai kain, macam-macam boleh buat. Bagi pemilik kediaman yang mempunyai balkoni, tidak kiralah sebesar mana pun ruang balkoni anda, dekor tetap dekor.
Sangatlah merugikan apabila kita lihat mahligai indah yang mempunyai pemandangan cantik tetapi dibiarkan begitu sahaja. Tanpa sebarang hiasan, ruang balkoni hanya dibiar kosong begitu sahaja serta menjadi tempat menjemur pakaian.
Berikut kongsikan beberapa idea balkoni menarik dan praktikal agar anda boleh merenovasikan balkoni anda menjadi segar dan sedap mata memandang, jangan sampai ruang tamu serta dapur cantik, tetapi balkoni hambar.
SUSUN ATUR L SHAPE DI BALKONI
Jangan ingat ruang tamu sahaja anda boleh letak L-Shape sofa, di balkoni juga anda boleh muatkan sofa ini dengan memilih secara teliti mengikut ukuran saiz balkoni yang anda miliki. Pulang kerja selain daripada melepak di ruang tamu, balkoni juga berupaya untuk menjadi ruang rehat yang memuaskan disulami angin bayu.
RUANG PEJABAT MINI
Untuk pemilik kediaman balkoni bukan open air, anda boleh jadikan ruang balkoni anda ruang pejabat mini. Di kala anda tidak punyai idea yang bernas, apa kata rehat sebentar sambil menghirup secawan kopi sambil menikmati pemandangan indah. Mana tahu, tiba-tiba pelbagai idea awesome datang. Who knows!
MAKAN MALAM ROMANTIK
Dari berbelanja mewah di restoran hanya untuk makan malam romantis, lebih baik anda masak sendiri hidangan serta juadah dan fully utilized balkoni kediaman anda untuk menyambut hari istimewa bersama pasangan. Percayalah, pasangan anda lebih menghargainya daripada berbelanja besar di restoran mewah. Hari-hari lain anda boleh jadikan ianya sebagai ruang makan tidak kira sarapan atau makan tengahari. Ianya milik anda, tidak perlu book table pun.
MERASAI PENGALAMAN MARAKESH, MOROCCO DI BALKONI SENDIRI
Untuk mereka yang gemarkan idea dekorasi timur tengah. Anda boleh pasangkan ruangan balkoni dengan lampu malap yang cukup untuk menerangi ruangan balkoni. Hanya tambah sofa yang selesa dan pastinya jug Shisha untuk menambahkan lagi elemen timur tengah. Jangan lupa untuk pasang sliding door kedap udara. Anda pastilha tidak mahu cemari ruang tamu anda dengan asap shisha sehingga menimbulkan ketidakselesaan tetamu yang berada di dalam.
BERCUCUK TANAM
Idea biasa tetapi menarik untuk dilaksanakan di balkoni anda. Jadikan ianya ruang untuk anda bercucuk tanam secara kecil. Anda boleh tanam cili, daun sup, daun pandan, daun kari, kunyit, pokok selasih, daun kesum, serai dan sebaginya lagi. Tetapi ingat, anda kena jaga dengan betul segala tanaman yang diusahakan, takut nanti balkoni anda menjadi sarang untuk tetamu yang tidak diundang.
RUMAH UNTUK SI COMEL
Daripada kita biarkan si comel duduk di luar rumah dan berpotensi besar untuk diganggu penduduk lain, apa kata anda gunakan balkoni anda sebagai taman permainan buat kucing kesayangan anda. Mereka akan bebas daripada gangguan haiwan lain serta orang ramai pun tidak akan mengata jika mereka membuang air besar. Kucing anda, tanggungjawab anda.
PARTI BBQ DI BALKONI
Siapa kata nak anjurkan parti BBQ di rumah kondominium atau apartment tidak sesuai. Kalau persiapan keselamatan anda mantap, ianya tidak menjadi masalah. Yang penting anda kena pastikan pemisah antara balkoni dan ruang dalam kediaman adalah sliding door yang kedap udara. Tinggal di kediaman kompak, persiapan BBQ anda juga seharusnya berskala kecil untuk tetamu yang tidak ramai.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI