Langsir dan tirai adalah kemasan jendela yang paling umum kita lihat digunakan dalam rumah-rumah di Malaysia. Kebanyakan orang juga lebih suka langsir berbanding tirai kerana dengan langsir, lebih banyak gaya serta tekstur yang dapat diterapkan mengikut konsep rumah. Langsir adalah gantungan fabrik bertujuan menyekat atau menghalang cahaya dari masuk ke dalam rumah di samping berfungsi sebagai bidai privasi buat individu di dalam daripada terlihat oleh orang luar. Kadang-kadang langsir juga digunakan sebagai pembahagi ruang seperti pembahagian kawasan perempuan dan lelaki yang kita lihat dalam masjid dan surau. Langsir yang sempurna dapat melengkapkan penampilan keseluruhan kediaman dan dapat membantu mengawal suasana dan aliran cahaya semula jadi ke dalam ruang.
Jika anda sedang berkira-kira untuk memasang langsir baru dirumah, jom ikuti tip IMPIANA ini.
1. Gantung Langsir Pada Ketinggian Yang Tepat
Gantungkan langsir anda sehampir yang mungkin dengan siling untuk mewujudkan ilusi optik yang menjadikan ruang kelihatan lebih tinggi dan luas. Trik ini paling sesuai digunakan di ruang tamu. Kawasan utama ini akan serta merta nampak lebih welcoming dan terbuka untuk menerima tetamu.
2. Panjang Langsir Yang Sesuai Menyentuh Lantai
Langsir yang cantik adalah langsir yang menyentuh lantai. Langsir pendek amat tidak digalakkan kerana akan membuat ruang nampak seperti tidak siap dan janggal. Terdapat tiga cara langsir anda patut ‘jatuh’ ke lantai dengan cantik dan penuh gemalai :
Ads
The Float
The Kiss
The Puddle
3. Pastikan Anda Mempunyai Fabrik Yang Mencukupi
Langsir yang tepat mestilah boleh ditutup dan dibuka dengan mudah tanpa masalah. Jika anda tidak mempunyai fabrik yang mencukupi, langsir anda tidak akan dapat menjalankan fungsinya dengan baik iaitu menghalang cahaya dari luar dan sebagai perlindungan privasi. Ukuran langsir yang baik biasanya 2 atau 3 kali ganda lebar daripada saiz keseluruhan tingkap.
Ads
4. Gunakan Fabrik Bersesuaian Dengan Peranannya
Fabrik nipis seperti linen membenarkan lebih banyak cahaya dan tampak lebih kasual, sesuai untuk ruang santai. Fabrik yang lebih berat seperti velvet, akan menghalang cahaya dan memberikan lebih privasi.
Ads
5. Jangan Lupa Gosok Langsir Sebelum Digantung!
Malunya jika langsir yang digantung berkedut dan tidak kemas. Jadi pastikan anda tidak lupa untuk menggosok langsir sebelum anda gantungkannya. Barulah nampak cantik dan kemas.
Sudah sedia nak beli langsir baru ke? Jangan lupa rujuk tips yang telah kami kumpulkan ini. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sudah bosan dengan bekas tempat letak ubat nyamuk yang sedia ada di rumah anda? Atau pun, bekas yang sedia ada telah pun rosak dan tidak boleh digunakan lagi? Jangan bimbang!
Kini, sudah ada idea menarik yang boleh anda lakukan untuk bekas tempat letak ubat nyamuk di rumah anda. Bukan setakat itu sahaja, anda boleh buat sendiri sahaja bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Apa yang menariknya lagi, anda boleh membuat bekas tempat letak ubat nyamuk ini dengan menggunakan barangan terpakai seperti daripada tin susu lama sahaja.
Dengan ini, anda boleh berjimat-cermat dan tidak perlu pun berbelanja besar untuk menghasilkan bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Selain anda perlukan tin susu kosong lama, anda juga cuma perlukan ‘hot glue gun’dan cat semburan untuk mencantikkan lagi bekas tempat letak ubat nyamuk anda.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sudah banyak kes kebakaran di rumah berlaku disebabkan oleh kelalaian manusia. Paling memaranjat, apabila antara punca kebekaran bukan disebabkan oleh gas atau api. Berikut antara punca dan sebab utama yang tidak dijangka akan menyebabkan kebakaran.
1. Sentiasa matikan suis elektrik apabila selesai menggunakannya
Sekiranya tidak menutup suis elektrik setelah menggunakannya, anda berhadapan risiko kebakaran daripada peralatan elektrik. Ia berikutan terdapat lebihan cas aliran elektrik yang berlebihan daripada kapasiti yang sepatutnya. Seperti contoh, Penggunaan seterika tanpa menutup suis, kalau terkena alas seterika pasti kain anda akan ia mudah terbakar
2. Simpan mancis/pemetik api di tempat selamat
Anda perlu menyimpan mancis dan pemetik api dari anak-anak kecil. Sebagai ibu bapa anda harus awasi dan didik mereka akan bahayanya bermain dengan api. Bak kata pepatah, Api semasa kecil adalah kawan, bila dah marak, ia lawan yang sukar untuk dipadamkan. Sebaiknya, simpan mancis di tempat yang sukar dicapai.
3. Gunakan alatan elektrik yang mempunyai pelekat SIRIM
Barangan yang menggunakan label SIRIM atau tanda pengesahan daripada Skim Pensijilan Produk SIRIM, yang menyediakan jaminan bebas kepada pengguna bahawa produk itu mematuhi standard khusus dan selamat digunakan. Ini berikutan terdapat lambakan produk elektrik yang dijual di atas talian tanpa mempunyai tanda logo SIRIM.
4. Pasang alat pengesan asap
Alat pengesan asap sangat efiesen dalam memberi amaran awal jika berlaku kebakaran terutama semasa penghuni rumah sedang tidur. Banyak kes yang berlaku penghuni rumah tidak dapat lari keluar bila api sudah marak sekaligus menutup jalan keluar.
5. Periksa salur Hos gas
6 bulan sekali pastikan anda cek salur gas dapur anda. Lap dengan air sabun dan lihat kawasan yang keluar buih. JIka terdapat buih anda perlu menukar salur gas yang baharu. Kebocoran ini tidak mempunyai bunyi, ia senyap-senyap mengancam nyawa kita.
6. Sediakan pemadam api
Setiap kediaman harus mempunyai alat pemadam api ini dan letakkan ia ditempat khusus seperti berhapiran dengan dapur atau bilik tidur. Selain itu, pastikan ianya mudah dicapai serta tidak menyukarkan orang lain untuk mengaksesnya.
7. Luangkan masa untuk hadir ceramah/latihan mencegah kebakaran
Tahukan anda ilmu tentang mencegah kebakaran ini amat penting dalam kehidupan harian anda. Ia mampu melatih anda supaya tidak cemas dan tahu untuk bertindak sekiranya berlaku kebakaran.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika dibiarkan karat pada alatan besi ini, kerana ia akan semakin bertambah.
Bagi yang menghadapi masalah karat pada besi ini, boleh cuba perkongsian daripada Miela Hassan ini.
Pintu besi yang penuh karat kembali bersih dan licin selepas disembur dan disental dengan produk pembersih oven saja yang boleh dibeli di kedai Eco.
Cara mudah bersihkan karat pada permukaan besi
Saya nak kongsi cara nak hilangkan karat atau buat maintenance pintu kebal ni. Semoga dapat membantu.
Karat bukan kaleng-kaleng. Al maklum 10 tahun tak pernah servis. Semua palang chrome ada tompok-tompok karat.
Ini selepas dibersihkan kali pertama. Dah clear.
Rahsianya produk pembersih inilah beli kedai Eco saja. Jimat. Harga tak sampai RM5 pun kalau beli secara online.
Caranya;
-Spray tempat berkarat dan biarkan selama 5 minit.
-Kemudian sental dengan berus besi lembut,
-Selepas itu terus lap dengan kain bersih. Pastikan betul-betul chrome ya.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.