Tak kiralah bilik anda besar dan lapang mahupun kecil dan sempit, ambil masa untuk menghias dan mengemas ruangan ini. Keselesaan di bilik tidur juga dalam menjamin hari esok yang lebih segar dan bertenaga.
Jadi, mari IMPIANA kongsikan beberapa tips menghias bilik tidur yang kecil.
Gunakan Warna Pastel
Pemilihan warna ini mampu memberi impak keluasan pada ruang bilik anda. Malah ia juga dapat memberi mood yang tenang kepada anda. Jom, kemas bilik anda sekarang, dengan keluarkan perabot dan barangan kamar tidur supaya memudahkan proses mengecat bilik anda. Antara warna yang sesuai dengan bilik tidur tidur adalah seperti warna putih, biru pastel, hijau pastel, dan kelabu lembut. Pemilihan warna gelap juga sebenarnya boleh namun hanya di beberapa bahagian dinding bilik sahaja.
Pemilihan Perabot
Sesudah mengecat bilik anda, jom kita masukkan semula perabot mengikut kedudukan yang bersesuaian. Sesebuah bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja, jika masih memiliki ruang anda boleh masukkan perabot tambahan. Pilih saiz katil atau perabot yang sesuai dengan bilik anda. Jika mempunyai bajet yang berlebihan apa kata anda tempah almari bina dalam di bilik tidur anda.
Ruang Penstoran
“Wah, banyaknya barang-barang!” Ini lah masanya untuk anda mengelas semula barangan anda yang sudah tidak dipakai dan yang masih dipakai. Untuk barangan yang anda hendak simpan, anda boleh meletakkan ia kedalam kotak-kotak dan labelkan ia mengikut jenis barangan.
Ads
Elemen Cermin
IMPIANA sarankan kepada anda untuk miliki cermin yang bersaiz besar untuk bilik tidur anda. Cermin mampu memberikan kesan luas terhadap ruang bilik anda. Selain itu, cermin bersaiz besar ini akan memberi lebih kepuasan kepada anda disaat berada di kamar tidur.
Pencahayaan
Dapatkan lampu tidur atau apa jua jenis rekabentuk lampu yang bersesuai dalam bilik anda. Kehadiran cahaya lampu pada bilik tidur mampu memberi mood yang tenang dan romantik kepada anda. Terdapat pelbagai jenis lampu untuk kamar tidur, seperti lampu meja, lampu dinding malah lampu yang terletak pada kepala katil anda. Barulah kamar tidur anda seakan-akan kamar tidur hotel.
Ads
Kemasan lembut
Kemasan lembut yang dimaksudkan disini adalah seperti cadar, langsir dan fabrik yang terdapat dibilik anda. Pilihlah warna cadar yang bersesuai dengan bilik anda. Percaya atau tidak, corak atau motif yang terdapat pada cadar mampu memberikan mood riang kepada emosi anda, hal ini kerana saat anda keletihan pulang dari bekerja mood anda akan berubah lebih tenang apabila melihat katil, betul atau tidak?
Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.
Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place.
Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!
SPIRALMulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
CENTEREDIni susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
OUTER ALIGNAnda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
REFLECTIONTidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
STAIRCASESedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
NINE-SQUAREJangan pandang rendah pada susunan simple ini. Walaupun nampak mudah, susunan inilah yang dapat memberi impak lebih besar pada sesuatu ruang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman studio konsep industrial, sesuai dijadikan rumah persinggahan atau homestay. Kebanyakan anak muda urban yang sukakan gaya lebih maskulin sangat menyukai tema dekorasi industrial.
Penggunaan batu-bata, kayu, logam dan konkrit merupakan elemen utama dalam desain industrial. Exposed brick wall juga antara salah satu ciri kegemaran para peminat industrial.
Secara ringkasnya ia mempunyai karektor yang unfinished. Menyentuh tentang pemilihan warna pula, biasanya warna natural, coklat, putih dan hitam menjadi warna latar kediaman berkonsepkan dekorasi ini.
Gaya ini mungkin akan ditolak bulat-bulat oleh sesetengah orang yang menganggap ia agak janggal, keterlaluan dan seakan-akan sentuhan ‘tidak siap.’ Namun bagi mereka yang sukakan seni dekorasi pasti menyukainya.
Konsep dekorasi industri biasanya menggunakan warna monokromatik. Material yang digunakan juga ada kalanya daripada bahan terbuang atau kitar semula dan bahan industri seperti besi, aluminium, paip dan getah yang diolah untuk dijadikan elemen hiasan menarik.
Dinding dengan struktur batu-bata saja tanpa kemasan, tiang, paip saluran elektrik dan saluran air juga dibiarkan melintang bebas pada bahagian siling hingga ada sesetengah antara kita berasa tidak selesa. Mungkin nampak macam bangunan yang tidak siap namun itulah ‘look’ dekorasi berkonsepkan industri.
Pada mulanya dekorasi itu menjadi pilihan untuk kafe, restoran, ruang komersial dan pejabat. Bagaimanapun lama-kelamaan dekorasi ini menarik perhatian pemilik kediaman untuk dijadikan tema hiasan rumah mereka.
Generasi muda hari ini juga dilihat cenderung untuk memilih gaya industrial. Sengaja konsep rangka bangunan diketengahkan. Mereka bebas berkarya dengan sentuhan kreatif masing-masing.
Berikut dikongsikan kediaman jenis studio milik Mohd Fadhli
Jenis: Studio tiada bilik, 1 bilik air Keluasan: 25 x 15 kaki Kos pembinaan: RM 40k ++ (tak buat kiraan tepat), termasuk wiring dan plaster siling. Tak termasuk perabot. Kebanyakan perabot terpakai sahaja. TV pun terpakai. Jenis cat: Cat epoxy clear pada dinding bata dan lantai, luar dan dalam RM 140 per 5 liter x 2 tong Bumbung: PU foam metal Tujuan kediaman dibina: Untuk dijadikan homestay/rumah rehat Lokasi: Permatang Pauh, Pulau Pinang
BERIKUT DIKONGSIKAN KEDIAMAN STUDIO YANG TELAH SIAP DIBINA
Selain mengunakan sofa 3 seater sebagai salah satu perabot di ruang tamu kediaman anda, ‘wing chair’ juga boleh dijadikan sebagai pelengkap dan penyeri dekorasi ruang tamu di rumah anda.
Bagi anda yang sedang mencari sofa ‘wing chair’ yang bersesuaian untuk ruang tamu, ini ada beberapa tips bermanfaat untuk anda mengenai pemilihan sofa ‘wing chair’ mengikut kesesuaian citarasa anda.
Jika anda mahu ruang tamu anda tampak ringkas dan bersederhana, anda boleh menggunakan sofa ‘wing chair’ berwarna hitam atau kelabu sebagai pelengkap dekorasi ruang tamu anda.
Pemilihan warna seperti hitam dan kelabu ini sangat sesuai bagi anda yang memiliki anak kecil kerana sifatnya yang tidak mudah kotor serta penjagaannya yang lebih mudah berbanding warna terang.
Seperti sofa ‘wing chair’ yang tertera pada gambar di atas, struktur permukaannya telah diperbuat daripada fabrik kain yang pastinya akan memberi keselesaan sepenuhnya kepada anda.
Selain itu, terdapat juga sofa ‘wing chair’ yang diperbuat daripada kulit yang amat sesuai bagi anda yang mahukan ruang tamu anda tampak lebih elegan dan mewah.
Tetapi sekiranya anda lebih berjiwa ceria, anda boleh memilih sofa ‘wing chair’ berwarna terang seperti kuning, krim dan putih.
Dengan pemilihan warna terang seperti ini pastinya boleh mewujudkan suasana serta mood ceria di ruang tamu anda.
Sekiranya anda lebih meminati konsep moden dan mahu ruang tamu anda tampak lebih bergaya, anda boleh memilih sofa ‘wing chair’ yang bercorak ini.
Bukan sahaja tampak lebih bergaya, malah sofa ‘wing chair’ yang bercorak ini nampak lebih unik berbanding yang lain.
Sekiranya anda mahu mendapatkan sofa ‘wing chair’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh membeli jenis sofa ‘wing chair’ yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.