Ruang yang kecil, ada teknik tertentu untuk kita mencari hala tuju tata hiasnya. Langkah pertama, pemilihan warna yang paling tepat dan mesra ruang.
- Ruang anda terhad. Jangan disekat dengan rona gelap atau terlalu terang sehingga meresahkan diri kita apabila berada di dalamnya.
- Bayangkan dinding kita ibarat kanvas untuk kita meletakkan pelbagai warna dan kemasan. Warna pastel pada katalog sememangnya tidak menyerlah tetapi ia sangat berkesan dalam menjadikan ruang tampak eksklusif, luas dan selesa dipandang.
- Jika anda masih mahukan warna terang, pilih sebuah dinding sebagai feature wall. Manakala yang lain warna yang sama tetapi biasan yang lebih lembut. Anda juga boleh memilih warna yang sama tetapi mungkin untuk feature wall anda memilih.
- Bercakap soal warna, bagi ruang kecil, langsir juga perlulah harmoni dengan rona dinding. Tidak salah jika kita memilih rona sedondon dengan dinding agar ruang tidak terlalu berkecamuk dengan warna dan corak. Soalnya kini ramai yang mahu sesuatu yang keterlaluan bagi sebuah ruang. Tata hias berkerja secara berkumpulan dan berpadanan. Jadi tidak payah anda memilih semua yang begitu kuat warna nya atau dramatik coraknya. Ia hanya menjadikan anda tidak keruan kerana semua elemen ini mendesak perhatian anda dan di mana titik fokus ruang ini? Hilang entah ke mana.
- Pilih kelompok warna yang anda mahu. Jika boleh biarlah tidak keterlaluan sehingga kita resah bila berada di dalamnya. Ia juga biarlah tidak terlalu banyak pilihan warna dalam sebuah ruang dan hiaslah dengan berpada-pada. Adakala yang minimum itu merupakan yang terbaik. Less is more!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dream Forest Menawarkan Pengalaman Indah Dunia Hutan Dengan Teknologi, Bakal Menjadi Destinasi Tarikan Baharu Di Langkawi
Kumpulan Enfiniti (M) Sdn. Bhd. telah mengumumkan pelancaran Dream Forest Langkawi, sebuah pusat tarikan pelancongan baru yang menawarkan pengalaman menakjubkan dengan keajaiban teknologi pelbagai deria, unjuran peta, pencahayaan canggih dan skop bunyi yang memukau kepada pengunjung.
Dream Forest Langkawi, sebuah pusat tarikan pelancongan baharu yang berkonsepkan persekitaran hutan yang dihidupkan dengan kisah Lagenda popular di daerah tersebut dan bakal menemui pengunjung bermula Mei depan.
Di samping itu, para pengunjung di Dream Forest Langkawi bakal merasai untuk nikmati pengalaman unik selepas terbenamnya matahari selain ditambah keadaan persekitaran hutan yang dihidupkan dengan kisah Lagenda seperti Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa dan Gergasi Langkawi.
Untuk maklumat anda, Dream Forest Langkawi telah dibina dan dibangunkan dengan keluasan kawasan trek penjalan kaki sepanjang 1.2 kilometer yang juga dikelilingi dengan keluasan 15.8-ekar hutan rimbun semula jadi.
Presiden dan Ketua Pencipta Impian Kumpulan Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata dia amat berbangga apabila Dream Forest dapat dibangunkan selain bersyukur mempunyai pasukan yang memiliki kepakaran dalam teknologi tinggi.
“Saya amat berbangga apabila dapat membangunkan Dream Forest dan paling membanggakan adalah pasukan teras Dream Forest Langkawi terdiri daripada bakat terbaik dalam dunia kreatif, teknikal dan pembinaan untuk menghidupkan konsep unik in yang berasal dari Malaysia.
Ditanya mengenai konsep Dream Forest, Tiara menjelaskan la merupakan satu rang semulajadi yang dipenuhi dengan pokok ratusan tahun selain ingin pengunjung menghargai alam.
Untuk maklumat anda, bagi warganegara tiket akan dijual berharga RM68 untuk dewasa, RM48 bagi kanak-kanak serta RM28 untuk warga emas. Untuk pelancong asing pula, tiket dijual dengan harga RM98 untuk dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak serta RM38 untuk warga emas.
Istimewa untuk penduduk warga Langkawi pula, tiket di jual dengan harga sekitar RM28 sehingga RM38 sahaja. Untuk info lanjut mengenai Dream Forest Langkawi, sila layari www.dreamforestlangkawi.com.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Konsep Minimalis Buat Kediaman 900 Kaki Persegi Dengan Kos RM50k Sahaja!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Apa Itu Vented, Condenser & Heat Pump? Jom Ketahui Fungsi Setiap Jenis Mesin Pengering Baju
Sekiranya anda belum pernah mengunakan mesin pengering baju dan sedang mencari barangan elektronik berkenaan, ada beberapa maklumat yang anda perlu tahu sebelum membelinya.
Mesin pengering baju atau disebut sebagai ‘Dryer’ dalam bahasa Inggeris sebenarnya memiliki tiga jenis kategori yang berbeza iaitu Vented, Condenser dan Heat Pump.
Jadi, mari kita kenali fungsi dan teknologi yang digunakan untuk setiap jenis kategori mesin pengering baju yang ada.
Jenis Vented
Untuk pengetahuan anda, mesin pengering baju jenis Vented harganya jauh lebih murah berbanding Condenser dan Heat Pump. Jika kita lihat di kedai barangan elektrik, harganya dijual sekitar dalam anggaran RM800 ke atas.
Namun, untuk jenis ni anda harus letak mesin pengering baju di kawasan luar kerana ia memerlukan aliran wap air dekat luar. Sekiranya mahu letak dalam rumah, anda kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
Jenis Condenser
Manakala untuk jenis ‘Condenser’ pula harganya agak sedikit mahal, sekitar RM1200 ke atas. Bagi jenis anda tidak ni perlu letak luar rumah kerana ia memiliki satu fungsi yang membolehkan wap akan ditukar menjadi air lalu disimpan dalam bekas yang ada pada mesin.
Cuma, setiap kali selepas keringkan baju, anda kena buang air tu secara manual. Dari segi penggunaan elektrik pula agak sedikit tinggi jadi akan ada penambahan sebanyak RM15 hingga RM20 jika anda mengunakannya setiap hari.
Jenis Heat Pump
Konsep dan fungsi jenis ‘Heat Pump’ masih sama dengan Condenser’ cuma berbeza dari segi kualiti dan ciri-ciri fungsi istimewa yang lain. Harga yang dijual sekitar RM2000 ke atas dan menjadikan mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ antara yang termahal.
Ini kerana penggunaan kuasa elektrik bagi mesin pengering baju jenis ini sangat minima, sekitar 800watt sekali penggunaan.
Bukan itu sahaja, tempoh masa yang diperlukan untuk jenis ini sangat singkat dan pantas. Jadi dapat menjimatkan masa anda yang pastinya!
Jadi jenis pilihan mana yang paling berbaloi dan sesuai untuk dibeli? Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.
Meski anda perlu berbelanja lebih untuk mendapat mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ yang dilengkapi dengan pelbagai kelebihan fungsi dan ciri-ciri istimewa lain maka ia boleh disifatkan sebagai satu pelaburan yang bijak. Bak kata orang, biar alah membeli, menang memakai. Tak gitu?
Sumber: Facebook Impiana Home
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR)Suami & anak Redha Ibu Obses Hias Rumah, Tapi Hasilnya Memang Terinspirasi
Kita memang sedia maklum, tatkala berpindah sahaja dari kediaman lama ke kediaman baharu impian untuk menghiasnya seindah mungkin boleh dikategorikan sebagai satu misi hidup dan mati. Ia harus dilakukan sehabis baik mengikut kemampuan diri. Jika tidak mewah pun sekurang-kurangnya ia cantik pada pandangan mata, kemas dan terjaga rapi biar pun dengan sedikit suntikan aksesori. Tidak dapat tidak sudah tentu kita mahukan imej dan azam baharu mengekalkan keindahan rumah itu. Dan misi itu penulis temui dalam pasangan bahagia Mohd Fadly Daud dan isteri Intan Suria di kediaman baharu mereka di Puncak Bestari.
INFO KEDIAMAN
PEMILIK: Mohd Fadly Daud dan Intan Suria
JENIS KEDIAMAN: Teres dua tingkat (Unit tengah)
LOKASI: Puncak Bestari
KONSEP INTERIOR:Vintaj Kontemporari
KELUASAN: 22 kaki x 70 kaki
SPESIFIKASI: Sebuah ruang tamu + makan, 4 buah bilik tidur, sebuah bilik utiliti dan 3 buah bilik air.
25 Disember 2014 merupakan hari bersejarah buat mereka kerana itu lah tarikh mereka sekeluarga berpindah masuk ke kediaman baharu dari kediaman sewa yang dihuni sejak berbelas tahun lalu. Sebelum berpindah pemilik terutama sekali sang isteri, Intan Suria sudah nekad untuk menghias kediaman sebaik mungkin. Perlu ada perubahan dan perbezaan. Ini lah masa sesuai untuk dia mencurahkan idea menghias rumah.
Menurutnya, sewaktu menyewa di kediaman lama di pinggir Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) tidak banyak yang diusahakannya bagi mencantikkan ruang dalam kediaman berikutan kekangan ruang. Perabot juga tidak banyak waktu itu. “Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan beri, maka dapatlah saya dengan bantuan suami menzahirkan apa yang tersimpan dalam hati selama ini,” ulas Intan di awal sesi temu bual.
Kediaman Intan sekeluarga memang tidak menghampakan. Pemilik yakin dan tegas dalam hal menetapkan skema warna keseluruhan kediaman. Kesinambungan warna utama iaitu putih, biru dan coklat jelas diterapkan dari luar fasad kediaman hinggalah ke bilik tidur.
“Biru dan putih memang warna kegemaran saya maka penguasaannya jelas ketara dalam ruang kediaman sama ada dinding atau perabot. Bukan bermaksud lambang personaliti, namun warna ini memang menyuntik ketenangan, nyaman dan damai saat berada di dalamnya. Berbanding dahulu, kini kami sekeluarga memang banyak menghabiskan masa bersama di dalam rumah. Jarang sangat keluar melainkan ada urusan penting,” tegas Intan yang cukup ceria bercerita.
Sebelum berpindah masuk, pemilik telah melakukan sedikit penambahan ruang masak di bahagian belakang iaitu unjuran 8 kaki ke belakang untuk dapur basah. Ruang ini memudahkannya menyiapkan hidangan keluarga tanpa risau ruang dapur kering sedia ada berkecah atau berminyak. Selebihnya adalah idea-idea dekorasi yang direalisasikan oleh Intan dengan bantuan Fadly.
“Suami banyak membantu saya dalam melakukan kerja-kerja berat seperti mengecat dan bertukang. Dan anak-anak juga turut saya libatkan terutama dalam hal mengemas dan mengalihkan kedudukan aksesori atau perabot apabila tiba mood saya hendak mengubah visual interior,” maklum Intan sambil tersenyum ke arah suami yang mengangguk setuju.
Dalam rancak penulis dan Intan berbual Fadly cuba mencelah,”Saya dan anak-anak menjadi team sokongan kepada semua hasrat Intan. Kami tahu, apa sahaja perubahan dekorasi yang ingin dilakukan, semuanya adalah untuk keselesaan kami juga biarpun kadang-kandang perubahan itu baharu sahaja dilakukan
Sebelum berpindah masuk ke kediaman baharu, Intan cukup rajin mengumpul idea dekorasi dengan membelek majalah IMPIANA dan DAPUR Impiana serta membaca buku rujukan. Namun apa yang paling menarik perhatian penulis ialah kegigihan dia dan rakan melawat unit-unit kediaman contoh yang banyak dibuka oleh pihak pemaju perumahan.
“Kita perlu rajin sikit mendapatkan idea jika tidak mahu mengupah pakar hiasan dalaman. Kutip lah idea dekorasi sebanyak mungkin. Tentukan konsep yang berkenan di hati sebagai panduan. Menentukan konsep sengat penting agar mudah untuk kita tetapkan jenis serta reka bentuk perabot, warna dan corak yang mendominasi ruang,” nasihat Intan.
KONGSI WARNA KOD
Menceritakan kisah usaha menghias kediamannya ini, Intan menjelaskan bahawa kebanyakan perabot yang ada adalah perabot baharu. Usaha mix and match untuk mendapatkan konsep vintaj kontemporari banyak bersandarkan kepada skema warna utama yang menjadi pilihan.
“Asalnya saya mahu warna terang iaitu biru atau hijau, dan hasil perbincangan dengan suami, maka kami memilih biru, putih dan coklat sebagai warna-warna sokongan. Dinding utama ruang tamu dan makan ini kami gunakan cat Nippon Skyblue selebihnya adalah warna putih solid. Bagi memastikan adanya kesinambungan, saya mensyaratkan perabot dan aksesori lain tidak lari jauh daripada warna-warna ini. Manakala untuk daun pintu , troli makanan dan bingkai cermin serta kerusi besi taman, Fadly bantu saya mengecatnya menggunakan Sea Master 6632 berasaskan minyak”
“Set meja makan kayu dari Ikea, sofa chesterfield dan dua buah ottoman bulat dari Ain Furnishings menjadi pilihan sebagai kemudahan seisi keluarga. Kertas dinding berpelekat yang dapat dilihat sewaktu melangkah masuk ke rumah itu pun berasaskan warna biru dan putih. Saya beli di Kaison pada harga yang amat murah. Pasang sendiri sahaja, itu kan lebih mudah?,” terang Intan menjelaskan skema warna kediaman.
GIAN MENDEKO
Intan memaklumkan bahawa dia suka mengubah susun atur aksesori dan perabot yang ada sekurang-kurangnya sebulan sekali. “Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk saya mendapatkan imej visual ruang agar sentiasa segar. Ia juga adalah satu bentuk terapi. Saya cepat berasa bosan tetapi Alhamdulillah suami dan anak-anak amat memahami. Dalam menerapkan idea baharu, saya tidak suka bertangguh. Ia harus dilakukan dengan segera.”
Terbaharu bagi menyuntik imej segar dalam ruang tamu dan makan, pasangan pemilik bersatu hati dan tenaga memasang sendiri lipstik dinding atau wainscoting. Wainscoting yang kini semakin digilai pencinta seni hiasan kediaman mampu melahirkan imej ruang elegan dan kemas.
“Hendak jimatkan kos pemasangan, maka kami menempah pakej wainscoting menerusi online. Kami memberikan ukuran dinding yang perlu kepada pembekal dan mereka akan memotong kepingan panel kayu lipstik dinding berdasarkan ukuran panjang dan tinggi dinding. Memandangkan ini pengalaman pertama kami memasang wainscoting, keadaan agak sedikit kelam kabut. Namun atas usaha gigih, kami berjaya menyiapkannya dalam dua hari,” terang Intan dalam nada puas biarpun ada sedikit kecacatan namun ia masih boleh disembunyikan.
Usai sesi fotografi dijalankan, penulis sempat bertanya kepada anak remaja perempuan pemilik; Alya 16 tahun tentang ketaksuban ibu mereka menghias rumah, dalam nada bersahaja dia menjawab,” Kami reda cara ibu kalau nak rumah ini kekal cantik”.
Tip pasang sendiri wainscoting
- Pemilik telah mengukur 39 kaki panjang x 3 kaki tinggi dinding untuk ruang pemasangan wainscoting ini.
- Untuk setiap kotak, peruntukan 3 kaki panjang telah ditetapkan bagi mendapatkan hasil terbaik.
- Dengan menggunakan gam silikon yang didatangkan bersama pakej tempahan, proses melekapkan panel ke dinding perlu dilakukan segera kerana gam ini cepat mengeras.
- Ukuran perlu dilakukan dengan tepat sepanjang proses pemasangan, maka pastikan anda memiliki alat ukuran yang bersesuaian.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI