Nak beli rumah bukan lah sesuatu yang mudah terutamanya jika kita bukan lah dari jenis orang yang bergaji banyak. Kebiasaanya selain tanggungan sedia ada yang tinggi, banyak kes tersangkut untuk beli rumah apabila duit diposit dan pengurusan tidak dapat dibayar. Jangan mudah percaya pada iklan yang tertera “0” diposit mahupun kos guaman ditanggung.
Jika pemaju menggunakan salah satu strategi marketing untuk melariskan projek mereka seperti di atas. Percayalah, di masa akan datang mesti ada kos tersembunyi yang perlu anda keluarkan. Oleh itu, sebaiknya persiapkan duit untuk memudahkan urusan membeli rumah idaman anda.
Azila Zila berkongsi sebuah video 5 tip mudah dan cepat untuk menabung duit untuk memudahkan urusan membeli rumah
- Tetapkan jenis kediaman, lokasi dan harga rumah
Bila dah ada taget, ia memudahkan untuk menabung dan menjadikan anda lebih bersemangat untuk memastikan target tercapai - Simpan 20-30% dari gaji
Pastikan tabungan ini secara konsisten setiap bulan. Setiap kali dapat gaji, awal-awal asingkan awal-awal tabung untuk rumah - Tabung bersama suami dan isteri
Jika tidak berkemampuan untuk ketepikan 30% dari gaji untuk tabungan rumah, Bagi pasangan suami isteri boleh lah buat tabungan bersama. Suami 20% dan si isteri 30%. - Selesaikan hutang-hutang kecil
Hutang kredit kad walaupun ada progress, tetap ia tetap diambil kira. Sebaiknya selesaikan semua hutang kredit kard dan pastikan hutang-hutang ain tidak tergantung dalam tempoh 6 bulan - Guna duit dividen ASB
Sebaiknya, gunakan dividen ASB tu untuk sesuatu yang bermanfaat. Boleh guna duit dividen untuk bayar duit-duit pengurusan ketika membeli rumah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
BANDAR RIMBAYU Semakin Rancak
Sebuah perbandaran baru yang terletak berhampiran Kota Kemuning ini cukup menarik perhatian pelabur. Perbandaran yang teratur dari segi pembinaan rumah yang berfasa, landskap yang indah serta kelengkapan seperti kedai komuniti serta pusat membeli belah lengkap disediakan.
Bandar Rimbayu Aerial View.
IJM Land bersedia untuk gelombang kejayaan seterusnya dengan Starling Parcel 3 Pelaburan hartanah mungkin tidak menjadi keutamaan bagi segelintir pihak memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan implikasi akibat wabak Covid-19 kepada ekonomi tempatan.
Bagaimanapun, berbeza bagi Bandar Rimbayu dari IJM Land yang menyaksikan sambutan yang amat menggalakkan bagi pembangunan kediaman mereka, Starling yang mana Fasa 1 telah habis dijual dalam tempoh sehari dan Fasa 2 pula habis ditempah dalam tempoh separuh hari. Kini, mereka bersedia untuk melancarkan fasa terbaharunya iaitu Fasa 3. Starling Fasa 3 adalah projek yang ketiga daripada keseluruhan pembangunan kediaman seluas 56.68 ekar itu yang merangkumi 680 unit rumah serta kepelbagaian kawasan hijau, kemudahan prasarana dan kawasan komunal dengan Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM500 juta.
Pada fasa ini, dua jenis rumah baharu dengan keluasan binaan yang lebih besar iaitu rumah teres dua tingkat Jenis C dan Jenis D juga turut ditawarkan. Bagi Jenis C, terdapat 103 unit ditawarkan dengan saiz tanah seluas 20‟ x 60‟ dan keluasan binaan sebanyak 1,694 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan tiga bilik tidur serta tiga bilik mandi. Manakala bagi Jenis D, sebanyak 121 unit ditawarkan dalam saiz tanah yang sama iaitu 20‟ x 60‟ tetapi dengan keluasan binaan yang lebih besar iaitu 1,769 kaki persegi dan ia mempunyai empat bilik tidur serta tiga bilik mandi.
Rimbayu-Starling Type D – 12.
“Kami memang menyangka bahawa Starling akan mendapat sambutan baik, tetapi untuk mendapat sambutan positif sehebat ini daripada pembeli rumahadalah di luar jangkaan kami memandangkan cabaran yang dihadapi pada masa kini. Kami percaya bahawa kami telah melakukan apa sahaja yang kami mampu untuk membantu mereka menghadapi cabaran yang mendatang. Ini termasuklah dengan mengutamakan inovasi produk, merancang kempen strategik dan benar-benar memahami apa yang pembeli rumah perlukan sekarang,” kata Mr Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan Bandar Rimbayu.
IJM Land’s Bandar Rimbayu Senior GM – Chai Kian Soon.
Nilai yang hebat untuk wang anda Dengan harga bermula daripada RM698,800 ke atas, unit kediaman Starling Fasa 3 dibina untuk keperluan pembeli rumah pertama, terutamanya mereka yang sudah bersedia untuk mempunyai keluarga. Pilihan saiz kediaman yang berbeza juga menjadikan Starling pilihan utama bagi keluarga yang sedang berkembang. Selain itu, dengan harga yang menarik, Bandar Rimbayu juga yakin yang pembeli rumah mampu memiliki rumah bertanah dengan ruang yang luas pada harga yang sama dengan unit kondominium di bandar.
Pembeli rumah juga dapat menikmati pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di dalam kawasan kejiranan berpengawal dengan dua pintu masuk bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduknya. Ruang terbuka seluas 16 ekar turut menempatkan gelanggang pelbagai fungsi, astaka, amfiteater, laman sentral, plaza, taman permainan kanak-kanak serta trek senaman. Menyentuh aspek rekaan pula, Starling dihiasi dengan landskap yang subur kehijauan, dan ia menjadi satu daripada faktor penarik bagi penduduk yang cintakan alam semulajadi dan mereka yang mahukan persekitaran yang aman dan nyaman.
Penduduk juga boleh mengeratkan hubungan dan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga mereka dengan melakukan aktiviti riadah di taman. Selain itu, trek joging sepanjang 2 kilometer turut disediakan di kawasan yang selamat. 2. Direka untuk menjadi kediaman anda selamanya Kediaman Starling diinspirasikan daripada bentuk telur burung Jalak (Starling) yang berwarna biru manakala rekaan dalamannya menerapkan pelbagai bentuk, warna dan komposisi bentuk. Justeru, warna biru dipilih sebagai warna utama yang diterapkan bersama-sama dengan warna yang lain seperti warna coklat tanah, warna hijau daun dan warna merah jambu bunga bagi menghasilkan persekitaran seakanakan taman yang cantik.
Pelancaran Fasa 3 ini, Starling akan memperkenalkan unit pameran terbaharunya bagi rumah Jenis D yang mana rekaan dalamannya diinspirasikan oleh Floret, satu konsep yang dibuat untuk mewujudkan persekitaran yang ceria dan menenangkan bagi kesejahteraan minda dan jiwa pembeli rumah. Unit pameran ini juga disediakan sebagai model paparan bagi bakal pembeli rumah Starling yang berhasrat untuk mengubahsuai kediaman tanpa sebarang kerumitan dan mengoptimumkan ruang di dalam rumah mereka. Bandar Rimbayu percaya bahawa rumah pertama sudah cukup untuk menjadi rumah untuk selamalamanya dan ia juga boleh menjadi tempat di mana semua ahli keluarga dapat menyerlahkan kreativiti dan personaliti individu masing-masing seterusnya memberikan ruang yang cukup untuk mereka membesar. Bagi memudahkan perkembangan yang kondusif, Starling juga menerapkan beberapa aspek seperti ruang tamu dan ruang makan yang luas, ruang letak kereta yang boleh memuatkan dua buah kereta pada satu masa, serta kelengkapan produk bilik mandi dengan ciri terkini. Menerusi rekaaannya, Starling mencerminkan keharmonian dengan persekitaran yang dilengkapi elemen semulajadi yang menggunakan tona warna tanah dan neutral seterusnya menjadikan setiap rumah kelihatan begitu nyaman.
Di samping itu, garisan geometrik yang tebal menyerlahkan gayayang tidak lapuk ditelan zaman. 3. Ikuti gaya terbaharu, kuasai digital Pelaksanaan penjarakan sosial menjadi antara cabaran terbaharu yang sedang dihadapi oleh pelbagai pihak pada masa kini kerana Covid-19 masih kekal sebagai ancaman. Melihat peluang yang wujud di dalam krisis ini, Bandar Rimbayu mengambil inisiatif untuk bukan hanya mematuhi syarat keselamatan yang ketat tetapi juga menjadikan proses pembelian rumah mereka lebih mudah dan selesa untuk pengunjungnya.
Sebagai contoh, mereka telah membangunkan proses yang lebih berkesan dan efektif juga dalam masa yang sama mampu meningkatkan nilai jualan. Antara langkah yang telah diambil adalah pendigitalan proses pembelian dengan mengendalikan aktiviti rundingan dan pembabitan secaya maya. Ini termasuklah dengan membawa pelanggan meneroka kawasan pembangunan dan unit yang disediakan secara 3D. Selain itu, mereka juga menyediakan pelan induk digital kepada pembeli sebagai rujukan.
Semasa pelancaran Fasa 1 dan Fasa 2, Bandar Rimbayu juga buat pertama kalinya telah mengendalikan sesi undian secara langsung bagi pemilihan unit di laman Facebook rasmi mereka. 4. Memahami pembeli rumah Sudah terang lagi bersuluh bahawa memahami keperluan sasaran pembeli adalah kunci kepada kejayaan dan ini juga telah menjadi penyumbang kepada kejayaan Starling. Bagi menjadikan pembangunan kediaman mereka lebih sesuai dengan masyarakat, Bandar Rimbayu telah memasukkan beberapa manfaat dan ciri yang berguna kepada pembeli rumah kontemporari.
Satu daripada contohnya adalah penyediaan prasarana jalur lebar berkelajuan tinggi yang mendatangkan keselesaan kepada pembeli rumah untuk menyesuaikan diri dengan amalan duduk di rumah pada masa ini atau masa hadapan. Selain itu, rekaan kediaman Starling turut mempunyai bilik tambahan yang menawarkan fleksibiliti kepada pembeli rumah untuk menukar atau menghiasnya berdasarkan keperluan dan penggunaan mereka. Rumah Jenis D juga turut dilengkapi dengan pintu keselamatan bagi jaminan keselamatan yang lebih baik.
Rimbayu-Starling Type D – 16.
Rimbayu-Starling Type D – 01.
Memahami bahawa kebanyakan pembeli rumah pada masa kini mengutamakan gaya hidup yang berkualiti, semua pembeli rumah baharu Starling layak mendapat keahlian The Club @ Rimbayu secara percuma untuk dua orang selama 12 bulan. The Club @ Rimbayu menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah kolam renang bersaiz Olimpik yang menakjubkan. IJM Land juga faham bahawa pembelian rumah mungkin tidak menjadi agenda utama bagi kebanyakan orang terutamanya dalam situasi semasa. Bagaimanapun, dalam usaha untuk membantu pembeli rumah memiliki rumah idaman, mereka telah memperkenalkan kempen pemilikan fleksibel yang dikenali sebagai „Now You Can‟ yang berlangsung sehingga 31 Oktober 2020.
Menerusi kempen ini, pelan dan penyelesaian yang khusus akan dibangunkan bersesuaian dengan keperluan individu. Selain kempen „Now You Can‟, pembeli rumah juga boleh memanfaatkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 semasa membeli rumah di Starling, mereka juga boleh menikmati diskaun minimum 10 peratus daripada harga belian selain pengecualian duti setem bagi Memorandum Pindah Milik (MOT) serta pembiayaan. Sebagai tambahan, pembeli juga layak menikmati bayaran guaman secara percuma bagi Perjanjian Jual Beli (SPA) dan pembiayaan. Pembeli rumah juga boleh menyertai peraduan cabutan bertuah pada acara eksklusif sempena pelancaran Fasa 3 Starling, dan mereka berpeluang memenangi lapan unit kereta Proton X70. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.rimbayu.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Apabila Suami Meninggal Dunia Rumah Akan Jadi Milik Siapa?
Banyak dah sekarang berlaku isu perebutan harta pusaka. Yang paling sedih apabila si balu diarah keluar dari rumah yang dibina bersama arwah suami untuk menjadi syurga mereka. Hal ini berlaku apabila si suami pergi tanpa sebarang persediaan wasiat atau faraid terlebih dahulu. Jadi, rumah yang dibina bersama tadi sepatutnya hak siapa?
Cik Rose salah seorang pakar hartanah berkongsi info mengenai isu faraid rumah ini di dalam Facebook miliknya.
KEBIASAANNYA, apabila suami meninggal dunia, Rumah yang di atas nama suami perlu dibahagikan mengikut faraid sisuami.
Jika suami sudah tiada ayah dan tiada anak lelaki , maka warisnya ialah isteri serta adik beradik sisuami. ( contohnya punya anak perempuan sahaja atau tiada anak )
Jika rumah berharga rm300,000 ( harga mesti ikut harga pasaran )
Bagaimana pembahagian ini dibuat ?
Jawapan :
1/4 milik isteri ( jika tiada anak ) @
1/8 ( jika ada anak )
Selebihnya adalah milik adik beradik si suami.
Jika kes dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil , semua waris akan berbincang bagaimana nak agihkan rumah harta simati.
Hal ini menyebabkan dua situasi ini akan berlaku.
PERTAMA
Jika mereka setuju untuk melepaskan hak kesemua 100% milik si isteri….alhamdulillah proses akan menjadi mudah.
KEDUA
Jika waris lain pula menuntut hak, si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik nilai nya rm100,000 si isteri hendaklah membayar jumlah itu.
Tapi….ada ke duit?? Kalau tak ada duit apa perlu buat? Situasi yang biasanya berlaku ialah rumah tersebut akan dijual dan duitnya akan diagih mengikut faraid.
Rumah yang dibina sekian lama dalam usaha bersama terpaksa dijual hanya kerana tiada WANG!
Kasihan isteri…
Bagaimana nak elak perkara ini berlaku?
Ada 3 cara penyelesaiannya.
1. Buat HIBAH bersyarat.
Hibahkan siap² ( awal²) semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka. Mungkin memerlukan sedikit kos pengurusan untuk melakukan urusan² rasmi sebegini.
Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayar/ atas cagaran dengan syarat ada MRTA / MRTT.
Kelebihan hibah ini ialah ‘ ownership’ rumah masih di atas pemberi. Oleh itu tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba² jatuh bankrap.
2. BUAT HIBAH MUTLAK
Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/ isteri di pejabat tanah. Namun ini boleh dibuat sekiranya rumah sudah habis dibayar.
Namun kelemahan Hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang ownership rumah tersebut.
Jika si anak tiba² ingin menjual beliau ada hak untuk menjualnya jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.
Cara hibah mutlak ini ialah dengan mengisi borang 14A di Pejabat Tanah.
3. AMBIL TAKAFUL yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah.
Apabila anda meninggal dunia duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak² waris² lain contohnya seperti diatas iaitu RM100,000 untuk bahagian adik beradik lain. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar kepada mereka dengan syarat kesemua mereka bersetuju.
Inilah kaedah yang paling efektif untuk mendapatkan nilai wang yang besar dalam masa yang singkat utk menyelesaikan kes berkenaan. KATA ORANG BAIKLAH ADA DARIPADA TAK ADA LANGSUNG!
Daripada rumah terpaksa dijual dan anda mungkin perlu mencari rumah lain yang berharga jauh lebih tinggi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bertahun Menyewa, Usahakan Beli RUMAH SENDIRI Walaupun KECIL Ini Sebabnya!
Isi Kandungan
ToggleUsah terlalu selesa jika selama ini bertahun-tahun hanya menyewa kediaman kediaman milik orang lain . Ada rezeki lebih usahakan untuk membeli rumah sendiri walaupun hanya bersaiz kecil. Banyak kelebihannya apabila memiliki kediaman sendiri, malah jika rumah bersaiz kecil, ia praktikal dan lebih mudah diurus.
Ini antara kelebihannya seperti yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan Pensyarah Kanan Seni Bina, serta Pakar Hartanah dan Kewangan sebagai panduan.
1. KEPEMILIKAN PERIBADI
Mempunya kawalan penuh ke atas rumah tersebut tanpa perlu risau tentang sewa atau kontrak yang mungkin berubah.
2.KEBEBASAN MENGUBAHSUAI
Bebas untuk tentukan konsep dekorasi dan ubahsuai rumah mengikut citarasa sendiri tanpa sekatan daripada tuan rumah.
3. PENGURUSAN KOS LEBIH RENDAH
Rumah kecil biasanya lebih mudah untuk diselenggara dengan kos utiliti, pembaikan dan penjagaan yang lebih rendah disebabkan saiznya yang kompak. Namun elakkan membeli unit studio seperti SOHO, SOVO dan SOFO, terutamanya bagi rumah pertama kerana pembeli terpaksa membayar harga komersial yang lebih tinggi, jika mereka membeli unit terbabit.
– SOHO adalah gabungan tempat tinggal dan tempat kerja
– SOFO adalah unit kecil yang beri pilihan kepada pemilik sama ada menggunakan ruang rumah sebagai tempat tinggal atau tempat kerja
– SOVO adalah pejabat yang siap dibina dan dilengkapi dengan sistem telekomunikasi dan infra untuk memulakan perniagaan.
4. PENJIMATAN MASA & TENAGA
Saiz rumah lebih kecil bermakna memiliki ruang yang kurang untuk dibersihkan dan diselenggara. Sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga.
5. PERSEKITARAN LEBIH INTIM
Rumah kecil sering kali mewujudkan suasana yang lebih mesra dan intim serta memudahkan interaksi dalam keluarga.
6. PELABURAN JANGKA PANJANG
Memiliki rumah sendiri adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang boleh meningkatkan nilai seiring waktu.
7. KESELAMATAN EMOSI
Memiliki tempat tinggal tetap memberikan rasa selamat dan kestabilan emosi, terutamanya untuk keluarga.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi jangan terlalu selesa menyewa, ada rezeki lebih usahakan untuk memiliki kediaman sendiri walaupun bersaiz kecil.
Mesti Baca: Umur 21 Tahun Adik Beli Rumah Pertama Atas Nama Sendiri, Kakak Kongsikan Caranya!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah Sebelum Usia 30 Tahun Banyak Kelebihan Antaranya Pelaburan Jangka Panjang
Artikel Menarik: Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI