Perabot yang paling penting dan utama di bilik tidur semestinya katil. Oleh kerana itu lah apabila anda memilih katil pastikan anda membuat keputusan yang tepat. Jangan hanya memandang atau menilai pada reka bentuk yang cantik semata. Anda harus juga pertimbangkan beberapa perkara lain agar anda tidak menyesal atau tersilap membuat pilihan. IMPIANA kongsikan panduan memilih katil di bilik tidur.
TIP PILIH KATIL
1. Buat ukuran bilik tidur anda terlebih dahulu. Ini penting bagi membolehkan anda mengetehui saiz sebenar bilik tidur anda supaya memudahkan anda mengenal pasti saiz katil pilihan
Ads
2. Pilih katil mengikut penataan gaya pilihan anda. Jika menggemari rekabentuk yang ringkas dan mudah, pilih mengikut cita rasa anda agar tidak menyesal di kemudian hari.
Ads
3. Pilih tilam yang betul. Tilam yang betul penting bagi menjamin waktu tidur yang baik dan selesa. Buat perbandingan antara jenama tilam di pasaran yang ada di pasaran. Yang penting, tilam tersebut dapat mempunyai struktur tampungan yang baik.
Ads
4. Membeli katil. Luangkan masa yang lebih lama untuk membuat keputusan dalam pembelian katil dan tilam. Seeloknya, jika pasanagn suami isteri, bawa pasangan anda sekali agar turut terlibat sama dalam pembelian.
5. Cari harga yang terbaik. Dengan pelbagai jenama tilam di pasaran, cari jenama dengan tawaran yang terbaik. Begitu juga dengan perabot katil anda. Cari rekabentuk yang benar-benar menambat hati anda pada harga yang berpatutan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang beranggapan kalau pintu rumah tak sama tinggi atau semakin menurun tak boleh tutup rapat ini mesti sebab cuaca, panas sejuk yang buatkan kayu pintu mengembang dan macam-macam lagi la tanggapan bila pintu tak boleh tutup rapat.
Ini puncanya yang ramai tak tahu. Bukan sebab kayu pintu mengembang atau tanah rumah mendap dan sebagainya. Ini kerana ensel pintu dah lari dari kedudukan asal. Manakan tidak, pintu ni kan tiap hari kita buka tutup, buka tutup. Memang boleh lari la kedudukan ensel tu.
Ensel pintu ni macam lutut kita juga la ye. Selalu guna tapi tak jaga lama-lama alignment tu boleh lari. Jadi macam mana nak jaga pintu agar tak melurut kebawah agar pintu boleh tutup rapat dan tahan lama? Mudah sahaja, kalau buka pintu tu buka la dengan berhemah jangan la main sentap dan kalau tutup pintu tu jangan la main hempas.
Rajin-rajin la letak minyak mesin dekat ensel pintu, tak kisah la pintu rumah mahupun pintu bilik, oleh kata segala jenis pintu la perlu dijaga agar tidak berlaku masalah menurun bila sampai waktu usurnya pintu tu.
IMPIANA kongsikan bagaimana nak adjust atau baiki pintu yang sudah mendap kebawah atau turun ke bawah dan tak boleh tutup dengan rapat. Kadang-kadang tu terpaksa ketuk,angkat dan ada yang tendang pintu nak bagi rapatkan. Siapa pernah jadi macam ni? Kongsi sikit dengan IMPIANA.
Tak perlu ye, sampai nak tukar pintu rumah baru pulak kalau hadapi masalah macam ni. Sebab mudah je kalau anda tahu cara atau teknik yang betul untuk baiki pintu yang dan tak boleh tutup dengan rapat. Pintu yang selalu jadi macam ni mestilah pintu jenis kayu. Jadi bila jadi macam ji keselamatan pun kurang, sebab pintu rumah tak boleh tutup dengan rapat.
Tonton video ini untuk anda lakukan jika hadapi masalah macam ni.
Memiliki rumah pertama tentunya merupakan suatu pengalaman yang amat berharga. Pasti kita tidak sabar nak menghias dan mendeko setiap sudut kediaman dengan sentuhan citarasa yang melambangkan personaliti diri.
Itulah keterujaan yang dirasai pasangan Ezzah dan Afiq yang berasal dari Johor Bahru ini. Kediaman teres satu tingkat dengan keluasan 1760 kaki persegi ini dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Ezzah juga memberitahu bahawa dapur merupakan ruang kegemarannya kerana disitulah beliau banyak menghabiskan masa menyediakan masakan istimewa buat ahli keluarga tercinta. Maklumlah, dapur juga merupakan jantung buat sesebuah kediaman itu jadi tidak hairanlah jika ruangan ini telah menjadi pilihannya.
Kediaman yang baru sahaja didiami selama 4 bulan ini dihias dengan bajet RM40k berpandukan konsep Moden Shabby Chic, dimana gaya klasik digabungkan dengan warna-warna lembut atau pastel. Mendapat inspirasi daripada internet khususnya laman sesawang Pinterest, nasihat Ezzah ialah buat pemilik rumah baru atau yang ingin mengubahsuai, anda perlu menetapkan konsep yang diingini terlebih dahulu sebelum mula membeli peralatan dan perabot. Jika tiada konsep yang menjadi arah tuju mungkin nanti kediaman akan nampak serabut dan tidak menarik.
Walaupun begitu, hasil secantik ini tidak datang tanpa ujian, Ezzah dan suami pernah juga ditipu semasa proses mendeko teratak mereka ini. Memandangkan ini rumah pertama dan mereka masih tidak mempunyai pengalaman, terdapat pihak yang mengambil kesempatan keatas pasangan ini. Oleh itu, kit aperlu lebih peka dan berhati-hati ketika berurusan dengan orang luar agar segalanya lebih terjamin dan selamat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hanya RM 2,000 sahaja untuk ubah suai kediaman ini. Anak masih kecil tambahan pula ramai, sebab tu rumah tak boleh nak kemas dan cantik. Dinding selalu kena conteng anak, Nak dekor rumah perlu budjet yang banyak. Tidak semestinya, dekor yang biasa pun boleh menghasilkan ruang yang cantik.
Ubah suai kediaman ini perlulah bijak Dekor dalam rumah ini hanya mengenakan dekor yang kena dengan bajet pemilik tetapi tetap mencuri perhatian. Ini yang menarik sebalik kediaman ini.
Semua itu sebenarnya alasan. Tak semestinya untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik memerlukan bajet yang tinggi dan tak lah susah untuk memiliki rumah yang bersih dan kemas kalau anak ramai. Yang penting ia perlu didik. Ubah suai kediaman ikut praktikaliti pemilik.
Semua alasan ini pernah berlaku kepada Mcyah Joanett. Namun atas keinginan yang tinggi, puan Mcyah mencari cara dan bertekad untuk memastikan impiannya terlaksana. Kajian demi kajian dilakukan untuk memastikan segala cabaran dan halangan dapat di tempuhi terutamanya dari segi bajet dan anak-anak yang tengah aktif.
Dengan hanya bajet RM 2000, Sebuah proposal berserta bajet telah siap disediakan oleh Puan Mcyah. Hanya menunggu kelulusan Kementerian Kewangan. Jom kita baca jalan cerita Puan Macyah yang berjaya menzahirkan kediaman idamannya. Ubah suai rumah milik peribadinya.
Bismillah. Ubahsuai simple & nice tapi murah.
Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.
Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku. Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), ku bentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.
Alhamdulillah dalam masa 24jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic. Pengubahsuaian ini dibantu oleh team tzconsturction (team kerja suami aku). Jumlah modal keseluruhan RM2000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punye kedekut taik idung masin. 2k ni pun aku rasa mahal dah.
Husband cakap, inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila saya balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang. Tengok pula awak.
Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper so mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sbb termasuk upah dia g beli.
Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak2 dah tak sepahkan rumah. Sanak saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam umah ni.
Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.
Suami janganlah lokek, percayalah korang jugak akan rasa tenang setenang air dikali. Sesungguhnya isteri sanggup buat apa shj demi suami rasa bahagia dirumah dan disisi anak isteri. Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalau Allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.