5 Tip Ubah Suai Rumah Tak Perlu Budget Besar

Share

Setiap orang nak-nak yang dah berumah tangga sendiri mesti mengimpikan sebuah rumah yang cantik, selesa dan tenang. Ye lah, rumah kan tempat untuk kita beristirehat lepaskan lelah setelah seharian berkerja. Di situ juga lah kita membina sebuah keluarga yang bahagia sebab tu ada perkataan “Rumahku, Syurgaku”

Jadi, Untuk memastikan tersedianya sebuah kediaman yang selesa, sekali sekala kita perlulah buat rombakan untuk memberi kesegaran kepada isi rumah. Tak ada lah bosan. Kebiasaannya, perkara ini melibatkan renovasi. HA! dengar je renovasi mesti ingat memerlukan peruntukan satu jumlah yang banyak kan?

Tapi itu lah antara punca yang menyebabkan niat dan impian kita tadi terbatas. Lebih lagi apa bila melibatkan pembelian rumah 2ndhand. 

Dah dapat kunci rumah terus pindah masuk tanpa membuat sebarang rombakkan. Tapi dengan 5 tip mudah ini, kerja-kerja renovasi tak perlu peruntukkan jumlah wang yang besar. Tapi yang paling penting rumha tetap bernafas baru.

1. Jangan simpan perabot lama 

Perabot lama yang tak sesuai dengan tetapan konsep yang telah dipilih, sila buang ye. Kalau masih elok, boleh cuba jual 2ndhand di laman sosial dan carboot sale dan pelbagai lagi. Mesti ramai yang cakap SAYANG kan. Tapi selagi anda tak keluarkan perabot-perabot tersebut, memang tak dapat lah nak rombak rumah ikut konsep anda pilih sepenuhnya.

Kalau anda seorang yang kreatif dan rajin, cuba makeover perabot tu ikut konsep yang telah dipilih.

2. Kemasan lantai 

Kemasan lantai pun memainkan peranan yang penting dalam memberikan kesegaran dan suasana baru di dalam kediaman anda. mesti anda ingat nak tukar lantai baru memerlukan kos yang tinggi kan? Sebanarnya anda punya banyak pilihan seperti menggunakan cat epoxy, vinyl floor dan lain-lain lagi. Pilih untuk pasang sendiri lagi jimat kerana kalau  anda suruh kontraktor apsangkan, ia akan menyebabkan pertambahan belanja 50%.

3. Dinding kemas 

Nak nampak suasana yang segar dan menenangkan, pastikan dinding rumah anda tak serabut dengan pelbagai bingkai. Lebih lagi kalau bingkai tue tak padan langsung antara satu sama lain. Tip ini paling penting untuk rumah sempit dan kecil. Untuk nampak kan rumah anda lebih luas, clear kan dinding anda.

Selain itu juga, warna dinding memainkan peranan penting. Jangan lah guna warna-warna gelap untuk keseluruhan dinding. Dominasikan kediamn anda dengan cata dari pilihan neutral  hanya feature wall sahaja guna waran-waran gelap dan menonjol.

4. Banyakkan pencahayaan 

Pencahayaan paling penting dalam menyinari kediaman. Sebab tu ada gambar-gambar dekorasi yang anda tengok cantik walaupun ringkas. Sebenarnya pencahayaan lah rahsianya. Setiap sudut letak lampu. Cuba lah lampu spot, lapu lantai, lapu hiasan dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung ia mampu menonjolkan keseluruhan perincian dekorasi di dalam kediaman anda.

5.  Siling baru

Ini pilihan terakhir untuk anda yang punya budget lebih. Kebiasaannya bagi yang memiliki rumah apartment atau flat, bumbung anda memang dah rendah. Kalau bumbung rumah anda dah sedia rendah, tak perlu lah anda tambah lagi siling kapur untuk nampak bumbung baru. Cukup sekadar cat dan letak wainscoting pada bahagian-bahagian tertentu seperti di sudut antara dinding dan bumbung.

bagi yang rumah teres dan banglo, bairkan siling anda di posisi lebih tinggi untuk nampakkan suasana rumah yang lebih luas. Tak perlu tambah ukiran-ukiran lain pada siling anda. Adalah lebih baik tambah pencahayaan dengan decorative lamp yang menarik.

Published by
Impiana