Laman

5 Tip Untuk Pokok Ros Subur, Kulit Telur Dan Sisa Ikan Bilis Untuk Lebatkan Bunga

Share

Ramai ingat, pokok ros susah nak hidup subur dalam iklim Malaysia yang panas. Ramai juga kata, pokok ros ni tanaman bermusim. Habis bunga, pokok akan mati. Sebenarnya tak. Seorang pengusaha nurseri Bujang Garden berkongsi tip untuk pastikan ros anda hidup subur dan tak kedekut bunga.

Secara mudah nya ingat 5 benda ni! Ingat CABUT (Cahaya, Air, Baja, Ubat, Tanah)

1. Cahaya

Pokok ros perlukan pancaran matahari terus. Ia bukan jenis tanaman sepera teduhan. Patikan ia menerima pancaran matahari terus lebih lagi di waktu pagi

2. Air

Siraman sampai banjir antara punca utama pokok mati, Ia menyebabkan akar mudah lemas dan bakteria perosak membiak. Ros bukan tanaman yang memerlukan air yang banyak.

3. Baja

Untuk hasilkan bunga yang cantik, jangan guna baja merah yang banyak jual dekat kedai RM 2 tu. Sebaiknya gunakan sisa perut ikan bilis atau kulit telur. Tanam pada pangkal tanaman

4. Ubat

Kawal ancaman serangga perosak pada pokok ros. Sebaiknya, dapatkan dari pakar atau nurseri khas yang pakar dalam tanaman ros. Nak mudah, boleh dapatkan ubat ros dari Bujang Garden

5. Tanah

Ros ni nak tanah peroi tapi simpan air. Jangan pakai tanah banyak sabut je. Campor sekali tanah Bakar merah tu. Gembur seminggu sekali.

44536654_1904003379678783_5518847381233205248_o

Haaa cukup laa ingat CABUT ni dulu ye.
Kalau nak cari ros datang kedai BUJANG GARDEN.
Selamat berkebun.

Published by
Impiana