Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen tabur ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. IMPIANA bawakan tip bagaimana berguna untuk anda bagi memanjangkan hayat aksesori ini agar sentiasa kelihatan baru.
1. Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2. Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
Ads
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
Ads
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
Ads
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setelah bertahun-tahun menggunakan sinki di dapur, lama kelamaan pastinya akan kelihatan kedam, kusam dan berdaki. Memang berbeza berbanding sinki yang baru dipasang. Kebiasaannya sinki stainless steel mempunyai permukaan bersinar, licin dan juga berkilat.
Jika sinki anda sudah mula bertukar warna dan kelihatan kotor, jangan lah membazir duit menukar yang baru. Ini adalah proses normal stainless steel bertukar warna kerana ia telah digunakan selama bertahun-tahun. Ada kaedah mudah sebenarnya untuk menggilapkan balik sinki yang kotor dan berdaki ini. Hanya guna 2 bahan yang mudah dibeli di kedai.
Bahan-bahannya ialah:
1.Soda bikarbonat
2. Hidrogen peroxide
3. Cuka
Mula-mula sekali masukkan soda bikarbonat di dalam bekas kemudian tambahkan hydrogen peroxide ke dalam baking soda sehingga ia melarut di dalam bekas tersebut.
Kemudian curahkan larutan tersebut pada keseluruhan sinki dan biarkan selama 15-20 minit.
Kemudian menggunakan berus dawai, sental keseluruhan sinki tersebut sehingga tanggal kesemua kotoran dan daki yang melekat selama bertahun-tahun.
Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
Setelah itu lakukan kaedah yang sama tetapi kali ini campurkan soda bikarbonat dengan larutan cuka pula. Biarkan dalam 10 minit.
Setelah itu sental lagi dengan berus dawai sehingga tanggal saki baki kotoran.
Bilas dengan air. Kini sinki anda kelihatan berkilat seperti baru. Lakukan rutin ini setiap setahun atau 6 bulan sekali.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kalau simpan daging, ayam atau pun ikan, sebelum dimasak perlu nyah beku. Tapi, macam mana kalau kita nak gunakan sebahagian je dari bahan yang telah dibekukan? Kalau nak di nyah beku dan simpan semula, ia akan menjejaskan kualiti bahan tersebut.
Ila Aja berkongsi kaedah praktikal untuk menyimpan bahan beku supaya mudah dan cepat untuk digunakan
Pernah tak puan-puan kalau nak masak keluar bahan mentah untuk dilembutkan semua 1 bekas padahal nak guna bukan semua pun. Kan senang kalau nak 1 keping, ambil jer sekeping walaupun dalam keadaan beku. Saya kongsi cara ni kalau boleh dimanfaatkan bersama. Cara ni boleh digunakan juga untuk daging, ayam, sotong, udang dan lain-lain
Susun daging mentah dalam piring jarak-jarak macam ni, masukkan ke dalam freezer untuk dibekukan. Untuk ayam, udang, sotong pun sama caranya.
Bila dah beku, bolehlah dileraikan dari piring. Saya guna piring nipis untuk mudah twist sikit, senang terpisah daging dari piring.
Bila dah terpisah dari piring, akan jadi sekeping-sekeping macam ni
Bolehlah masukkn ke dalam bekas. Ayam pun saya guna cara yang sama. Hasilnya begini la, kalau keluarkan dari freezer, daging akan jadi terpisah macam ni, jadi mudah untuk kita nak keluarkan berapa banyak yang nak gunakan tanpa perlu keluarkan semua dalam 1 bekas tu. Harap bermanfaat & memudahkan kita di dapur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sejak kebelakangan ini, dunia sedang dalam keadaan berjaga-jaga dengan penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti lebih kurang 50 orang di Malaysia setakat ini (5 Mac 2020, 11.30am). Dengan cuaca negara ini yang tidak menentu, ia telah menyumbang kepada panik masyarakat. Walau sedikit perubahan suhu badan pun sudah cukup untuk membuat seseorang itu pergi ke hospital untuk menjalankan ujian penyaringan. Apatah lagi yang baru pulang dari luar negara, lebih-lebih lagi dari negara yang terjejas teruk oleh virus tersebut.
Selain perlu menjaga kebersihan dan memakai perlindungan, kita juga boleh boleh amalkan tip dari Dr Suri Roowi ini yang memfokuskan penggunaan bahan alami untuk mengatasi gejala demam, batuk serta selesema.
12 TIPS ALAMI UNTUK BANTU ATASI DEMAM, BATUK & SELSEMA
Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.
Caranya adalah;
1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.
Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.
Selepas itu barulah ditambah air suam.
Sebaiknya diambil bersama madu.
Dapatkan madu yang asli.
2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.
Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.
Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.
3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
4. Minum madu asli – Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
5. Minum yoghurt atau madu kelulut – Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk
Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;
“Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” Surah Ashshu’ara’ ayat 80
Dapatkan MADU ASLI
7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
9. Bahan meruap mint (Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus
10. Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.
11. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam
12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.