Tumbuhan indoor merupakan tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan seperti di rumah ataupun pejabat. Ia memerlukan kelembapan, pencahayaan dan suhu yang sesuai agar dapat tumbuh dengan segar dan berseri. Tumbuhan di dalam dapat memberikan kenyamanan dan dapat membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih lena. Disini, IMPIANA bawakan anda 5 tumbuhan indoor yang mudah untuk dijaga agar anda dapat sama-sama mendapat manfaat darinya.

Rubber Plant
Selain dapat memberikan impak dramatik di dalam bilik, rubber plant atau nama saintifiknya Ficus Elastica juga boleh membuang toksin di udara dan melawan penyakit dari parasit yang biasanya terdapat di kawasa tropika. Kajian telah membuktikan keupayaan tumbuhan ini untuk menghapuskan formaldehyde dari udara, yang terdapat dalam alatan pembersihan dan perabot. Anda hanya perlu mengelap daun dengan tisu atau kain lembap dengan kerap bagi mengekalkan pembukaan liang tumbuhan untuk mejamin pembersihan udara yang optimum.

5 Tumbuhan Pembersih Udara Dan Pembekal Oksigen Tambahan Untuk Kediaman Yang Lebih Menyegarkan

Boston Fern
Lihatlah tumbuhan hijau yang subur yang menyegarkan ini! Ferns merupakan tumbuhan yang berkesan menghapuskan bahan toksik pencemaran bawaan udara – termasuk formaldehyde, xylene dan toluene – yang boleh menyebabkan sakit kepala, masalah pernafasan, dan pertumbuhan sel-sel kanser. Boston Fern juga dapat menaikkan paras kelembapan di dalam kediaman ketika cuaca panas.

Ads

Areca Palm
Satu kajian NASA pada tahun 1989 telah mengisytiharkan tumbuhan ini sebagai salah satu alat semulajadi yang paling berkesan membersihkan udara, terutamanya keupayaannya menghapus formaldehyde daripada udara di dalam kawasan tertutup seperti bilik tidur dan pejabat anda.

5 Tumbuhan Pembersih Udara Dan Pembekal Oksigen Tambahan Untuk Kediaman Yang Lebih Menyegarkan

Ads

 

Peace Lily
Tumbuhan ini bukan sahaja cantik malah ia mempunyai ‘kuasa’ untuk menapis udara kotor. Kajian menunjukkan bahawa Peace Lily berupaya untuk menapis pelbagai toksin merbahaya seperti formaldehyde, xylene, toluene dan ammonia daripada udara dalaman. Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala, masalah pernafasan, dan peningkatan risiko kanser. The Peace Lily juga boleh menghapuskan fungus bawaan udara yang memburukkan lagi alahan dan gejala asma buat mereka yang sensitif. Anda digalakkan untuk meletakkan beberapa tumbuhan ini di setiap sudut kediaman untuk mengurangkan pertumbuhan kulat.

Ads

Snake Plant
Tumbuhan ini mat popular dikalangan penggemar tumbuhan hiasan dalaman. Bukan saha mudah untuk dijaga, malah Snake Plant boleh mengeluarkan pelbagai bahan pencemaran dari udara. Dan anda juga boleh rebus daun nya untuk menjalankan aktiviti perubatan holistik bagi merawat bahagian luaran seperti kulit sahaja. Jangan pula anda minum atau makan ya!

The Philodendron
Philodendrons amat mudah untuk tumbuh dan dijaga. Tumbuhan ini membersihkan udara daripada toksin merbahaya seperti formaldehyde dan xylene,  yang biasa dijumpai di dalam gam dan leather.

5 Tumbuhan Pembersih Udara Dan Pembekal Oksigen Tambahan Untuk Kediaman Yang Lebih Menyegarkan
sumber: https://img.crocdn.co.uk

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI