6 Tahun Tidak Tukar Sarung Tilam, Jadi Syurga Parasit Bahaya
Sanggupkah anda tidur di hamparan parasit, kutu dan hama yang berjuta ekor saban hari? Inilah yang dihidap oleh seorang wanita di China yang menderita kerana bulu matanya menjadi sarang lebih 100 parasit . Gara-gara tidak menukar sarung bantal dan cadarnya sejak 2012, seorang wanita di China menderita selama dua tahun kerana bulu matanya menjadi sarang parasit.
Memetik dari Dailymail, wanita yang dikenali sebagai Xu itu, menyangka matanya hanya mengalami kegatalan biasa namun keadaan semakin teruk dan menyebabkan matanya terus merah . Selama dua tahun beliau hanya menggunakan ubat titis mata untuk mengurangkan kegatalan pada mata sehingga kekotoran yang yang ada pada matanya melekat dan menyukarkan beliau untuk membuka mata.
Doktor memeriksa mata Xu dan mendapati bulu matanya kini menjadi sarang lebih 100 parasit malah salah satu daripada bulu matanya juga dihuni oleh 1 koloni parasit yang terdiri daripada 10 parasit. Jadi di sini , usah berkira membeli sarung bantal dan cadar baru. Cucilah sarung bantal dan cadar sebersihnya dan jemur ditempat panas agar mencegah segala serangga seni untuk bermastautin di hamparan tilam kita.
Jadi pastikan kita menukar cadar tiga bulan sekali. Jika anda jenis tidur tanpa baju, seelokkanya sebulan sekali bagi mengelakkan kesan peluh menghitamkan fabrik cadar anda dan bau yang kurang menyenangkan.
Jika anda rasa kurang selesa dengan cadar anda, tidak salah jika anda merendam cadar dengan air panas dan bahan pencuci bagi mendapatkan hasil cucian sempurna.
Cucilah dalam 2,3 kali cucian dan gunakan bahan pencuci anti bakteria
Jemur di tengah panas dan rentang agar semua kawasan dijemur bawah terik matahari.
Jika anda kurang selesa, pastikan kamar beradu anda juga disimbahi cahaya matahari dan jangan biarkan ia gelap lembab.
Sembur anti bakteria yang sesuai pada cadar jika anda merasa kurang selesa.