Penggunaan barangan elektronik ‘Air Fryer’ ini bukanlah satu keperluan tetapi sekiranya ia ada sudah pasti akan memudahkan kerja anda di dapur. Misalnya, anda mahu memasak makanan yang bergoreng seperti nugget, kentang, ayam panggang dan sebagainya memang mudah menggunakan ‘Air Fryer’ ini.
Mungkin ada segelintir di kalangan anda yang beranggapan barang elektronik ini susah untuk dimiliki oleh kerana harganya yang ‘mahal’ tetapi pada hakikatnya tidak sama sekali.
Bagi anda yang ingin memiliki ‘Air Fryer’ dengan bajet yang terhad, kini anda tidak lagi perlu berasa bimbang kerana ada beberapa ‘Air Fryer’ berjenama dan berkualiti yang boleh anda miliki dengan harga sangat murah.
Meski harga yang dijual murah, kesemuanya selamat untuk digunakan serta mendapat kelulusan daripada SIRIM dan yang paling penting sekali ada jaminan.
Jadi mari kita lihat senarai ‘Air Fryer’ berjenama yang dijual dengan harga bawah daripada RM150.
Monda (RM114)
Sekiranya anda mahu mendapatkan ‘Air Fryer’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
MMX (RM118)
Ads
Sekiranya anda mahu mendapatkan ‘Air Fryer’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Giselle (RM130)
Sekiranya anda mahu mendapatkan ‘Air Fryer’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Cornell (RM137)
Ads
Sekiranya anda mahu mendapatkan ‘Air Fryer’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Khind (RM149)
Sekiranya anda mahu mendapatkan ‘Air Fryer’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Simplus (RM149)
Ads
Sekiranya anda mahu mendapatkan ‘Air Fryer’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Sumber: Facebook Rizal Hakimm Punyer
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
untuk pastikan rumah anda hari-hari kemas dan bersih meang agak sukar terutamanya bagi si ibu yang bekerja. Ramai yang menggunakan perkhidmatan tukang cucui. Itu pun datang 2/3 hari sekali dan di bayar mengikut jam. Tapi, NoorB Kids World berkongsi jadual perancangan mengemas rumah yang WAJIB mak-mak ada. Nanti Print, dan lekatkan pada peti sejuk ye.
Hari ini saya ingin kongsikan cara paling simple untuk menjaga rumah kita supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.
Secara jujurnya, aktiviti mengemas rumah bukanlah mudah. Tapi saya percaya rumah yang bersih dan kemas menolong kita berasa rileks dan tenang.
Tips mengemas ini telah dipecahkan kepada empat bahagian iaitu mengemas setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali dan 4 bulan sekali. Bila kita bahagikan kepada empat bahagian, kita tidak ada masalah bila memikirkan apa yang perlu kita kemaskan dan rasa terbeban untuk mengemas itu kurang. Tapi secara jujurnya, tak semua orang ada masa untuk melakukan aktiviti mengemas ini setiap hari tetapi kalau seminggu sekali Itu mungkin tak ada masalah.
Tapi perlu diingat, tiada siapa pun dan tiada rumah yang nampak sempurna. Kalau kita mampu buat salah satu daripada list, itu dah cukup baik daripada kita tak mengemas langsung. Kesan ‘keterpaksaan’ mengikut list mengemas rumah kali ini boleh membuatkan kita berasa tenang berada di dalam rumah kita nanti. Bayangkan balik dari pejabat dan duduk di sofa, mata ni rasa sejuk sahaja tengok sekeliling rumah sebab semua dah bersih dan kemas. Akhirnya, kita juga yang senang hati.
Lazimnya, Malaysia bergantung kepada sumber bawang import untuk pasaran tempatan. Namun demikian, usaha petani dari Ranau, Sabah mengusahakan penanaman bawang merah di tanah tinggi untuk pengeluaran tempatan wajar dipuji.
Ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada bawang import, sekaligus dapat menjimatkan dan menjana pendapatan buat petani tempatan.
Biarpun percubaan menanam bawang merah pada awalnya tidak menjadi namun itu tidak mematahkan semangat seorang petani separa moden membuat cubaan kali ketiga sebelum berjaya menuai hasilnya dalam tempoh selepas tiga bulan.
Kini, tanaman bawang merah yang dihasilkan Sharizal Denci, 42, di tanah tinggi Kundasang seluas empat hektar itu mampu mengeluarkan hasil sehingga hampir 10 tan bawang merah untuk pasaran tempatan di Sabah.
Idea Tanam Bawang Merah
Menurut petani muda ini, idea menanam bawang merah itu datang daripada salah seorang pekerjanya yang mengatakan kenapa tidak mereka menceburi tanaman yang sangat diperlukan di negara ini.
“Pekerja saya kata, bawang mungkin sesuai di kawasan pedalaman seperti di Kundasang dan mungkin ia lebih tahan. Selepas itu, saya mula mencari maklumat mengenai tanaman bawang merah dan membuat kajian di mana industri bawang ini nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion, kebanyakan bawang yang diperlukan kita import.
“Lepas itu kita nampak peluang kepada usahawan tempatan untuk memasuki pasaran ini dan kalau kita boleh menguasai satu peratus pasaran di mana anggaran hasil yang boleh dicapai adalah sebanyak RM15 juta,” katanya di ladang tanaman bawang merah di Kampung Tanah Merah, Mesilau, di sini, pada Sabtu.
Kaedah Penanaman Bawang Merah
Bekas jurutera perisian itu berkata lagi, selepas melihat peluang dalam industri bawang dia cuba mendapatkan penerangan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkaitan kaedah penanaman bawang merah tersebut.
“Kita pergi jumpa Mardi dan kebetulan saya nampak mereka ada buat tanaman bawang di Serdang jadi saya terinspirasi dengan tanaman mereka yang menjadi.
“Saya dapatkan garis panduan daripada pengusaha bawang di sana untuk dibuat di ladang saya. Saya bawa benih bawang mereka ke sini dan kita tanam. Pada awalnya memang tidak berapa menjadi lepas itu saya cuba lagi kali ketiga barulah menjadi.
“Selepas melihat apa masalah dan kesilapan barulah kita tahu tanaman ini memerlukan struktur tanah yang tidak boleh air bertakung, jadi itu antara cabarannya,” katanya.
Tanam Skala Besar 4 Hektar
Sharizal berkata, melihat kepada keberhasilannya dia mulai berani membuat penanaman bawang merah secara berskala besar dengan melibatkan empat hektar tanah di kawasan tanah tinggi tersebut.
“Sebab bila kita nampak peluang yang ada, kita tambah perluaskan tanaman dan kita pun ada pasaran pergi ke pasar raya di sekitar Sabah untuk dibekalkan bawang merah tempatan ini.
“Sekitar Jun lalu saya sudah nampak hasilnya, cuma memerlukan masa sehingga 90 hari untuk dituai kerana di Kundasang ini mengambil masa yang lama sikit untuk penuaian disebabkan kawasannya yang sejuk.
“Kawasan sejuk menyebabkan percambahan bawang agak lambat sedikit tetapi kualitinya lebih bagus di mana kulitnya lebih tebal, dan berjus malah bawang yang ditanam di Kundasang ini lebih wangi.
“Untuk di kawasan panas, kitarannya dalam 60 ke 70 hari sudah boleh habis tetapi ia cepat bercambah, namun ia tidak sebesar seperti yang ada di sini,” katanya.
Fokus Pengeluaran Bawang Tempatan
Ditanya jika ada cadangan untuk menjenamakan bawang yang ditanam di Kundasang, beliau berkata, setakat ini belum ada perancangan ke arah itu kerana mereka lebih fokus kepada pengeluaran bawang tempatan tersebut.
“Kita sekarang fokus kepada pengeluaran, sebab bila kita bagi jenama akan ada permintaan dan dibimbangi kita tidak dapat menyediakan akhirnya pengeluaran pun berhadapan masalah.
“Jadi kita akan fokus kepada perkukuhkan pengeluaran dan sudahpun berbincang dengan pasar raya tempatan untuk membekalkan bawang ini, kebetulan untuk sayur-sayuran lain pun kita memang sudah masuk pasaran,” katanya.
Sehubungan itu, Syarizal yang sudah lebih 10 tahun berada dalam industri pertanian menganggap industri bawang merah sebagai peluang baharu untuk usahawan pertanian di tanah tinggi dan kawasan lain di negeri ini.
“Kami juga berniat untuk memperluaskan lagi tanaman ini ke kawasan lain dan fokus ke arah tanaman yang bersesuaian di tanah tinggi untuk tanaman lain seperti kobis dan sebagainya.
“Macam bawang ini dia boleh juga di kawasan panas jadi mungkin boleh diperluas ke kawasan lain,” katanya.
IMPIANA: Terbaik usaha tanam bawang merah ini untuk pengeluaran bawang tempatan. Dapat mengurangkan kebergantungan kepada bawang import, sekaligus dapat menjimatkan dan menjana pendapatan buat petani tempatan.
Lebih 80% penduduk Malaysia memilih penggunaan gas LPG untuk memasak. Tapi, ramai tak sedar akan bahaya dan kesalahan yang dilakukan ketika mengguna mahupun menyimpannya.
Pengurus Jualan Kawasan Wilayah LPG Petronas Khalil Fairy Baharim berkata, sifat asas gas LPG iaitu butane dan propane, tidak berbau, tidak berwarna serta lebih berat daripada udara dan ringan berbanding air.
Oleh itu katanya, sejenis bahan kimia khas yang bertindak balas secara positif dengan komponen LPG dimasukkan menyebabkan apabila berlaku kebocoran gas, ia mengeluarkan bau busuk agar senang dikesan jika berlaku kebocoran.
“Di rumah, kebanyakannya menggunakan hos gas plastik lut sinar yang mudah didapati namun ia tidak disyorkan kerana hos jenis itu akan mengeras dan patah jika digunakan agak lama.
Berikut adalah panduan keselamatan lain di dapur yang disyorkan Petronas.
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan:
a. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.
b. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
c. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
d. Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
e. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
f. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
g. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
h. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Mengesan kebocoran gas
a. Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
b. Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
c. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
d. Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.