6 Bahan Berkesan Hapuskan Anai-Anai Dari Kediaman Tanpa Guna Racun

Share

Rata-rata rakyat Malaysia pernah mengalami atau mengenali seseorang yang pernah berhadapan dengan masalah anai-anai di kediaman mereka. Selain memberi ancaman terhadap struktur bangunan, masalah serangga perosak ini juga dilihat amat serius sehingga boleh menyebabkan kecederaan bahkan kematian. Mengikut berita, seorang pelajar perempuan jatuh dan kakinya tersekat apabila dia terpijak papan lantai yang telah reput akibat masalah anai-anai. Bahaya juga boleh timbul sekiranya anai-anai memakan bumbung menyebabkan risiko runtuh.

Disebabkan oleh sifat anai-anai yang makan rumah anda secara senyap, mereka sering ditemui hanya setelah kerosakan yang teruk telah dilakukan. Jangan tunggu lagi dan basmikan anai-anai sebelum terlambat!

1. Garam Dapur

Campurkan air garam dengan tembakau. Biarkan sekurang-kurangnya 24 jam. Sebelum disemburkan ke tempat yang berkemungkinan diserang anai-anai. Anda juga boleh menaburkan sahaja garam di sarang anai-anai. Walaubagaimanapun cara ini dianggap kurang efektif kerana garam hanya membasmi dibahagian permukaan sahaja.

2. Tembakau

Untuk kesan yang lebih efektif berbanding garam, anda boleh gunakan sahaja tembakau Campurkan dengan air lalu dibiarkan lebih kurang 12 jam agar tembakau larut sepenuhnya. Kemudian, semburkan air larutan tembakau itu pada kayu yang diserang dan juga sarang anai-anai.

3. Air Cucian Beras

Ramai yang tidak tahu air pertama daripada basuhan beras dapat mencegah anai-anai kerana ianya pekat. Anai-anai kurang gemar bau pekat beras ini. Siramkan atau sembur sahaja air bilasan beras tersebut pada sarang.

4. Air Kapur Sirih

Air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai . Ini kerana air kapur bersifat hangat dan tidak disukai anai-anai kerana ia memiliki kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu, siramkan air kapur sirih ke kayu yang diserang dan juga sarangnya.

5. Minyak Tanah + Serai

Caranya cukup mudah iaitu semburkan minyak tanah di kayu yang telah diserang anai-anai dan juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Untuk kesan yang lebih optimum, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

Published by
amalina