Ruangan dapur tidak wajar dipandang enteng kerana selain daripada menjadi tempat kita memasak, ianya juga berupaya menjadi ruangan sosial untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.
Tetapi, bagaimana kalau dapur berbau busuk sehingga tetamu kita ingin lekas pulang?
Tidak perlu pening, IMPIANA menggariskan beberapa tip untuk memastikan dapur anda bebas dari segala bau busuk.
Ikuti tip ini.
Pertama sekali, anda perlu pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum letakkan di dalam bekas atau digantung pada cangkuk. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.
Ads
Kedua, jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah kita gunakan sewaktu makan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
Ads
Seterusnya, bezakan papan pemotong di rumah anda. Jangan campurkan papan pemotong daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
Ads
Kelima, gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi malahan kaedah ini tempoh wanginya bertahan lebih lama dari semburan pewangi aerosol yang bersifat sementara. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
Akhir sekali, ganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Meski pelbagai cara telah dilakukan, namun masalah karat pada pintu besi di rumah anda tidak dapat diatasi dan masih belum menemui jalan penyelesaiannya.
Malah, mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang masih menggunakan kertas pasir sebagai jalan penyelesaian masalah tersebut. Namun, penggunaan kertas pasir ini boleh memberikan dan meninggalkan kesar calar pada pintu besi rumah anda.
Selain menggunakan kertas pasir sebagai jalan pilihan untuk menyelesaikan masalah tersebut, jangan ada yang tidak tahu sebenarnya ada langkah yang mudah untuk menghilangkan karat pada pintu besi tanpa meninggalkan sebarang kesan calar.
Menerusi satu perkongsian seorang individu di laman media sosial Instagram, Jason Jezi ada berkongsi satu tip mudah untuk menghilangkan karat pada pintu besi rumah dengan hanya menggunakan satu produk pencuci Good Maid Wiz.
Caranya memang senang sahaja, sapukan sedikit cecair pencuci Good Maid Wiz pada satu kain yang telah dibasahkan dengan air, kemudian gosokkan terus di permukaan karat pada pintu anda selama beberapa minit.
Hasilnya, anda dapat lihat masalah karat pada pintu rumah anda berjaya dihilangkan dan diatasi dengan begitu mudah sekali. Menarik bukan?
Sumber: Instagram Jason Jezi
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Memang membimbangkan dari segi keselamatan diri bila kawasan rumah berhampiran semak, kebun mahupun hutan. Ini kerana ia berpotensi serangga dan binatang berbisa seperti ular, lipan serta kala jengking masuk ke dalam rumah.
Dalam keadaan panik mahupun kecemasan, adakalanya kita buntu untuk buat apa, sebelum menghubungi jabatan penyelamat seperti Bomba untuk mendapatkan bantuan.
Sebenarnya sebagai langkah persediaan, kita boleh beli siap-siap dan simpan satu semburan racun Baygon di rumah. Ini merupakan pesanan dan tip yang digunakan oleh pihak bomba sendiri untuk menghalau ular.
Pesanan BOMBA, simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, malah kadang kadang mampu untuk membunuh ular.
Semalam memang dia sembur di kawasan yang dikatakan tempat persembunyian ular untuk halau ular keluar. Bomba pun pakai yang ini je katanya. Berdesup keme keluar pergi beli, iyele atenye ulornye tak dijumpai semalam.
Pesanan kakyong: Bermakna semburan racun ini agak ‘kuat’, maka berhati hati ya guna. Takut sesak nafas. Atee ulor pun boleh kiok..apetah lagi kita kita ni.
IMPIANA: Jadi boleh beli sesiap racun semburan Bygon ni, simpan dekat rumah. Manalah tahu waktu kecemasan, ada serangga atau binatang berbisa seperti ular, kita tak panik dan boleh digunakan nanti.
Bagi penghuni apartmen dan flat, pilihan menyidai baju di adlam kediaman sudah menjadi kebiasaan. Namun hakikatnya, ramai tidak sedar sebenarnya perbuatan atau amalan ini sebenarnya mengundang bahaya kepada kesihatan antaranya adalah kanser dan alahan
Bagi anda yang gemar memakai pelembut pakaian terdedah kepada masalah ini. Ini kerana dalam pelembut pakaian terkandung bahan kimia. Pelembut pakaian berfungsi sebagai lapisan nipis khas yang melembutkan pakaian anda. Namun, kebanyakkan pelembut pakaian dipasaran mempunyai bahan toksik kimia seperti Ammonia salt.
Ia akan menyebabkan iritasi pada kulit, gangguan pernafasan dan pening kepala. Memang sedap menghidu baunya yang wangi. Anda akan rasa pakai sangat bersih bila berbau harum. Namun, ia membawa bahaya lain terutama jika anda menyidai pakaian di dalam rumah.
Alahan berpunca daripada kandungan udara yang terperangkap di dalam rumah menjadi lembap dan sesuai sebagai habitat bakteria. Bakteria tersebut yang menjadi punca kepada alahan. Lebih teruk, ia akan menyebabkan alahan pada rongga pernafasan hingga terjadinya asmas.
Menurut artikel di laman sesawang Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia,
Setiap produk wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, pelembut kain, potpuri, penyembur rambut, kertas tisu, detergen dan lain-lain lagi mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation.
Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan, benzena, aldehid dan kimia toksik lain.
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mendapati daripada kesemua bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kosmetik, 815 daripadanya adalah bersifat toksik.
Manakala kajian yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika (EPA) pada tahun 1991 pula menunjukkan terdapat kloroform dalam pelembut pakaian dan p-diklorobenzena iaitu sejenis bahan kimia karsinogen (penyebab kanser) pada paras yang tinggi dalam penyegar udara.
Sumber: http://www.keluargasihat.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.