Jika sebelum ini IMPIANA memberi beberapa idea dan tip menatik untuk anda gunakan ruang sudut di dalam rumah, kali ini kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana nak fully utilize dinding kecil di dalam rumah.
Nasib yang sama menimpa dinding kecil kerana saiz sangat terbatas sehingga dipandang sepi tanpa hiasan yang cantik untuk ditatarias. Untuk pastikan dinding yang kecil tersebut tetap menjadi sebahagian dekorasi menarik kediaman anda, apa kata ikut idea yang impiana cadangkan ini.
Storan horizontal
Dinding ini digunakan sepenuhnya dengan menggantung bekas secara menegak yang mana anda boleh simpan segala perkakas dapur serta menjadi tempat tanaman pokok herba dapur yang sesuai digunakan dalam masakan.
Pusat sehenti mesej
Jika dinding ini berada di dapur, anda boleh jadikan ianya sebagai tempat menulis menu masakan hari ini, senarai barangan runcit yang ingin dibeli atau meninggalkan mesej penting kepada ahli keluarga lain jika anda keluar awal. Tapi INGAT, anda kena cat dahulu dinding ini menggunakan cat khas yang sesuai untuk dipadankan dengan kapur dan boleh dipadam.
Jadikan ianya sebagai tempat duduk single
Disini anda boleh letakkan kerusi atau bangku kecil dan sandarkan ianya terus ke dinding. Bangku kecil ini amat bermanfaat sebagai lokasi ekstra untuk anda menyarung kasut sebelum keluar, sebagai ruang peribadi untuk menjawab telefon dan perhentian sementara untuk merehatkan diri sebelum masuk ke bilik anda.
Ruang seni kanak-kanak
Kediaman anda kecil dan agak sukar untuk mencari ruang dinding yang sesuai untuk anda khaskan kepada anak kecil mengekspresikan idea seni mereka. Ketika ini, jika ada ruang dinding kecil, gunakan ruang tersebut untuk anak anda menunjukkan karya agung mereka tanpa menyentuh dinding lain yang sudah dijadikan sebagai dinding utama untuk dekorasi rumah.
Tempat menggantung bingkai seni
Jika dinding utama lain sudah penuh dengan frame foto keluarga dan gantungan sijil pencapaian, namun masih lagi berkeninginan untuk menggantung frame seni, inilah masanya untuk anda highlight
kan perhatian tetamu kepada dinding kecil dengan karya seni agung di rumah anda.Tambahan warna ke dalam rumah
Dinding ini amat sesuai untuk anda jadikan sebagai bahan gurauan kepada tetamu yang bertandang ke rumah anda. Gunakan warna cat berona terang lampu neon. Percayalah tumpuan tetamu anda tidak akan beralih daripada dinding kecil ini.