Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.
Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place.
Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!
#1 SPIRALMulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
#2 CENTEREDIni susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
Ads
#3 OUTER ALIGNAnda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
#4 REFLECTIONTidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
Ads
#5 STAIRCASESedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
#6 NINE-SQUARE
Ads
Jangan pandang rendah pada susunan simple ini. Walaupun nampak mudah, susunan inilah yang dapat memberi impak lebih besar pada sesuatu ruang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Pun begitu jika keadaannya masih agak kekuningan kerana kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi, segar malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendam bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendam seluruh langsir. Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci agar bau najis kucing akan hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir. Ini boleh kita lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar. Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas. Adakala debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik kita nampak kotor dan kelabu terutama bagi yang memilih fabrik renda kasar.
Bagi yang menggunakan renda juga boleh meremdam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran yang seni di celah-celah jalinan benang.
Awas jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan menggunakan mesin basuh cucian lembut agar tidak merosakkan kain.
Pastikan anda mencuci hanya langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutama jika anda membasuh langsir berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
Anak-anak menepek gula-gula getah pada langsir anda? Sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan menggantikannya dengan fabrik baru yang bersesuaian terutama di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh. Terutama jika anda menggunakan swag satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk menggosoknya nanti.
Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel usah dibasuh dengan mesin basuh. Andai kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah baru atau rumah lama bukan alasan untuk membiarkan ruang dinding nampak kosong atau polos tanpa hiasan. Tahukah anda seringkas hiasan pada dinding mampu memberi satu rasa yang indah dalam ruang tersebut. Susunan hiasan yang teratur serta kemas dapat membangkitkan aura yang bersahaja dan tidak terlalu serabut. Nak jadikan ruang rumah nampak simple dan kemas mudah sahaja, salah satu caranya ialah dengan menukarkan dinding yang kosong mahupun yang sarat dengan hiasan tu dengan hiasan yang simple atau dengan hanya menggunakan wallpaper sahaja.
Nanti admin dikecam pula bila kata gambar hiasan. Okay pembaca kena faham dengan baik dan betul-betul disini, hiasan yang mana boleh dan tidak boleh yang dimaksudkan ye. Jadi kali ini IMPIANA nak kogsikan 5 tip mudah dan satu lagi hasil oleh seorang pemilik rumah yang cukup menarik perhatian admin apabila dinding diruang makannya di ubah wajah dengan lebih menyerlah siapa yang meyangka dengan bingkai gambar sahaja ye, beliau mampu hasilkan sesuatu.
Pemilihan warna cat dinding sedikit sebanyak memainkan perana yang penting untuk menghias bilik ataupun dinding di ruang tamu. Jadi dengan menggunakan cat yang lembut dan pastel ini akan menjadikan ruangan terasa luas dan nyaman tanpa menukar kedudukan perabot dan hiasan dinding. Tapi untuk efek yang lebih menarik. Pastikan kedudukan perabot dan hiasan tidak nampak sarat dan tidak berlebihan. Gunakan perabot yang multifunction sahaja untuk menjimatkan ruang.
2. Simple dekor sticker
Selain daripada menggunakan ilusi cat berwarna lembut, dekorasi dengan menggunakan tumbuhan dan pelekat juga boleh menaikkan seri ruang tersebut. Dengan penggayaan dekorasi yang kreatif, dinding akan terlihat lebih segar dan tidak kosong.
3. Gunakan frame gambarsebagai hiasan
Tidak hanya mengabadikan foto keluarga di dalam album. Idea feature wall dengan menggunakan frame gambar keluarga juga boleh diaplikasikan. Frame gambar yang pelbagai saiz yang disusun dengan kemas akan memperlihatkan ruang tersebut lebih hidup dan segar. Selain menggunakan gambar keluarga, anda juga boleh menggantung gambar2 hitam putih quote, tempat-tempat menarik dan sebagainya. Kebijaksanaan anda menyusun dan menggayakan ruangan ni untuk tampak menarik sangat diperlukan. Ataupun anda juga boleh hasilkan satu papan yang menggantungkan koleksi gambar-gambar momen semasa ahli keluarga anda. Mix dan match warna dan saiz gambar supaya papan board nampak lebih menarik.
4. DIY wall art
Dekorasi DIY ataupun Do It Yourself kini semakin banyak disiarkan. Ramai yang berlumba2 berkongsikan hiasan dan peralatan yang diciptanya sendiri di rumah. Selain daripada ianya nampak cantik, ia juga lebih jimat daripada dekorasi dan hiasan yang dibeli di kedai. Antara dekorasi DIY yang boleh dibuat sendiri adalah hiasan dengan menggunakan paip PVC, botol2 kaca lama dan juga boleh gantungkan terus pot-pot bunga yang kecil di dinding ruang tamu anda. Hiasan ini nampak lebih semulajadi dan cantik. Dengan secara tidak langsung kita dapat menghasilkan dekorasi minimalis jimat dan tidak membebankan.
5. Bingkai dinding
Bingkai dinding atau wainscoting kini menjadi feature wall pilihan rata-rata rakyat Malaysia. Pemilihan ketebalan kayu dan warna cat amat penting untuk mendapatkan hasil yang sangat cantik dan wow. Pencahayaan juga sedikit sebanyak perlu diberi perhatian untuk memberikan effect mewah dan elegan. Tapi mesti diingat, untuk mengekalkan konsep simple, hiasan dekorasi di dinding hendaklah tidak terlalu sarat. Mix and match 2 atau 3 hiasan sudah memadai.
Selain daripada yang kami cadangkan ini, anda juga boleh cari idea di pinterest atau google. Boleh search cara-cara nak make over ruang tamu dan jadikan dinding yang kosong ke feature wall yang menarik dengan gaya minimalis. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Boleh dikatakan 90% kaum lelaki, bapa dan suami beranggapan tugas mengemas rumah adalah tanggungjawab si ibu atau isteri, wanita semata-mata. Impiana terbaca satu luahan hati sang suami atau bapa En Ahmad Affzan Abdullah terhadap satu pukulan yang diterima sejurus membaca artikel yang di kongsikan oleh isterinya. Lantaran, si ketua keluarga ini mengambil langkah drastic melakukan perubahan demi keluarga tercinta:
“Satu ketika, aku tengah makan. Nampak isteri aku tunjuk artikel di telefon pintar pada anak-anak.
“Baca ni,” katanya.
Aku tengok saja. Lepas makan aku tanya dia, “Artikel apa tu?”
Dia pun tunjuk pada aku. Artikel itu dalam bahasa inggeris, ditulis oleh seorang perempuan mat saleh. Dia bercerita ketika dia sedang sibuk cuci pinggan di dapur, suaminya dan anak-anak selamba tengok TV. Puas dia panggil semua buat bodoh saja.
Akhirnya selepas lama dia bising, suami dia pun cakap pada anak-anak,
“Dah, dah. Pergi tolong mak kamu tu.”
Kemudian dia terfikir, kenapa bila cuci pinggan, kemas rumah itu, dianggap sebagai ‘tolong’ ibu dan isteri. Seolah-olah itu memang tugas ibu semata-mata, orang lain kalau buat itu sekadar nak tolong saja.
Kebiasaanya, tugas-tugas di dalam rumah hanya dipandang ringan oleh ahli kelurga yang lain. Tapi, kalau rumah bersepah, tak bersih, si suami yang membebel Panjang. Apa kata, kita lakukan ia bersama-sama. Apa perubahan yang dilakukan oleh en Ahmad, beliau menyediakan satu jadual tugasan yang merangkumi kerja-kerja yang perlu di lakukan secara mingguan dan bulanan.
Melalui jadual yang disediakan, setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing dan wajib dilunaskan. Setiap satu tugasan dilakukan secara bergilir-gilir serta melibatkan anak-anak yang telah memahami tujuan kehudupan
“Rumahku syurgaku. Selalu orang sebut, namun tak ramai yang berusaha untuk menjadikan rumah itu syurga bersama-sama. Hanya mengharap ia jadi syurga secara tiba-tiba?
Melalui penyediaan dan pembahagian kerja yang teratur, sedikit sebanyak ia dapat mendidik si anak sewal usia untuk berdikari dan bertanggungjawab serta menghargai apa yang telah dilakukan. Suami sebagai ketua kelrga juga dapat menunjukkan perinsip dan contoh teladan yang baik buat keluarga
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.