Penggunaan papan hitam serta kapur putih di sekolah mungkin sudah lapuk tetapi jika kombinasi ini diaplikasikan dalam dekorasi rumah pasti ianya memberi manfaat yang besar kepada seluruh ahli keluarga.
Ilham dekorasi papan hitam dan kapur ini boleh dimanfaatkan oleh ibubapa serta anak kerana si ibu boleh mencatat perkara utama untuk dilakukan dalam sehari seperti tugasan mengemas rumah, pembelian barang dapur manakala bapa pula boleh mencatat segala bil-bil yang tertangguh dan si anak boleh mengekspresikan cetusan idea mereka di dinding yang spesifik untuk mereka.
Untuk merealisasikan idea ini, anda boleh mendapatkan cat papan kapur (bukan cat kapur) di mana-mana outlet barangan perkakas rumah yang berhampiran.
Ads
Antara ruangan yang strategik untuk anda tepek cat papan kapur ini adalah seperti di ruangan dapur, bilik tidur anak dan ruang tamu.
Ads
Di dapur, selain daripada menyenaraikan segala barangan keperluan yang akan dibeli, anda juga boleh menetapkan tempat meletak peralatan memasak yang sepatutnya kerana dengan ini, anda tidak lagi tersalah letak kuali serta sudip.
Ads
Di ruang tamu pula, cat ini berfungsi sebagai salah satu cara untuk kita meninggalkan mesej kepada ahli keluarga yang lain selepas anda keluar dari rumah seperti tugasan membersihkan rumah, keluarkan makanan sejuk beku dari peti ais dan sebagainya. Malah anda juga boleh lebih kreatif dengan menjadikan papan kapur ini sebagai buku menu famili anda untuk seminggu. Setiap ahli keluarga bolehlah menulis menu yang diingini agar semua ahli keluarga diberi notis awal hidangan makan malam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika dahulu ramai antara kita yang suka memenuhi setiap sudut dan ruang dalam rumah dengan pelbagai perabot serta aksesori sehinggakan kalau tidak dikawal kediaman akan nampak sesak dan penuh dengan perabot. Kini ramai yang lebih gemarkan dekorasi sederhana tetapi sedap mata memandang. Ditambah dengan saiz kediaman kini yang tidak sebesar dan seluas kediaman 20 atau 30 tahun dahulu, maka pemilik kediaman perlu bijak menghias.
Kali ini, IMPIANA ingin memaparkan kediaman PPA1M milik seorang wanita ini yang baru mendapat sentuhan sebuah syarikat dekorasi dalaman bajet, milik Pn Anis Syuhada. Menurut Anis beliau mendapat panggilan untuk menatarias rumah yang baharu dimiliki oleh seorang kakitangan Imigresen dengan pilihan tema Modern Minimalist di dalam kediaman berkeluasan 850 kaki persegi berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Kediaman sederhana ini terletak di Kepong dan baharu didiami oleh pemilik sebaik sahaja segala proses dekor siap sepenuhnya dalam masa sebulan. Dengan bantuan Anis dan juga idea pemilik yang inginkan dekorasi sederhana tetapi menarik maka siapa sangka rumah ini kelihatan menarik walaupun tanpa dekorasi berlebihan.
Dibawah ini IMPIANA buat kompilasi gambar untuk tatapan pembaca yang lain, simple dan moden, tak banyak perabot dalam rumah, hanya yang penting sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagaikan satu kejutan, fantasi kisah adi wira atau kisah jejaka penggoda dalam komik terkenal dunia dilampiaskan pada dekorasi kediaman pula. Umpama budaya pop yang semakin rancak berputar daru dunia komik ke layar lebar. Kini meneroka pula dunia dekorasi buat tuan rumah yang menghargai seni dan juga fantasi.
Kegilaan dekorasi seumpama ini sebenarnya agak lama berputik sekitar era 90an lagi. Kebebasan pereka menghasilkan perabot di loar kotak sememangnya menjadi satu berita baik buat penggemarnya . Apatah lagi mereka yang mahukan sesuatu yang berbeza. Bagi anak bujang misalnya atau pejabat seni reka, ilham ini merupakan satu identiti yang cukup berani.
Jika dahulu pop art banyak diadaptasi pada perabot moden yang ringkas. Hanya menyerlahkan hasil karya pereka dan warna-warna terang inilah yang memberi perisa kepada tata hias ruang. Kini tidak lagi kerana ada juga yang mula berani menerjah dekorasi klasik. Berbalas dengan kemasan lembut seumpama ini ibarat sebuah karya luar biasa dan ada yang mengatakan ia kerja gila. Ibarat pertembungan antara baru dan lama dalam selera seni yang mencabar diri, lari daripada kebiasaannya. Jadi perabot klasik lama ibu anda jangan dibuang. Baiki dan berikan nafas baru kerana ada di antara bingkai perabot lama ini sudah payah untuk kita jumpai malah tahan lama.
Karakternya terlalu kuat. Pilihlah antara ruang makan atau ruang tamu yang mahu dijamu dengan persembahan seumpama ini. Terlalu banyak juga buat kita sakit mata. Mana satu yang hendak dituju sedangkan ruang yang ada tidaklah seluas mana. Begitu tema dan karakternya. Visual dan karakter adalah satu penceritaan. Jangan sampai tersasar ceritanya dan berkecamuk pula kita yang melihatnya. Kepada si anak bujang, ini adalah tema menarik untuk dicuba. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah kecik 550sq dan mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air mampu dijadikan homestay cantik macam ni!
Pemilihan warna biru terang dengan kombinasi beberapa warna lain memang buat homestay ni seakan kita berada di rumah sendiri. Siapa kata rumah kecil tak mampu dijadikan homestay dan dihias sebegini cantik? Penyeri yang memberi ketenangan di ruang tamu, kehadiran item perabot dan aksesori dengan pelbagai rona bukanlah sekadar perhiasan semata-mata. Ia mampu mempengaruhi perasaan tetamu yang bertandang kerana warna terang ini menjadikan ruang tamu yang nampak luas ini berasa tenang , sejuk dan sesuai untuk perhimpunan lebih elegan. Pemilik, Syamsul-Amri Zainal yang merupakan seorang guru banyak berkongsi mengenai tip hiasan antaranya ,
Pastikan tema dan bajet yang ingin kita ketengahkan untuk deko kediaman.
Gunakan warna yang lembut untuk ruang sempit bagi menampakkan imej luas pada ruang berkenaan.
Bersabar dalam memilih perabot. Cuba survey dan bandingkan harga setiap kedai. Supaya tidak menyesal dan tersalah memilih tema.
Sering mengambil inspirasi dari pintrest, facebook dan homestay-homestay cantik, Syamsul memang bertuah kerana mempunyai isteri yang turut memliki minat yang sama. Menghabiskan sekurang-kurangnya RM2.5k untuk keseluruhan hiasan deko (tidak termasuk lantai) , Syamsul ternyata pandai membeli perabot tanpa mengeluarkan belanja yang besar untuk nampak mewah dan cantik. Sering membeli barang-barang online dari ezbuy, beliau juga gemar memebeli perabot dari IKEA, KAISON dan kedai perabot biasa.
# Tip Dekorasi Ruang Terhad dari Impiana
RUANG : Pastikan ruang mahu dihias diteliti terutmanya saiz perabot dan kuantitinya. Ini penting supaya susun atur baru yang bakal dibuat tidak menyesal kemudian hari kerana usaha yang gagal.
SUSUN ATUR : Minimumkan jumlah perabot atau barang dekorasi seminimum mungkin . Ketepikan item yang tidak perlu terlebih dahulu berbanding item yang diperlukan
WARNA : Ini aspek penting dalam dekorasi kerana warna memainkan peranan mood dan ruang. Pemilihan warna perlu betul atau kelak anda akan menyesal. Pilih warna cerah dan hadkan kuantitinya tidak lebih dari tiga warna utama.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.