6 Cara Kreatif Kegunaan Papan Hitam Dan Kapur Di Rumah

Share

Penggunaan papan hitam serta kapur putih di sekolah mungkin sudah lapuk tetapi jika kombinasi ini diaplikasikan dalam dekorasi rumah pasti ianya memberi manfaat yang besar kepada seluruh ahli keluarga.

Ilham dekorasi papan hitam dan kapur ini boleh dimanfaatkan oleh ibubapa serta anak kerana si ibu boleh mencatat perkara utama untuk dilakukan dalam sehari seperti tugasan mengemas rumah, pembelian barang dapur manakala bapa pula boleh mencatat segala bil-bil yang tertangguh dan si anak boleh mengekspresikan cetusan idea mereka di dinding yang spesifik untuk mereka.

Untuk merealisasikan idea ini, anda boleh mendapatkan cat papan kapur (bukan cat kapur) di mana-mana outlet barangan perkakas rumah yang berhampiran.

Antara ruangan yang strategik untuk anda tepek cat papan kapur ini adalah seperti di ruangan dapur, bilik tidur anak dan ruang tamu.

Di dapur, selain daripada menyenaraikan segala barangan keperluan yang akan dibeli, anda juga boleh menetapkan tempat meletak peralatan memasak yang sepatutnya kerana dengan ini, anda tidak lagi tersalah letak kuali serta sudip.

Di ruang tamu pula, cat ini berfungsi sebagai salah satu cara untuk kita meninggalkan mesej kepada ahli keluarga yang lain selepas anda keluar dari rumah seperti tugasan membersihkan rumah, keluarkan makanan sejuk beku dari peti ais dan sebagainya. Malah anda juga boleh lebih kreatif dengan menjadikan papan kapur ini sebagai buku menu famili anda untuk seminggu. Setiap ahli keluarga bolehlah menulis menu yang diingini agar semua ahli keluarga diberi notis awal hidangan makan malam.

Published by
Impiana