Tiba-tiba almari kayu roboh. Bila diperiksa rupanya dah lama almari anda menjadi habitat si anai-anai. Nasib baik tiada melibatkan nyawa. Sekadar membuang perabut atau kayu yang dimusnahkan tidak memadai. nanti, koloni anai-anai tersebut akan berpindah ke bahagian kayu yang lain. Tak kiralah pada dinding mahupun bingkai selagi adanya bahan yang boleh di mamah anai-anai terutamanya kayu. Jika terkesan kehadiran si anai-anai, sebaik rawatan segera perlu dilakukan sebelum seberang bencana lebih besar menimpa. Terdapat banyak kontraktor kawalan serangga yang sedia berkhidmat, namun harga mereka bukan kepalanga. mahu cecah ribuan untuk merawat dan mencegah anai-anai di seluruh rumah.
Jadi, selain mendapatkan khidmat kontraktor kawalan serangga, apa kata anda guna petua-petua mencegah dan merawat seranggan anai-anai dengan langkah-langkah mudah berikut:
Air cucian beras
Selalu kita cuci beras, air basuhan pertama dan kedua pasti kita biarkan ianya mengalir ke dalam lubang singki. Tahukah anda ianya amat mujarab dalam usaha untuk mengusir anai-anai dari terus bersarang di rumah. Hanya siramkan sahaja air tersebut keliling sarang serta tuangkan ke dalam lubang untuk pembasmian mutlak.
Minyak tanah
Ia amat sinonim dalam mencatikkan laman terutamanya menjelang hari raya untuk menyalakan pelita. Selain daripada menerangi malam anda, ia amat bermanfaat jika anda semburkan minyak tanah terus ke kayu yang menjadi bahaman koloni anai-anai. Nak lagi kesan yang efektif, campurkan dengan minyak serai, lagi mujarab.
Ads
Air Tembakau
Dari anda rosakkan jantung sebab merokok, lebih baik invest sedikit wang pembelian rokok dengan mengambil daun tembakau daripada puntung dan campurkan dengan air serta perap selama satu malam. Semburkan Air perapan di sekeliling rumah dan koloni anai-anai. Sasarkan kepada kayu yang diserang serta ‘rumahnya’.
Air Garam
Ads
Air garam memang banyak manfaatnya, nak sedapkan lauk, rawat luka dan juga basmi anai-anai. Cara nak buat air semburannya sama seperti guna daun tembakau, campurkan dengan air tawar dan biar selama satu malam dan sembur di setiap laluan anai-anai, di kayu dan juga dalam sarangnya.
Air Kapur Sireh
Anatomi badan anai-anai bersifat lembut serta berkulit nipis. Air panas yang dihasilkan daripada campuran kapur sireh dan menyebabkan jisimnya mengecut dan mati dengan cepat. Untuk penggunaannya, sama sahaja iaitu melalui kaedah semburan.
Ads
Racun
Akhir sekali, kalau tak jalan juga, guna air racun pembasmi serangga dan semburkan ke arah-anai, tapi pastikan sewaktu membancuhnya anda ikuti aturan yang telah ditetapkan oleh pengeluar racun. Takut nanti, niat nak bersihkan rumah dari anai-anai, anda pula yang terjejas sebab racun makan tuan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi mereka yang menduduki kediaman jenis apartment atau kondominium memiliki saiz keluasan ruang dalaman rumah yang lebih kecil dan terhad berbanding mereka yang mendiami rumah jenis teres, banglo dan sebagainya.
Memiliki sebuah kediaman dengan keluasan ruang yang sangat terhad antara salah satu masalah yang perlu dihadapi oleh pemilik kediaman untuk membuat pemilihan dari segi konsep dekorasi ruang dalaman yang bersesuaian serta susunan perabot yang betul.
Ini kerana, jika anda tersalah langkah dalam membuat pemilihan tersebut, saiz keluasan ruang dalam kediaman yang tersedia akan semakin bertambah sempit dan banyak ruang telah dibazirkan begitu sahaja. Alangkah baiknya semua ruang yang ada dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, betul tak?
Jika anda ingin mahukan ruang dalaman rumah tampak yang lebih luas, ada pelbagai tip yang boleh anda pelajari dan lakukan. Antaranya, anda disarankan untuk memilih dekorasi berkonsepkan Moden Nordic sebagai pilihan.
Untuk pengetahuan anda, konsep Moden Nordic ini mengetengahkan tema warna yang cerah seperti putih, coklat terang dan kelabu. Pemilihan warna cerah seperti ini boleh memberikan impak terhadap ruang dalaman kediaman yang kecil tampak lebih luas.
Bagi menyempurnakan dekorasi yang berkonsepkan Moden Nordic ini, pemilihan jenis perabot yang didatangkan dengan rekaan yang lebih moden dan terkini pasti akan dapat menjimatkan ruang dalaman kediaman anda.
Selain itu, konsep Moden Nordic ini juga boleh menyerikan lagi dekorasi kediaman anda dengan penambahan elemen alam semula jadi seperti corak kayu-kayuan asli, batu marble dan sebagainya.
Jadi, diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak boleh memberi input serta membantu untuk menyelesaikan masalah anda yang memiliki saiz keluasan ruang dalaman kediaman yang terhad. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Beli kipas design canggih tapi tak tahu fungsi kipas. Ada pulak yang beli kipas ikut bilah, Katanya kalau banyak bilah lagi sejuk, kalau bilah kurang angin kurang. Eh! macam-macam la. Susah sangat ke nak pilih kipas ni? Tak susah cuma kalau ada ada ilmu yang betul tentang kipas ni mesti mudah untuk buat keputusan ruang dalam rumah anda pun akan lebih nyaman. Silap hari bulan penghawa dingin pun tak perlu dah lepas tahu fungsi kipas.
Sekarang kan musim panas. Orang kata pasang kipas siling pun bahang. Nak pasang aircond sentiasa takut bil pula melambung-lambung. Tapi sebenarnya ramai tak tahu kipas siling ada function berbeza ketika cuaca panas dan sejuk.
Kalau negara sejuk paling kita tahu mereka pasang heater, atau fireplace. Tapi bila summer anda pernah dengar tak ada summer fan dan winter fan.
Bunyi macam pelik kan, tapi sebenarnya dekat Malaysia pun dah wujud dah benda ni. Dan paling menarik ia dapat juga jimatkan duit dari bayar bil aircond terlampau.
Haaaa, nak tahu ke? Mungkin ada yang dah guna pun kipas macam ni dekat rumah.
Apa Itu Fungsi Reverse Setting
Kebiasaanya kipas siling akan sejukkan rumah dengan menolak udara dari atas ke bawah, tapi sebab di Malaysia ni panas jadi udara panas stay di atas siling dan bila kita buka kipas udara panas tadi yang akan turun ke bawah so ia tak menurunkan suhu dalam rumah pun tapi ia hanya membuat kita rasa sejuk sedikit. Malahan kita selalu rasa macam berbahang betul tak? Kalau perasan bilah kipas kan senget dan ia akan menolak udara panas di atas turun ke bawah. Dan ia adalah function winter fan. Kita sebenarnya memerlukan function summer fan bukan winter fan.
Jadi sekarang kalau beli kipas siling boleh cari kipas siling yang ada reversible function. Ada banyak brand sebenarnya. Bukan pasang kipas speed 5-6 yang menjadikan kita sejuk. Tapi function clockwise dan counter-clockwise yang akan memberi kesan sejuk yang berbeza.
Faham kan sekarang kenapa buka kipas laju macam nak tercabut pun masih rasa panas dan bahang. Udara panas yang ringan tu akan terapung di atas dan udara sejuk akan mula mendap kebawah. Jadi kita perlu pasang kipas counter clockwise kalau nak rumah kita sejuk dan nyaman sentiasa.
Tips : Pastikan kipas siling bekerja pada kelajuan yang perlahan. Kalau tidak nanti dia bagi wind chill effact . Tapi kalau siling rumah tinggi boleh guna kadar sederhana. Dengan cara ni pun dah boleh jimat tenaga eletrik dan duit. Save Energy Save Environment.
Boleh periksa pada remote kipas anda dulu kalau ada funtion forward & reverse.
Ketika ini, isu paling hangat diperkatakan adalah tentang wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang terus meningkat di seluruh negara pada kadar yang membimbangkan (jumlah kes terkini 39,174, dengan dua kematian pada ketika artikel ini ditulis). Pihak berkuasa telah menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan kebersihan yang baik dengan memerintahkan aktiviti pembendungan di sekitar negara. Setakat ini, sebanyak 539 premis telah ditutup, termasuk 241 taska dan 259 tadika. Sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak merupakan hotspot penyebaran virus ini tetapi ia juga menjadi tanggungjawab anda untuk melindungi kediaman masing-masing bagi mengurangkan kemungkinan anak anda daripada diserang HFMD. Jadi mari kita kenali virus HFMD dan langkah-langkah pencegahan untuk memastikan rumah anda sentiasa selamat dan bebas daripada virus merbahaya ini.
APA ITU HFMD?
Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD adalah penyakit berjangkit yang biasanya disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). Ia boleh menjangkiti setiap orang tidak mengira peringkat umur, terutama bayi dan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun. Tiada ubat khusus untuk merawat penyakit tangan, kaki dan mulut ini. Ibu bapa boleh lindungi anak-anak daripada jangkitan dengan mengamalkan kebersihan yang baik dan mengajar mereka untuk menjaga kebersihan.
BAGAIMANA HFMD TERSEBAR?
HFMD merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui hubungan secara langsung dengan hingus, air liur, najis dan cecair dari ruam seseorang yang telah dijangkiti. Individu dengan sistem imun yang lemah juga boleh diserang HFMD melalui sentuhan dengan permukaan alatan atau perabot yang mungkin telah dijangkiti. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan pada saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Cabaran utama oleh mereka yang dijangkiti ialah dehidrasi dan ulser yang sangat pedih. Akibatnya, proses menelan akan jadi seperti mimpi ngeri. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis namun, ianya jarang berlaku. Masih tidak ada vaksin dan rawatan khusus untuk wabak HFMD.
APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN HFMD?
Pertahanan terbaik terhadap HFMD adalah dengan mengamalkan tabiat kebersihan yang baik. Ajarkan anak-anak untuk mementingkan kebersihan dengan mencuci tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas menyentuh sesuatu. Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya membiarkan anak-anak meletakkan tangan kedalam atau berhampiran mulut mereka. Ibu bapa juga perlu memastikan persekitaran sentiasa bersih dan tidak tercemar. Jika anak anda mempunyai HFMD, asingkan pesakit daripada orang lain dan elakkan perkongsian sebarang alatan.
Sebagai langkah keselamatan, anda juga boleh memastikan kediaman sentiasa bersih dengan menekankan ini 4 tips ini ;
Lakukan proses pembersihan dalam aliran melurus. Menurut ahli mikrobiologi Dr. Yeo Wee Ming, langkah tersebut adalah lebih berkesan berbanding jika anda mengelap dalam pergerakan membulat.
Tumpukan kerja pembersihan lebih pada ruang anak-anak bermain, bilik tidur, bilik mandi, dan dapur. Beri penekanan pada paip, tombol pintu, meja, permukaan kaunter, perkakas dapur, tempat duduk tandas, suis lampu, peranti elektronik, keyboard komputer, dan alatan permainan.
Tidak seperti kebanyakan kuman, virus HFMD kalis sabun pencuci biasa dan juga cecair pembersih yang mengandungi alkohol. Apabila membersihkan permukaan, gunakan agen pembersihan antibakteria yang kuat untuk membuang kotoran dan kuman kemudian disusuli dengan pembasmi kuman yang kuat seperti peluntur. Tetapi jangan lupa untuk semak label untuk cara penggunaan yang disyorkan bagi megelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Jika anda tidak mahu membersihkan rumah menggunakan bahan kimia, anda boleh juga menggunakan mesin pembersihan wap untuk membasmi kuman dan virus. Mesin wap menjana tekanan wap air yang tinggi dan dengan mudah akan membersihkan rumah anda dari virus HFMD berbahaya dan hama habuk, serta menghapuskan kotoran yang tersembunyi.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.