Memang nampak mewah dengan tema bunga-bungaan atau floral pada interior rumah. Selain itu ia juga dapat mencetuskan suasana sejuk, segar dan feminin. Untuk menerapkannya tak semestinya perlu memasukkan tumbuhan hidup mahupun palsu tetapi juga boleh diadunkan dengan motif mahupun aksen bunga-bungaan segar.
Berikut bagaimana untuk mengaplikasikan tema bunga-bungaan dalam beberapa trik mudah. Ia pasti menyenangkan jiwa saat anda berada di rumah.
WARNA NEUTRAL
Sebaiknya pilih warna-warna neutral sama ada yang gelap atau terang. Tak semestinya perlu memilih warna-warna bunga yang cerah. Anda boleh menerapkan pola bunga dengan warna monokrom yang lebih memberi kesan santai serta tidak terlalu feminin.
PILIH WARNA SENADA
Ads
Pilih warna senada dengan perabot sedia ada. Atau, boleh juga memadankan dengan tema warna yang sudah diterapkan pada ruang tersebut. Ia akan membuatkan dekorasi rumah akan lebih seimbang.
UKURAN POLA
Pola bunga bungaan mempunyai banyak pilihan dari segi ukuran bermula dari yang kecil sehinggalah yang besar. Pola bunga berukuran kecil memberi kesan lebih feminin berbanding pola bunga berukuran besar.
MEMBERI KESAN SENI
Ads
Tak salah untuk memberi kesan atau sentuhan seni pada interior bertemakan bunga bungaan. Dengan sentuhan seni itu, interior ruang akan lebih kelihatan artistik. Contohnya, pola floral dalam bentuk lukisan atau aksen dekorasi tertentu.
KESAN MASKULIN
Agar tak terlalu kelihatan feminin, pola bunga bungaan boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai rekaan yang lebih maskulin. Contohnya dengan meja kopi yang berwarna neutral atau berunsurkan kayu.
Ads
RUANGAN PENUH BUNGA
Hadirkan seluruh ruangan dengan pola bunga bungaan melalui pemasangan wallpaper di sekeliling dinding. Ruangan akan menjadi semakin segar dan sejuk. Tema bunga bungaan yang diterapkan pada sekeliling ruangan juga dapat memberi efek yang menenangkan jiwa.
Payah adakala untuk kita ungkapkan kepuasan memandang. Apatah lagi dengan karya hias yang begitu subjektif. Benda yang tidak bernyawa namun cukup hebat menggoda pandang. Apa pun di bawah sedar timbul rasa senang dan puas bila menatap sesebuah karya terutamanya pada dinding utama di ruang tamu kediaman. Umpama tempat bersemayam sang ratu , sofa tiga tempat duduk yang dihias indah pada sekitarnya.
Keseimbangan hiasan meja sisi kiri dan kanan, lampu meja gah, permaidani, dan deretan kusyen kecil megah umpama barang kemas yang menyerlahkan keindahan ruang utama tersebut. Itu belum lagi warna pilihan feature wall di belakangnya dan aksesori dinding yang pelbagai ibarat mahkota. Kata orang, inilah ruang atau kawasan yang penting bagi kita hias secantik mungkin. Ini kerana sejurus langkah kaki ke dalam kediaman, pandangan mata akan segera mendarat pada rekaan elegan set sofa tiga tempat duduk sebagai kerusi utama bersama segala hiasan dan feature wall di belakangnya. Dari sini juga tetamu sudah boleh membuat asumsi, orang jenis bagaimanakah kamu, karakternya….
Ibarat mengadap ratu, kita selalunya cukup cerewet dalam menghias kawasan ini. Ia secara tidak langsung memberi maksud tersurat akan personaliti kita sebagai tuan rumah. Ada yang memilih tema mewah denan susunan serba seimbang. Ada yang lebih suka memberontak dengan memilih gaya bebas dan padanan kreatif. Malah jangan terkejut jika ada yang menempatkan segala macam jenis bingkai gambar atau sekeping dua sahaja itu pun cukup di bahagian sisi dinding. Minimalism….Jangan lupa jambangan bunga hidup sebagai penyeri suasana.
Apa pun pilihan anda, komposisi ini antara perabot aksesori lantai dan dinding perlu ada satu kesinambungan yang harmoni. Satu ragam padanan yang saling melengkapi , dan memberi identiti pada ruang. Bukanlah bermakna segalanya perlu mahal sampai menjerut leher harganya tetapi padanan pintar ini juga memberi anda satu kepuasan. Perlu diingat kita pun perlu menukar kusyen, langsir aksesori sekali sekala sekitar enam bulan sekali misalnya. Jadi pastikan anda membuat perancangan rapi terutama dari aspek kemasan dinding. Adakah mahu dicat atau disempurnakan dengan kertas dinding. Apa pun pilihan anda jangan sampai ruang yang ada tidak boleh keluar masuk kerana terlalu sesak. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perasan tak, kebanyakkan chef profesional akan tabur garam tinggi-tinggi? Tingginya tu boleh dikatakan lebih 1 kaki dari makanan atau masakkan. Berbanding, teknik taburan garam masakkan oleh orang kebanyakkan adalah dalam ketinggian 2-3 inci sahaja. Apa beza kedua-dua teknik taburan garam ini? adakah ia menjadikan makanan anda lebih sedap?
Ananaifa Foods berkongsi ulasan mengenai isu ini di facebook akaun miliknya.
Secara ringkasnya, Kalau menurut Chef Jamie Oliver, dengan menjentik garam dalam jarak jauh tersebut, akan menghasilkan sebaran garam yg sekata pada permukaan makanan tersebut, & boleh dapat best flavour katanya
Tapi mesti ada yg akan kata, kita boleh je ratakan seasonings hat 3 inci & 8 inci tu guna sudu, jemari mahupun telapak tangan. Memang betul. Sebenarnya, tak ada istilah betul atau salah kerana ia hanyalah salah satu jenis kulinari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pada asalnya dapur ini nampak biasa sahaja, tetapi selepas melalui beberapa fasa renovasi serta dekorasi yang dijalankan secara berperingkat selama dua tahun, wanita ini berjaya menyiapkan dapur idamannya yang bertemakan monokrom dengan hanya berbelanja sebanyak RM10K sahaja.
Menurut Pn Zai Sabri, dia bersama suaminya amat menggemari kemasan monokrom kerana ianya amat mudah untuk dipadankan dengan perabot yang ada di pasaran. Beliau amat mementingkan susun atur yang cantik serta tidak mahu serabut dan pilihan tema ini amat sesuai dengan citarasanya malahan pilihan warna hitam amat sesuai untuk mengelakkan dapur ini nampak kotor selepas memasak.
Kediamannya merupakan sebuah rumah teres yang terletak di Ampang Hilir berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Kemasan serta aksesori dapurnya banyak dibeli di kedai barang hiasan di Nilai 3, Ikea dan SSF.
“Walaupun masih mempunyai anak kecil serta sibuk menguruskan perniagaan, saya sentiasa memantau kebersihan serta memastikan deko dapur saya berada dalam keadaan asal seperti mana ianya diletakkan dahulu, kerana nak membinanya susah, nak maintain pun susah, jadi kena tengok betul-betul”, ujar ibu kepada tiga orang anak ini.
Beliau ketika ini sedang sibuk mengusahakan perniagaan sewaan kereta dan juga menjual bunga hiasan atas talian. Jika tidak sibuk, beliau akan meneliti idea dekorasi sama ada di majalah deko, siaran televisyen serta melayari laman group deko di facebook.
Selain itu, hiasan di rumahnya yang baru ini banyak menggunakan bekas balang yang mempunyai label makanan dan ianya memudahkan sewaktu memasak dan menjimatkan masa semasa mencari bahan dan menyukai frame vintage seperti yang digantung di rumahnya iaitu papan frame Coca-cola.
Berikut adalah kepingan koleksi gambar sebelum dan selepas dapurnya disiapkan, semoga menjadi inspirasi peminat deko dapur di luar sana.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.