Kumbang adalah serangga utama yang banyak mengancam tanaman pokok kelapa atau palma. Jika langkah pencegahan tidak diambil segera, pokok akan mati. Berikut adalah 5 jenis kumbang yang kerap menjadi ancaman terhadap tumbuhan palma: 

Serangga perosak:
Kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros)

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

Tanda/simptom serangan:
1. Kumbang dewasa mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila pelepah membesar, daun kelapa akan membentuk seperti kipas.

2. Serangan teruk boleh menyebabkan air bertakung dalam lubang yang dikorek danmendedahkan pucuk tehadap serangan kumbang jalur merah.

3. Kumbang dewasa bertelur dalam batang kelapa yang reput, bahan organim ataupun sampah sarap. Larva (grub) akan hidup dalam bahan ini sehingga menjadi pupa.

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

Syor Pengurusan perosak:
1. Tumbangkan pokok kelapa yang terdapat simptom serangan dan dipotong kecil-kecil dan dibakar.

2. Perangkap PVC/Feromon : Perangkap PVC berukuran 2m tinggi dengan garis pusat 10cm diletakkan di kawasan kelapa beserta feromon bagi memerangkap kumbang tanduk dewasa. Perangkap diletakkan di kawasan terlindung cahaya matahari. Feromon perlu diganti 3 bulan sekali. Perangkap diperiksa setiap 2 minggu dan semua kumbang yang diperangkap perlu dimusnahkan.

3. Kawalan kimia : Pokok kelapa yang kecil, letak 1-2 biji “moth ball”, 3-4 butir racun carbofuran. Semburkan racun cypermetrin, acephate atau Nurelle mengikut kadar yang di syorkan di label setiap 14 hari

4. Perangkap organik: Batang kelapa sepanjang 1m x 1m diisi dengan habuk kelapa yang digunakan untuk memerangkap kumbang dewasa. Kumbang-kumbang itu akan bertelur dan menetas.Kumbang yang terdapat di perangkap perlu dimusnahkan.

5. Pembersihan ladang untuk membuang tempat pembiakan Tanaman

6. penutup bumiuntuk mengurangkan serangan

7. Kawalan biologi : Kulat Green Muscardin (Metarrhizium anisopliae)


Serangga perosak:
Kumbang Merah Palma (Rhynchophorus ferrugineus / Rhynchophorus vulneratus )

Ads

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam  AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

Tanda/simptom serangan:
1. kumbang dewasa yang betina akan bertelur di bahagian pokok yang terluka atau tercedera disebabkan oleh serangan kumbang tanduk atau disebabkan oleh aktiviti manusia. Larva (grub) memakan pucuk sehingga menyebabkan pokok mati.

2.Pucuk yang diserang menjadi reput dan mudah tercabut. Pokok yang diserang kebiasaannya akan patah dibahagian crown/pucuk dan meninggalkan batang sahaja

Namun, Simptom tidak kelihatan diperingkat awal serangan dan hanya disedari setelah serangan diperingkat teruk.

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

Syor pengurusan perosak:
1. Pembersihan kawasan, potong pokok yang
diserang dan elak bahagian pokok daripada luka. Jika terdapat luka pada pokok, tampal dengan tanah mengandungi racun perosak seperti carbaryl, tricholofon dan lain-lain.

2. Jika melakukan pangkasan pelepah, pastikan tinggalkan 1m dari petiol

3. Pokok yang ditebang perlu dimusnahkan
dengan cara membakar dan bunuh larva serta kumbang dewasa jika masih hidup.

4. Penggunaan perangkap feromon (RPW-lure) untuk memerangkap kumbang dewasa dan musnahkan.

Ads

5. Suntikkan batang dengan 0.1% metahmidophos (3ml/ litre air) or 1% Carbaryl (20gm/litre). Tutup lubang dengan tanah dan ulang suntik dalam masa
seminggu.

6. Pucuk disembur diazinon,carbaryl, nurelle

7. Guna racun kulat untuk mengawal masalah reput pucuk atau reput daun


Serangga perosak:
Kumbang Brontispa (Brontispa longissima )

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

Tanda/simptom serangan:
1. kumbang Dewasa dan larva(grub) memakan permukaan daun menyebabkan daun sedikit bergulung.

2. Terdapat tompok-tompok bekas di makan kumbang di atas daun.

3. Jika serangan berlaku pada anak benih, ia akan menyebabkan pokok terencat.

Ads

Syor pengurusan perosak:
1. Kutip dan musnahkan larva secara manual

2. Kawalan biologi :Menggunakan Penyengat Acecodes hispinarum yang menyerang larva serangga ini.

3. Semburan racun kimia menggunakan racun acephate

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam


Serangga perosak:
Kumbang Chafer (Adoretus compressus)

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

Tanda/simptom serangan:
Kumbang jenis ini melakukan Serangan pada daun muda sehinga merosakkan kedua-dua permukaan daun.

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

Syor pengurusan perosak:
Sembur dengan racun serangga seperti: Trichlorfon (0.1%a.i) Gamma –HCH (0.1% a.i)


Serangga perosak:
Kumbang Apogonia (Apogonia cribricollis)

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

Tanda/simptom serangan:
Kumbang dewasa akan menyrang dan memusnahkan daun

Syor pengurusan perosak:
1. Sembur racun serangga pada daun seperti cypermethrin atau trichlorfon.

2. Gunakan gamma –HCH untuk memusnahkan larva dan kumbang dewasa di dalam tanah.

AWAS! 6 Jenis Kumbang Ini Perosak Tanaman Dalam Diam

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI