Biasanya, cara paling mudah dan cepat kita nak membunuh atau membasmi nyamuk adalah dengan menyembur sahaja semburan aerosol tanpa berfikir panjang. Tetapi suka atau tidak, kita tidak boleh abaikan hakikat yang bahan ini beracun. Walaupun kandungan racun dalam semburan ini rendah, tetapi jika digukan berulang kali ia boleh mendatangkan bahaya.

Jadi untuk kurangkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang, adalah lebih baik jika kita ambil pendekatan yang lebih selamat iaitu dengan menggunakan tumbuhan sebagai penghapus nyamuk.

Terdapat 6 tanaman pilihan yang IMPIANA sarankan untuk anda :

1. Allium Tuberosum (Kucai)
Tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia dari tanaman kucai juga dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.

6 Jenis Tanaman Berupaya Hapuskan Serangga Perosak Dan Nyamuk Dari Rumah

2. Mentha spicata (pudina)
Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.

Ads

6 Jenis Tanaman Berupaya Hapuskan Serangga Perosak Dan Nyamuk Dari Rumah

3. Petunia spp.
Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, belalang dan cacing.

6 Jenis Tanaman Berupaya Hapuskan Serangga Perosak Dan Nyamuk Dari Rumah

Ads

4. Amaranth spinosus (Bayam Duri)
Sesuai ditanam di halaman rumah untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.

6 Jenis Tanaman Berupaya Hapuskan Serangga Perosak Dan Nyamuk Dari Rumah

5. Cosmos cosdatus atau Ulam Raja
Merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.

Ads

6 Jenis Tanaman Berupaya Hapuskan Serangga Perosak Dan Nyamuk Dari Rumah

6. Coriandrum sativum (Ketumbar)
Tumbuhan yang wajib ada di dapur. Ia bukan sahaja dapat menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.

6 Jenis Tanaman Berupaya Hapuskan Serangga Perosak Dan Nyamuk Dari Rumah

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI