Pisang. Umum tahu, bahagian yang digunakan adalah buah dan daun nya. Bahagian lain terutamanya batang akan dibuang selepas pisangnya dituai. Tahukah anda bahawa batang pisang lambat mereput? Kebiasaan Selepas anda tebang pokok pisang tu, apa yang akan anda lakukan untuk memusnahkan nya? Takkan bakar? Batang pisang mengandungi kelembapan yang tinggi dan tak makan api.

Sebenarnya, batang pisang pun ada kegunaan lain dan punya khasiat yang tinggi terutamanya pada tanaman. Dari anda buang batang pisang begitu sahaja, apa kata tukarkan ia kepada sesuatu yang lebih berfaedah dan memberi manfaat seperti berikut:

MOL Batang pisang 
Inilah rahsia orang Thailand hasilkan sayuran daun oversize. Ingat GMO atau baja kimia yang digunakan, rupanya MOL batang pisang je. Daripada pokok pisang yang ditebang untuk diambil buah dilupuskan begitu sahaja, ada baiknya diproses untuk hasilkan MOL untuk menggalakkan pertumbuhan tanaman. [klik sini untuk artikel lanjut]

6 Kegunaan Batang Pisang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Batas batang pisang 
Memandangkan batang pisang lambat mereput dan tekstur batangnya yang lembut dan mengandungi air, ia amat sesuai dijadikan sebagai medium tanaman. Namun hanya jenis tanaman jangka pendek dan berbatang lembut seperti sawi, bayam, kangkung, khailan dan sebagainya yang sesuai. Tanaman jangka panjang dikhuatiri tidak mampu ditampung oleh tekstur batang pisang yang rapuh.

Ads

6 Kegunaan Batang Pisang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Mengekalkan kelembapan tanah 
Amat berguna bagi anda yang bercucuk tanam di kawasan panas atau musim panas. Jika teknik batas batang pisang di atas untuk tanaman jangka pendek, teknik ini pula sesuai untuk tanaman jangka panjang [klik sini untuk artikel lanjut]

Cuci pinggan 
Masyarakat dahulu kala kerap menggunakan batang pisang sebagai bahan untuk mencuci pinggan ketika kenduri. Tidak pasti apakah kandungan yang terdapat dalam batang pisang yang berupaya menanggalkan minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk, namun ia terbukti. Batang pisang akan di potong kecil dan diletakkan di dalam air basuhan pinggan bersama sabun

Ads

6 Kegunaan Batang Pisang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Makanan haiwan ternakan 
Masyarakat Thailand dan Indonesia telah menjadikan batang pisang sebagai sebahagian menu kepada haiwan ternakan sejak dahulu lagi. Ia berupaya memperbaiki sistem pencernaan dan mengurangkan kadar haba di dalam badan haiwan ternakan. Selain di beri begitu sahaja, ia boleh diadunkan dengan beberapa jenis bahan lain untuk menambah nilai khasiat yang terkandung di dalam batang pisang. Nak tahu resepi penghasilan makanan haiwan ternakan daripada batang pisang [klik sini) 

6 Kegunaan Batang Pisang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Ads

Kerepek bonggol pisang 

Bonggol pisang dibuat kerepek? Pernah anda bayangkan apakah rasa kerepek bonggol pisang? Kerepek bonggol pisang amat terkenal di indonesia. Pokok pisang yang telah dituai akan di tebang. Namun kebiasaannya kedengaran batang pisang digunakan untuk membuat baja dan bonggol nya diguna semula untuk tujuan pembiakan. Namun di Indonesia, ia menjadi produk IKS terbaru. [klik sini untuk artikel lanjut]

6 Kegunaan Batang Pisang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

6 Kegunaan Batang Pisang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI