Idea Dapur Pulau di negara Barat sudah lama dipraktikkan, tetapi di Malaysia masih ramai yang tidka berani untuk mencuba idea ini. Mungkin kerana faktor harga atau kekangan ruang menyebabkan elemen ini dilupakan. Itu bukanlah isu sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah, ukuran saiz dapur yang tepat dan jenis dapur island yang sesuai mengikut kemampuan anda. Disini IMPIANA senarikan beberapa jenis dapur pulau yang sesuai dan praktikal untuk memberi idea kepada anda semua.
2 Jenis utama Dapur Pulau
Terdapat dua jenis kounter pulau iaitu kounter pulau kekal (fix island kitchen) dan kounter pulau mudah alih (mobile/cart wheel island kitchen). Kebanyakan akan memilih untuk memasang kounter pulau jenis kekal kerana ianya lebih mudah untuk dijaga berbanding jenis mudah alih. kaunter pulau mudah alih menjadi pilihan terutamanya buat anda yang mempunyai kekangan ruang. Namun, setelah digunakan posisikan kounter pulau mudah alih anda di kawasan yang bersesuaian.
Rekabentuk separa bulat (semi circle island kitchen)
Jika anda mementingkan aspek keselamatan di dapur, pilihan rekabentuk separa bulat adalah yang paling sesuai. Ia tidak berbucu serta runcing di bahagian hujung serta boleh mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa anda sedang sibuk memasak di dapur. Mungkin ianya tidak terjadi kepada anda, anak anda atau orang lain pasti menjadi mangsa.
Ads
Tambahan Unit gantung
Sudah memilik sebuah unit dapur pulau sudah cukup membuatkan dapur anda nampak moden dan elegan, tetapi tahukah anda jika disertakan sekali beberapa perkakas yang bergantung di atasnya, design dapur anda nampak lebih meletup berbanding biasa. Pertama, tambah hud sedutan udara dibahagian atas dapur (jika ada) untuk menyedut segala asap makanan atau pasang bar untuk dapatkan ruang pengstoran ekstra. Bar ni boleh lah jadi tempat anda sangkutkan kuali, serta pan
Ads
Kepelbagaian fungsi
Kitchen Island dicipta untuk pelbagai kemudahan di dapur daripada hanya digunakan sebagai tempat makan serta penyediaan bahan masakan, ia terus dimajukan dengan fungsi lain seperti gabungan antara meja makan dan ruang simpanan (mempunyai rak dan laci), meja makan dan singki, akhir sekali, gabungan tiga komponen iaitu, singki, dapur memasak dan meja makan.
Ads
Pulau Kabinet
Cabinet Island seperti ini direka khas untuk simpanan pelbagai barangan di bahagian dapur selain daripada storan di atas kabinet. Selalunya island sebegini dilengkapi dengan ruang simpanan yang lebih luas berbanding di kabinet dapur. Di bahgian atasnya, permukaan padu seperti granit, marmar atau solid surface menjadi pilihan. Ini kerana, permukaan atas kounter pulau ini perlu padu untuk membolehkan anda berkerja dengan selesa. Adalah molek untuk anda letakkan sekali beberapa suis elektrik untuk memudahkan tugas anda di dapur.
Kabinet Pulau Dua Tingkat
Rekaan ini kebiasaanya menjadi pilihan restoran dan kafe. Seperti kabinet pulau pelbagai fungsi, bahagian santapan di tinggikan sedikit untuk mengurangkan konflik antara fungsi yang berbeza.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jarang-jarang dapat kita dengar atau melihat jenama produk serbuk pencuci Sabun Badang ini dijual pasaraya mahupun di mana-mana kedai runcit. Jadi, sudah pasti ada segelintir di kalangan anda yang belum mengenali dengan jenama sabun pencuci ini.
Jenama sabun pencuci ini apabila kita dengar seakan-akan sama seperti produk ‘ubat kuat’, al maklumlah perkataan ‘Badang’ itu sendiri sudah mengambarkan kisah lagenda orang Melayu dulu-dulu iaitu Badang yang gagah lagi perkasa
Jadi, sudah pasti ‘Sabun Badang’ ini merupakan satu bahan pencuci yang mempunyai kuasa hebat untuk mencuci segala kesan kekotoran dengan mudah.
Tahukah anda, Sabun Badang ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci fabrik pakaian, ia juga adalah merupakan sabun pencuci serbaguna yang berkesan menghilangkan kotoran degil seperti tompokan berminyak, daki, karat dan macam-macam lagi,
Selain boleh digunakan pada semua jenis fabrik, ia juga boleh digunakan untuk mencuci kotoran degil pada permukaan bawah kuali dengan sangat mudah.
Hanya menggunakan satu senduk kecil serbuk pencuci Sabun Badang ini dengan anggaran seberat 30gram bersama air panas, lalu dibiar rendam seketika sebelum mencuci. Memang sangat memudahkan dan menjimatkan masa anda.
Sebotol Sabun Badang ini seberat 800gram dijual dengan harga serendah RM29 sahaja. Bagi anda yang ingin mendapatkannya, boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
6 Sebab Mengapa Anda Perlu Memilih Kabinet Dapur Aluminium. Kabinet dapur antara item yang mampu melengkapkan ruangan dapur anda.
Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, fungsi dan kos. Setiap jenis material kabinet mempunyai kebaikan dan kekurangannya sendiri. Jadi bagi anda yang ingin memilih kabinet jenis aluminium, ini merupakan kelebihannya.
Kabinet dapur aluminium sememangnya mempunyai ketahanan yang agak lama berbanding kabinet dapur material lain seperti kayu, dan MDF.
Tahan air serta tahan lama. Aluminium tidak seperti material kayu yang boleh mengalami kerosakkan atau menjadi ‘kembang’ jika tidak dijaga dengan baik.
Sekiranya anda memilih kabinet aluminum anda boleh mengelak daripada masalah anai-anai. Masalah anai-anai sering berlaku pada kabinet jenis kayu, dimana struktur luar kabinet kelihatan masih elok namun dibahagian dalam lompong dimakan dek anai-anai. Jadi berhati-hatilah!
Tidak akan berkarat kerana kabinet dapur aluminium bukan kategori material besi yang mudah berkarat.
Jangan anda sangka aluminium hanya mempunyai satu jenis warna. Sebenarnya aluminium mempunyai lebih 100 pilihan warna yang menarik.
Pemilihan kabinet dapur amatlah penting untuk dapur yang selesa dan kemas. Material yang dipilih haruslah berkualiti agar tahan lebih lama dan selamat. Jangan main buat sahaja kabinet dapur tetapi tidak tahu fungsi dan sebagainya.
Harga kabinet dapur aluminium
Secara umumnya, kabinet aluminium mempunyai harga bermula dari RM400 per kaki, tetapi boleh menjangkau sehingga RM600 per kaki. Ini adalah lebih tinggi berbanding bahan melamine / kayu mampat yang bermula dari RM290 per kaki.
Harga per kaki juga boleh meningkat bergantung kepada faktor-faktor lain seperti ketebalan panel aluminium yang digunakan, sama ada bingkai yang diperbuat daripada kepingan aluminium yang lebih kukuh, atau panel yang lebih ringkas, serta bergantung kepada tekstur corak kayu atau pilihan warna.
Adakah anda perasan kadangkala kita boleh berjimat dalam berbelanja untuk perkakas rumah yang kita nampak sudah rosak, tetapi boleh diperbaiki dan dibersihkan dengan guna bahan-bahan yang sedia ada di rumah?
Seperti contoh, permukaan seterika atau Iron kadangkala jika kita tersilap menetapkan suhu panasnya, pakaian kita akan terbakar dan sisanya melekat di permukaan. Perkara ini pasti membuatkan kita serabut dan mengambil jalan pintas membeli iron baharu.
1) Guna garam untuk tanggalkan kesan terbakar
Caranya mudah sekali, anda hanya perlukan:
a) Kain kapas yang tidak digunakan. Ia bertindak sebagai permukaan.
b) Garam memasak (Ikut keperluan size terbakar di permukaan iron)
Caranya:
Letakkan garam di atas kain kapas dan layurkan iron tersebut di atas garam. Layuran ini akan membuatkan sisa kain terbakar mudah ditanggalkan dan anda akan mempunyai permukaan iron yang seakan baharu dibeli daripada kedai.
2) Bersihkan papan pemotong dengan cecair lemon
Bahan yang diperlukan:
a) Sebiji buah lemon
b) Baking soda
c) Cuka
Caranya:
Taburkan serbuk baking soda di atas permukaan papan pemotong dan ratakan dengan potongan buah lemon. Selepas itu, lap papan pemotong dengan kain yang dicampurkan dengan cuka.
Akhir sekali, bilas papan tersebut. Anda akan nampak perbezaannya selepas dicuci. Ini kerana cairan lemon yang bersifat asid telah membunuh segala bakteria dan kuman yang terperangkap di sebalik hirisan pisau.
Mudahkan, inilah yang dikatakan nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jom kita cuba teknik ini.
Join Geng Borak IMPIANA/ LAMAN dalam channel telegram IMPIANA untuk dapat artikel terkini dan boleh berkongsi tip menarik bersama https://t.me/GENGLAMANIMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.