6 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membina Dapur Island Ideal Untuk Rumah Anda

Share

Idea Dapur Pulau di negara Barat sudah lama dipraktikkan, tetapi di Malaysia masih ramai yang tidka berani untuk mencuba idea ini. Mungkin kerana faktor harga atau kekangan ruang menyebabkan elemen ini dilupakan. Itu bukanlah isu sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah, ukuran saiz dapur yang tepat dan jenis dapur island yang sesuai mengikut kemampuan anda. Di sini IMPIANA senarikan beberapa jenis dapur pulau yang sesuai dan praktikal untuk memberi idea kepada anda semua.

2 Jenis utama Dapur Pulau

Terdapat dua jenis kounter pulau iaitu kounter pulau kekal (fix island kitchen) dan kounter pulau mudah alih (mobile/cart wheel island kitchen). Kebanyakan akan memilih untuk memasang  kounter pulau jenis kekal kerana ianya lebih mudah untuk dijaga berbanding jenis mudah alih. kaunter pulau mudah alih menjadi pilihan terutamanya buat anda yang mempunyai kekangan ruang. Namun, setelah digunakan posisikan kounter pulau mudah alih anda di kawasan yang bersesuaian.

Mobile/Cartwheel Island Kitchen
Dapur pulau kekal (Fix island kitchen)

 

Rekabentuk separa bulat (semi circle island kitchen)

Jika anda mementingkan aspek keselamatan di dapur, pilihan rekabentuk separa bulat adalah yang paling sesuai. Ia tidak berbucu serta runcing di bahagian hujung serta boleh mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa anda sedang sibuk memasak di dapur. Mungkin ianya tidak terjadi kepada anda, anak anda atau orang lain pasti menjadi mangsa.

Tambahan Unit gantung

Sudah memilik sebuah unit dapur pulau sudah cukup membuatkan dapur anda nampak moden dan elegan, tetapi tahukah anda jika disertakan sekali beberapa perkakas yang bergantung di atasnya, design dapur anda nampak lebih meletup berbanding biasa. Pertama, tambah hud sedutan udara dibahagian atas dapur (jika ada) untuk menyedut segala asap makanan atau pasang bar untuk dapatkan ruang pengstoran ekstra. Bar ni boleh lah jadi tempat anda sangkutkan kuali, serta pan

Kepelbagaian fungsi

Kitchen Island dicipta untuk pelbagai kemudahan di dapur daripada hanya digunakan sebagai tempat makan serta penyediaan bahan masakan, ia terus dimajukan dengan fungsi lain seperti gabungan antara meja makan dan ruang simpanan (mempunyai rak dan laci), meja makan dan singki, akhir sekali, gabungan tiga komponen iaitu, singki, dapur memasak dan meja makan.

Pulau Kabinet

Cabinet Island seperti ini direka khas untuk simpanan pelbagai barangan di bahagian dapur selain daripada storan di atas kabinet. Selalunya island sebegini dilengkapi dengan ruang simpanan yang lebih luas berbanding di kabinet dapur. Di bahgian atasnya, permukaan padu seperti granit, marmar atau solid surface menjadi pilihan. Ini kerana, permukaan atas kounter pulau ini perlu padu untuk membolehkan anda berkerja dengan selesa. Adalah molek untuk anda letakkan sekali beberapa suis elektrik untuk memudahkan tugas anda di dapur.

Kabinet Pulau Dua Tingkat

Rekaan ini kebiasaanya menjadi pilihan restoran dan kafe. Seperti kabinet pulau pelbagai fungsi, bahagian santapan di tinggikan sedikit untuk mengurangkan konflik antara fungsi yang berbeza.

Published by
Impiana